Thursday, September 23, 2010

Mengapa Harus Resah...

Belum nak bubuh gambar raya edisi 2..Bukan tanak letak, masih memilih2 gambar mana yang sesuai..dah 14 syawal dah..sabtu ngan ahad banyak betul jemputan..Start dgn Sekolah wife aku pastu bergerak ke rumah rakan sejawat wife aku kemudian gerak ke rumah officemate aku..Ada dalam 3-4 rumah jugak la..last sekali pegi sekolah Ainnur..Pastu balik tido..kasi rehat untuk mengadap hari ahad pulak..huh!!planning atau jadual yang telah siap utk hujung minggu nie..
memang padat..Padat jugak la perut aku...hehehe..anyway jemputan wajib aku hadiri..
Okla..itu cite pasal hujung minggu nie..
Ni aku nak cite pasal bile habis Puasa/Ramadhan...
Semalam aku dok minum ngan sahabat aku..ala yang selalu dok sembang ngan aku..
Perbualan kitorang macam biasa mulanye..Sampai la ada satu part tu aku mcm mengeluh..
Sebenarnyer bukan aku mengeluh..tapi, melepas sedikit nafas..
Die tanye aku.."apsal ngeluh Mar"..
"ngeluh?mana ada..aku mcm penat sikit.."
"ko nak dengar tak pasal mengeluh"..tanya member aku..
"nak"jawab aku..
"ok..kita selalu mengeluh..ngeluh pasal duit la, pasal kete la, pasal rumah la, pasal anak2 la, pasal bini, pasal dunia kita ngeluh..jarang kita ngeluh pasal Allah..ngeluh pasal Allah ni bukan kita mengeluh nasib dgn Allah..contoh, kita kata kenapa Allah buat mcm nie kat aku...kenapa Allah jadikan aku mcm nie..bukan mcm tu.."
"mengeluh makna kata..kita mengeluh pasal amalan kita masa bulan pose aritu..Adakah Allah terima segala amalan kita masa tu..atau kita puas hati dgn puasa kita.."
"Apakah kita tertanye2 sempurna sgt amalan kita masa bulan ramadhan.."
"Mar, ko nak tau mcm mana kita ni munafik atau tidak?"
"macam mana?"
"Bila kita rasa puas hati atau kita rasa Allah terima puasa atau solat kita..itu maknanye kita munafik..Persoalannyer, adakah kita begitu..harap tak la ye.."
Sebenarnyer panjang lagi member aku ni bahas kan..cume aku tak berape nak ingat je..
Kalau korang tak puas hati lagi..boleh la tanye2 sikit kat aku..insyallah aku jawab..
Semoga setiap amalan kita pada Ramadhan lepas diterima Allah swt..

Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya Edisi 1.

Salam..Akhirnyer dapat jugak dgn izin Allah utk aku upload gambar2 raya..
Sebenarnye kitorang ada amek gambar raya masa 1st day raya aritu..Tapi, atas ketereran anak lelaki aku..die delete habis semua gambar dalam kamera..
Baik gambar kat belah wife aku..jugak belah famili aku..aduh!!!rasa mcm nak nangis je..
Ape kan daya, bende dah jadi..
Demi hari raya yang datangnya sekali setahun..aku pakat ngan wife aku utk buat sesi bergambar kali kedua..so, pada raya ketiga, kitorang pakailah balik baju raya yang bertemakan 'Ungu'..
Nilah antara gambar yang sempat kitorang amek..Pada yang takde dalam gambar ni jangan amek hati yek..Nanti raya haji pulak kita bergambar sakan..
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

Riang Ria Hari Raya...Ainnur n Amirul dan sepupu2..
Ni masa ke rumah Abg ipar aku kat Perak..Tahniah sebab dapat baby baru..
Belum cukup ramai lagi nie..
Lupe lak nama die nie..Yang pasti belakang ade Rizki...
Wah!!!banyak nyer duit...

Monday, September 20, 2010

Amirul Fadhlan Sudah 3 Tahun..Hepi Besday 2 U...

Alhamdulillah..hari nie 20 sept adalah hari ulang tahun anak kedua kitorang yang ke 3 tahun..
Syukur kepada Allah swt, kerana izin-Nya Amirul Fadhlan sihat dan cerdas seperti anak2 yang lain..

Semoga Allah sentiasa memberkati Amirul Fadhlan..
dan
Allah sentiasa merahmati setiap perjalanan hidupmu...
Amin..

Selamat Hari Ulang Tahun ke 3...

Wednesday, September 15, 2010

Alhamdulillah..

Dalam dok sibuk baca pasal kes bunuh Datuk Sosilawati, sempat lagi letak gambar nie..
Bukan apa, rasenyer dah lama tak post gambar kereta yang sedang berkhidmat utk aku n famili..
Seingat aku, masa mula2 kereta ni keluar dulu aku post..jadi, ni mencecah hampir 2 tahun perkhidmatan dia kat aku, rasa kesian pulak kat dia nie..
Buat masa nie, Alhamdulillah belum ada perkara2 yang tak diingini berlaku..So far ok..
Berbeza dgn gambar yang mula2 dulu..masa tu body die still okay lagi..
Lani, kalau hangpa mai dekat2 tengok..huh! still okay lagi..
hehehe..
Okay..tu jela..sebenarnye hari nie takde bahan lagi..tunggu nak masukkan gambar beraya je..
Lambat sikit kot sebab nak kasi touch up sikit muka aku nie bagi nampak berseri..
okay chow..

Tuesday, September 14, 2010

Perkara Yang Perlu Ditegah Ketika Berfacebook.


Tadi masa tengah boring2..aku jejalan kat blog2 kengkawan..Kebetulan jari nie dgn izin Allah telah klik pada blog ustaz Zaharuddin Abd Rahman..

Aku agak tertarik dgn satu isu yang dibentangkan..Isunya pasal Facebook...Walaupun mungkin ramai yang dah baca atau tahu pasal benda nie, sebagai memanjangkan dakwah Ustaz Zaharuddin nie, aku ingin sama2 berkongsi ngan korang..Buat yang tak pernah tau, sila lah ambil tau..Sebab perkara nie penting dalam soal Pahala dan Dosa..

Semoga dengan sedikit maklumat ini mampu menyelamatkan kita dari terus bergelumang dengan dosa..

Waallahualam..

Kreadit : Ustaz Zaharuddin

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Maher Zain


Bulan puasa hari tu, kitorang ade beli album Maher Zain..Yelah asyik dengar kat handphone je lagu die..boring gak..So, satu hari tu aku ada baca paper, tengok2 In-team ada jual album Maher Zain..Ape lagi, aku ajak wife cari cd nie..

Yang best nyer, asyik jupe cd Ziana Zain ngan Anuar Zain..walaupun depa nie tak dak kena mengena dgn Maher ni..nama bapak je sama..

Bila dah cd nie..letak jela dalam kereta..dok la pasang..sampai dengar lagu kat radio pun tak lalu dah..Ainnur, anak sulong aku pulak sampai tanak dengar lagu2 lain..

"Ayah, pasang lagu arab tu..tanak dengar radio.."

Cd ni ada 14 lagu..pada aku, lagu2 die memang menepati halwa telinga aku dan famili...
Thank to my wife, sebab die yg bertanggungjawab utk promote si Maher Zain ni..

Hope lepas nie group2 nasyid kat Malaysia nie, boleh buat album yang lebih kurang macam nie..

Pada aku lagu2 dan arrangement muzik die mampu diterima oleh sesiapa saje dari pelbagai jenis lapisan masyarakat..tak kiralah orang tu golongan ustaz ke golongan biasa2 ke..semua boleh dengar..Sebab ni dakwah...

Apa yg belum dapatkan cd..nak beli boleh..nak download pun boleh...Baik belilah...

hehehe..

Selamat Hari Raya...

Monday, September 13, 2010

Pengertian Salam..

Asslamualaikum..sekadar ingin berkongsi dgn korang..walaupun ade yang tahu perkara nie, tapi tak salah rasenyer utk diberitahu lagi..sebab kita ni pelupa...
Pada yg tak tau, buat2 la ambil tahu..sebab ini melibatkan dosa dan pahala..

Ilmu untuk dikongsi bersama :
Dalam radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawi citer tentang sunnah
Rasulullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh
"waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran
untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.


... kalau ada kemuskilan sila lah berjumpa yg pakar dlm bidang ni.....

Sunday, September 12, 2010

Menarik..

Alhamdulillah..Dah masuk 4 syawal kita beraya..Aku masih dalam mood raya lagi..
Cuti aku pun lama lagi..Banyak lagi rumah2 yang belum aku ziarah..
walaupun dalam mood raya lagi, kita hari ni dikejutkan dgn cerita kematian yang amat tragis Datuk Sosilawati Lawiya..Aku rasa umum semua dah tau dgn berita nie..Macam2 andaian yg aku dengar, sampaikan aku sendiri ditanye ape sebab kematian meraka berempat ni...
Entah lah...itu je jawapan aku...Kita sebagai umat Islam mari sama2 berdoa dn sedekah al-fatihah buat arwah2 ini semoga mereka ditempat bersama 2 orang yg beramal soleh..
Hari nie jugak adalah hari terakhir tugas Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hassan Azhari sebagai Ketua Polis Negara (KPN)..Hari ni jugak telah diadakan Majlis Perpisahan di Pulapol..
Dengan ini sahlah Tan Sri Ismail Omar menjadi KPN baru PDRM...


Kemuadian cite pasal paderi nak bakar Quran..
Pada pandangan aku, paderi tu bukan sekadar nak bakar Quran..Aku rasa ada agenda lain..
Paderi tu sememangnye nak tengok kuat mana Umat ISlam sekarang..
Apa org islam akan buat jika dia bakar Quran...adakah kita akan lawan, adakah kita serang USA...ataupun kita diam ajer..
Pada pengamatan aku lagi, ini ujian dari Allah swt pada kita semua...
Sebabnye, betapa angkuh nye kita bile meninggalkan al-Quran dari kehidupan kita...
Bila ada mahkluk yg nak bakar..tau pulak kita marah...
Kita makin jauh dgn Quran..
Jadi, tak hairan lah kalau paderi tu nak bakar..
Sebab ni ujian dari Allah...
Sekian....

Wednesday, September 8, 2010

Bazar Ramadhan Jalan TAR.

Sempena Idulfitri yang dah nak tiba nie, aku dgn member2 opis pegi ke Bazar Ramadhan Jalan TAR buat kali terakhir..untuk tahun nie..
Pada pengamatan aku, tahun nie agak kurang pengujung nak dibanding dgn tahun2 lepas..
Mungkin orang tak berminat sgt kot nak beli2..pakai je tahun lepas punye..elok lagi katanye..

Okla..aku penat baru balik nie..so layan je la gambar nie..

Tak ramai orang kan...
Member2 aku tengah layan seluar jeans..
Fadil malu2..konon2 nak jadi wartawan TV9..
Tgk abang tu, sempat jugak menjeling kat aku..
Masih tak jugak ramai orang...
Banyak baju2 yang dah turun harga...
Cuaca tak la panas..
Tengok2 je la..nak beli, semua dah dibeli..
Butang baju melayu..
Pun butang baju melayu..
Nak murah lagi datang malam raya nanti..
Lagi2 butang baju melayu..
Kat sana tu keronsang..
Baju budak..ingat nak beli utk Farihah..tak jadi sebab tak kene ngan hati..
Tang ni ramai lak orang..
Akak ni penuh jari jemari nyer dgn beg2 pelastik..
wooo..CSI la..mana punye nie...

SALAM IDULFITRI..

Salam..
Dalam kesibukan nak meraikan Idulfitri yang bakal menjelma, jangan kita yang kita masih berbaki beberapa hari je lagi utk meninggalkan Ramadhan..Perguna peluang dan kesempatan yang ada..Anggaplah ini Ramadhan terakhir buat kita...
Sebelum terlambat aku dan juga famili tercinta ingin mengambil kesempatan yang ada ini utk mengucapkan Selamat Menyambut Idulfitri..Andai sepanjang berblog nie, aku ada menyinggung
perasaan dan mengguris hati harap diampun segala kesalahan yang tak terduga ni..
Semoga dgn kehadiran Syawal ini, memberi kita satu pengajaran dan pelajaran setelah kita ditarbiah sepanjang Ramadhan lepas..
Semoga kita menjadi lebih bertaqwa kepada Allah..
Insyallah...
'SALAM IDULFITRI'

Monday, September 6, 2010

Islam...

Salam..Kita dah makin dekat untuk menghampiri Idulfitri dan juga semakin dekat untuk meninggalkan Ramadhan bulan seribu rahmat..
Ape2 pun Ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi, jadi janganlah kita biarkan ianya berlalu begitu saja..Apakah kita tidak inginkan Syurga Allah yang telah dijanji-Nya?
Baik, cerita pasal ni, teringat ada satu malam tu aku dok sembang dgn sahabat aku..
Aku tanya die, apakah kita nie benar2 berada dalam kelompok Islam sejati..
Die faham soalan aku..Aku tanya lagi, Kenapa Islam lani makin ditindas dan makin lemah..lemah selemahnya..

Sahabat aku kata....
"Kita ni semakin lemah..terlalu lemah..Sehinggakan mudah dihina dan ditindas oleh orang bukan Islam..orang Islam sendiri hina agama mereka..
Banyak perkara Mar kenapa Islam makin lemah..
Antaranye..kita tengok dalam solat..solat jemaah..saf kita tak pernah nyer rapat..mesti ada yang renggang..Bila renggang berlakulah ketidaksepakatan dan perpaduan yang utuh lagi teguh dikalangan umat Islam itu sendiri..Itu satu..
Yang kedua..Isu kalimah Allah..kenapa mereka senang2 nak guna kalimah Allah?
Sebab mereka melihat kita makin jauh dgn-Nya..jadi, diorang amek kesempatan atas kelekaan kita sendiri...Itu pun kita tak marah..Baik, ko bayangkan Mar..Paderi kristian datang ke masjid nak pinjam mimbar utk ceramah di gereja diorang..Pastu hindu datang nak pinjam sejadah, nak buat akad nikah depa kat kuil..ko bagi tak agak2 nye Mar?
Kompom ko tak bagi..tapi, kalimah Allah kita bagi pulak..ape ni?Besar mimbar ngan sejadah tu ke besar Allah lagi...
Satu lagi hukum Allah..hudud, qisas, taqzir..kenapa kita tak laksanakan..tu kan hukum Allah.!!!
Bila ditanya, negara kita berbilang kaum, mana sesuai nak laksana hudud..
Biarlah agama lain buat undang2 diorang, kita ikut hukum Allah..
Besar Mar isu nie..ko tengok orang kita lani, solat cukup..sembah Allah kata nye..Bila nak laksana kan hudud..lain lak jawabnyer..tu kan hukum Allah..Habis ko solat tadi sembah sape?
macam mana Allah tak tarik nikmat Islam kita..
Kita senang ikut undang2 British..Bristish tu sapa??
Bristish kan penentang Islam..
Bila kita dah ikut undang2 die dan tinggalkan hudud..besar sape lagi?
kita besar kan die lah..jadi tak hairanlah kalau kita hari ni kita senang2 ditindas dan dihina..
Inilah kemurkaan Allah terhadap kita Mar...
Ape2 pun kita ingat...
"Allah didahulukan, Keredhaan diutamakan"
baru betul.."
Sama2 lah kita fikirkan...sama2 renungkan...

Sunday, September 5, 2010

Saturday, September 4, 2010

Berapa Banyak Harta Yang Kita Ada...

Ada malam lepas aku minum ngan member aku..
Rasa dah lama tak sembang ngan die..yelah sibuk kan..So, malam tu die free..
Macam biasa kitorang sembang banyak benda..dari cite kak kiah sampai la cite abg Leman..
Hahaha..sampai la die tanya aku.."Mar, ko penah dengar cite pasal pemotong kayu?"
"Bile punye berita?"aku tanya.."hahaha..bukan berita la..kisah tau..kisah.."die gelak kan aku..
"yeke?, emm..rase nyer tak penah lagi..ko nak cite ke?"
"ko nak dengar tak"
"dah ko nak cite, aku dengar je la..hehehe"
Die pun mula...

" Al-kisah ada seorang jutawan telah menulis satu wasiat- barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah dia mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak2nya semua adakah mereka sanggup menjaga nye di dalam kubur nanti.
Lantas menjawab anaknya, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.
Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan dia berkata, "Wahai adik2 ku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dlam kubur yang kuhiasi indah sepeti banglo mewah..dan aku juga akan mberi stengah drpd harta ku kpd diantara kamu yg sanggup bersamaku"
Adik2 nya pun mejawab,"Wahai abangku, adakah engkau sudah gila..mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.."
Lalu dgn sedih, jutawan tu membawa diri ke kamarnya.Dia masih bertegas dgn hajatnya yg ingin ditemani di dlm kubur nanti apabila dia mati nanti.Di panggil PA die supaya war2kan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari dimana jutawan tu meninggal dunia.Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan selama 40 hari..
PAda waktu yang sama seorang Tukang kapak yg sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kpd isterinye apakah dia perlu mengambil kesempatan ini utk menjadi kaya..
Isterinya berkata,"Wahai suamiku, apalah sangat mjaga mayat selama 40 hari dibandingkan kerja2 abg di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan..

"Tukang kayu tersebut dgn tergesa2 ke rumah jutawan itu utk memaklumkan kpd waris jutawan itu akan niatnya.

keesokan hari dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang2 yang tahu akan agama. Si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapak nye..

Setelah tujuh langkah para hadirin meniggalkan tahanh perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nangkir ke dalam kubur tersebut.

Si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang datang, itu pun dia menjauhkan diri dari mayat jutawan itu. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tu akan disoal oleh 2 malaikat.

Tapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nangkir telah menuju kearahnya lalu berkata..

"Apa yang kau buat di sini?"

"Aku menjaga mayat ini selama 40 hari utk mendapat setengah hartanya."

"Apa harta yang kau ada sekarang?"

"Aku cuma ada sebatang kapak ini saja utk mencari rezeki.."

"Dari mana kau dapat kapak ini?"

"Aku beli."

Lalu hilanglah 2 malaikat tadi di hari pertama di dalam kubur tersebut..

Hari kedua ditanya lagi..

"Apa yang kau buat dgn kapak itu?"

"Aku menebang poko utk dijadikan kayu api utk dijual."

Hari ketiga ditanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dgn kapak ni?

"Kat hutan mana ada orang punya pokok."

"Adakah kau pasti?"

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nangkir hari ke 4..

"Adakah kau potong pokok tersebut dgn kapak ini ukurannya dan beratnya sama utk dijual?"

" Aku potong cincai aje, mana boleh ukur sama rata.." lalu hilang dan muncul Mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari dan soalannye tetap sama..

Dihari terakhir yang ke 40, datanglah malaikat sekali lagi bertemu dgn Tukang Kapak tadi..

Berkata Mungkar dan Nangkir, hari nie hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak nie. Belum sempat ditanya, Tukang Kapak telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut lalu diperhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya utk keluar dari kubur tersebut..

Si Tukang kapak tu dgn tergesa2 keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tu dan aku tak nak harta tu..

Sesampai di rumah, isteri nya tanya.."Mana hartanye?"

Maka jawab si Tukang kapak, aku tak nak hartanye..sedang kan harta aku yang ada didunia ini hanya kapak.. Tapi apa yg disoal Mungkar nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ni....

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak...Bagaimana dapat aku menjawabnya....

***Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan utk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada?Bayangkan..baju2 kita yg 18 kodi kat rumah tu..Belum lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari..berapa lama agaknya kita kene soal nanti???

Thursday, September 2, 2010

Ciri-Ciri Lelaki Soleh...

Selalu kita cite pasal Wanita Solehah..Sebagai lelaki, itula cita2 kita untuk memperoleh wanita solehah..Adakah kita sedar, kita nie benar soleh?Kalau kita ingin memperisterika wanita solehah, kaum hawa juga inginkan lelaki soleh..

So, persiapkan diri kita utk memperoleh ciri2 lelaki soleh..

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.



Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya. 3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 5. Ikhlas dalam beramal. 6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya. 7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya. 8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt 12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka. 14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya. 15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt. 17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:
1. Mencari nafkah (belanja hidup) 2. Berjihad Fisabilillah. 3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas. 4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam.

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )


Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:

  • Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
  • Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
  • Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.


Wednesday, September 1, 2010

@Safiz Hartamas after @ KGPA

Aha..ni pulak gambar2 masa kitorang lepak lepas "Majlis Berbuka Puasa Rakan2 Semera"..
Ntah macam mana perjumpaan malam tu dah boleh dikira jadi Reunion kecil-kecilan pulak..
Antara yang turun malam tu..aku, Wan Ahmad, Haizam, Zani, Bambang, Wady, Nizam (busu), Ghoneim, Azham(drummer Hujan)..

Table punya la panjang..Sebenarnye tak planning pun nak jupe budak2 nie..Masa lepak tu, member2 lain calling2, tu yang jadi ramai...
Jom layan gambar2 nie..cite banyak pun tak guna..

Haizam sedang mengira2 duitnya dalam keadaan mata yang rabak..

Nizam tengah baca jampi serapah supaya 'Hujan' tak turun malam tu..

Sesi suai kenal ngan akak yang amek order tu..gatal ko ek Nizam..

Khusyuk mendengar cerita dari aku..

Azham sedang mengetuk2 lutut nyer..sebab esok ada show kat Astro Ceria...hahaha

Bergambar ngan artis...huuuuuu...

Duit collection kumpulan Hujan...

Gerak balik...Selawat..

Majlis Berbuka Puasa Rakan2 Semera..

Sabtu 28 Ogos baru nie budak sekolah aku X-Semera 97 buat 'Majlis Berbuka Rakan2 Semera"
kat KGPA, Damansara..Ini adalah kali kedua kitorang buat program ni..First pun kat sini jugak..
Anyway, semuanyer berjalan dgn lancar Alhamdulillah..

Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Arbain sebab sudi datang..
Tak lupa juga pada kawan2 semua kerana menjayakan majlis pada malam tersebut..

Gambar kenangan beramai2..
Ini dia orang2 kuat disebalik kejayan program malam tu...
Aku dan cikgu Arbain..Macam tak caya pulak dukong anak sambil bergambar ngan cikgu..
Bincang tahun depan nak buat kat mana pulak..
Bila dah kawan2 lama..ini lah jadinyer..terkejut itik dibuatnyer..
Terima kasih sebab datang..
Lagi2 hero2 nie...
Ko nak cuit aku ke anak aku nie..
Isteri kesayanganku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails