Monday, March 31, 2008
Selamat Hari Isnin
Friday, March 28, 2008
PELAN BANGUNAN
Wednesday, March 26, 2008
Hebatnyer Kalam Allah
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"-Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."-Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."-Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?-Surah At-Taubat ayat 111
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB''Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubat ayat 129
KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!
QURAN MENJAWAB"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12
semoga ape yang aku syer ngan korang semua..dapat kite manfaat bersame..
Tuesday, March 25, 2008
Balik
STRESS?????
apa habaq hang pa semua..aku sebenar nye tak tau nak cite ape hari nie..stress?tak lah..gambar je stress..tu die punye pasal la..ape yang aku syer ngan korang semua hari nie ialah kenape kite selalu stress!pasal keje ke..pasal awek ke..bagi yang belum kawen la..ke pasal anak2..okla..macam mane korang nak handle stress korang,tu korang kene la cari punca dan penyelesaian sendiri..member2 lain boleh dengar & tolong2 sikit la..so,kalau2 korang nie masih stress lagi..jom la kite baca cite lawak sikit..kot2 mana2 yang stress tu boleh la kurang stress nye kan..jom..
Lawak1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
Wednesday, March 19, 2008
halllluuuuuuuuuuuuu....
aku memang garang..tapi garang2 takut la..ape nie..dah jauh menyimpang dari topik asal nie..
aku nak korang semua letak pic korang kat board aku nie..macam mane?ok..korang boleh klik je bende nie PinboardGogos. bile korang dah letak pic2 korang kat sini..jadila ia macam nie..
nanti bile korang dah letak pic korang board aku..aku akan letakkan ia dalam blog aku..ok..selamat buat semua..