Monday, January 10, 2011

Ustaz Filem Seram.

Agak menarik topik berita Berita Harian harini..Memang aku setuju sgt dgn pendapat Para Ilmuwan Islam nie..patutnyer cite seram ni terus aje diharam kan..
ni antara berita kat Berita Harian..

Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin.
Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.
“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. “Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu diton-jolkan sebegitu.
Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia.
“Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya.

Gogosfrendz : memang patut pun..diorang ni asyik dok pikiaq nak untung je..

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah & Kenangan.

Rasanyer belum terlambat utk aku ucapkan selamat kembali ke sekolah pada budak2 yg masih bersekolah..Anak aku, Ainnur Humaira masih bercuti sebab kena demam campak..kesian dia, tgh2 bersemangat nak sekolah..kene demam pulak..Buat isteri aku dan cikgu2 seluruh Malaysia, selamat kembali mengajar setelah lama bercuti..

Saja aku letak gambar masa aku sekolah dulu..
hehe..nak mengimbau kenangan lama kononnyer..
Insyallah..nanti aku cuba letak lagi gambar2 lama masa sekolah..
kebanyakkan nyer gambar2 ni, di ambil masa lepas SPM..
Alhamdulillah..masih ada sahabat2 yg nyimpan nyer..
Pada sahabat2 yg ade gambar2 lama masa kat Semera..boleh la kasi sama aku..

Gogosfrendz : isteri pun dari satu sekolah..hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails