Friday, August 29, 2008

Bajet & Merdeka.

Hari Ahad nie adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke51..hope korang dapat sambut merdeka dengan semangat patriotik yang amat tinggi..sebagai rakyat Malaysia,kedaulatan negara amatlah penting untuk dipelihara..jadi,sama2 kita mempertahankan negara yang penuh kedaulatan ini..Kebebasan yang kita kecapi sekarang nie bukan la untuk sesingkat ini,tetapi kita perlu mempertahankan kebebasan ini utk 1000 tahun lagi..ini je la kesinambungan yang kita mampu lakukan setelah pejuang2 lampau bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara..
'SELAMAT MERDEKA'
Petang nie..lepas Solat Jumaat,perbentangan Bajet 2009 akan berlangsung di Parlimen..Bajet akan dibentang oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi..mcm biasa,pastinyer kakitangan kerajaan akan menunggu 'perkataan' Bonus dari mulut PM..hope,tahun ade bonus utk staff gomen..yela..tahun lepas PM tak bagi kat diorang kan..tahun nie PM bagi kot..Bayangan Bajet 09 lebih terarah kepada meringankan beban rakyat..emm..entahlah..kate depa..ape2 pun sama2 kita tunggu apa yang akan dibentangkan oleh PM petang nie..hope,yang elok2 la ye..amin..
'BONUS'

Thursday, August 28, 2008

Ingat Lagi Tak.

Aku saje nak bawak korang mengimbau zaman dulu2..tapi lebih kepada dunia artis @ hiburan..ye la,kadang bende2 ni je seronok pun..buat korang yang tak penah tau cite2 artis dulu2,aku ade la sikit bahan yang boleh dikongsi ngan korang..ha..macam pic Saloma meninggal dunia nie,aku rase tak semua yang penah tengok..jadi jomla kite tengok same2..


PADA 25 April 1983, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian selama-lamanya Biduanita Negara, Saloma (Puan Sri) selepas hampir lima tahun berjuang melawan penyakit kuning dihidapinya yang mula dikesan pada 1978.
PERCINTAAN penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram dan komposer terkenal, Azmeer pada awal 1990-an memang jarang dipaparkan media ketika itu, lebih-lebih lagi kedua-duanya bijak merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum.
Bagaimanapun, gosip cinta mereka berakhir begitu saja selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

AKSI melampau kumpulan rap tempatan, 4U2C, mempersendakan artis veteran ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru pada September 1994 turut menjadi sebahagian berita hangat dunia hiburan ketika itu. Antara lain, mereka mempersendakan penyanyi terkenal, Anita Sarawak, yang kononnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkejut apabila ibunya, Siput Sarawak menukar nama kepada Siput Sedut.

Elite pecah sebab masalah dalaman..Pernah dilabel sebagai 'Ratu miming'.
Search sebagai artis pertama tempatan dan satu-satunya kumpulan muzik Asia Tenggara untuk mengadakan persembahan secara langsung di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 17 Julai 1991. Diorang sebahagian daripada 300 artis rakaman dari seluruh dunia yang terpilih mengadakan persembahan di kota raya itu sempena Konvensyen Muzik Antarabangsa Ke-12 (New Music Seminar 1991) yang berlangsung di sana dari 12 hingga 17 Julai 1991.

Wednesday, August 27, 2008

Malique (To Phat) kahwin???

Gelagat&Suasana Pilihanraya Permatang Pauh.






Gogosfrendz

Wah!!!aku tengok graf pelawat aku arini..terkejut itik aku..memang tak sangka aku..korang tengokla sendiri..agak2 nyer ape la yang diorang tengok ek..best la..cayala aku..

Anwar Menang.

Datuk Seri Anwar merai kemenangan bersama isteri.

Anwar diiringi penyokong PKR dan pemimpin parti pembangkang masuk ke pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam.

Semalam Piliharaya kecil telah dijalankan di Permatang Pauh..seperti umum ketahui Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi..beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional(BN) dan Akim..Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini pada jam 10.05 malam tadi.
Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.
Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982, tetapi tidak bertanding pada pilihan raya umum 1999 berikutan kes liwat dan rasuah yang dihadapinya.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447 Undi tidak dikembalikan: 98

Tuesday, August 26, 2008

Pilihanraya Kecil.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Selamat mengundi buat orang2 Permatang Pauh..
'SELAMAT MENGUNDI'

Sunday, August 24, 2008

Selamat Pangantin Baru.

'Selamat Pengantin Baru'..sepanjang cuti sekolah baru nie banyak kenduri telah berlangsung..yelah..nak dekat2 puasa plak tu..okla..ni ade beberape pic yang sempat aku amek..sekarang aku abadikan pic kahwin nie kat blog aku..hehe..ape??pic aku kawen??? tuuungguuuu..tengah kumpul gambar2 nak di scan...

Comel kan anak2 nie..Sape2 yang nak amek diorang jadi pengapit..contact aku..

Afham,officemate aku..nampak muke gatal siut..Semoga panjang jodoh..Semoga dimurahkan rezeki..
Semoga dikurniakan cahaya mata yang baik..
Pengantin lelaki tak sampai lagi..Selamat Penganti Baru..

Menang Lagi.


Menang lagi!!!!Jumlah gol yang sama!!!semalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah ngan Selangor yang berlangsung kat Stadium Bkt.Jalil..ape yang menarik ialah perlawanan semalam seakan perlawanan ulangan akhir Piala FA,3 bulan lepas..Selangor memulakan jaringan dengan jaringan Frank Seator..hasil sepakan percume dari Indra Putra..lepas tue..Kedah melancarkan serangan..Selangor mcm dah hilang punce..last sekali Kedah dapat gol pertama diorang..akhir cerita Kedah menang..3-2..ape2 pun Selangor tetap best..ala..kalah pun beza 1 gol je..Tahniah buat Kedah..

Saturday, August 23, 2008

$$ Minyak Turun

Petang tadi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan harga minyak..harga petrol RON97 telah dikurangkan kepada 15 sen..ini menjadikan harga terbaru petrol ialah RM2.55 daripada RM2.70 sebelum ini..harga diesel telah sebanyak 8sen..ini menjadikan harga baru diesel ialah RM2.50..semoga dengan penurunan harga minyak ini..rakyat semakin 'tenang dan senang'..tahniah buat Pak Lah..

Friday, August 22, 2008

Salam Merdeka.

Salam Merdeka buat semua..31 ogos ini kita akan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun..semoga dengan kemerdekaan ini,kita semua akan terus mempertahankan kedaulatan negara dari ditembus lagi oleh pihak musuh yg sentiasa iri hati dengan kemakmuran negara kita yang tercinta ini..tak kira mcm mana pun serangan musuh,yang penting kita pertahankan ia dengan cara masing2..aku doakan Malaysia akan terus aman & makmur dengan perlindungan dari Allah SWT..
'MERDEKA'

Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' di Stadium Merdeka.
Pencipta Jalur Gemilang..Pertahankanlah Jalur Gemilang milik kita..

nak macam nie???

sekali lagi aku suke jejalan blog kekawan..so aku ade jupe satu bende nie..gambaq korang boleh jadi mcm nie..so,aku dah buat..ni lah hasil nyer..memang best..korang boleh pegi kat Loonapix ..pastu korang create sendiri gambaq korang..

aku n anak2 dapat masuk dalam tv lama..nampak mcm zaman dolu2 plak..
Frame gambar aku baru siap..tempah kat Brazil..
ehem..ehem..jangan jeles ek..


Bukan aku tanak gune pelukis tempatan..tapi mamat nie nak sangat lukis gambar kitorang..ni lum siap lagi ni..
Klik sini-Loonapix

Thank's to-SiKucingHitam

Thursday, August 21, 2008

Kenderaan Artis Malaysia.


Best!!!

Tanda 'Awek' sape ni??

Polis trafik tengah buat 'speed trap' dari kedai buah kat area Sabak Bernam..so,hati2 mase kat sana..patutla aku selalu kena..sekarang aku dah tau..siap korang!!!
Fara Fauzana pakai tudung..ayu ape..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails