Saturday, July 11, 2009

Aku Ada Lagi

Assalamualaikum..Ramai gak yang tanye mana aku pegi..lama sangat tak update blog nie..
Jangan risau aku masih bernafas dibumi Allah yang penuh dengan kenikmatan dan keamanan..
Kalau blog ni dah lama tak update lebih beberapa lamanya..makna nyer aku mungkin tiada..
Samada tiada terus atau tiada kerana dah malas nak update blog nie..
Banyak jugak komen2 sepanjang 2 minggu aku tak update bolg nie..
Samada komen dalam chat box @ komen terus..aku ucapkan terima kasih..
Sepanjang 2 minggu nie berita yang paling hot ialah cite kematian Micheal Jackson..
Aku sebenarnya memang tak minat MJ sejak aku kecik lagi..
Mungkin aku dah dididik sejak aku berusia 2 tahun lagi oleh mak aku..
Aku ingat lagi masa aku tengok MJ kat TV..mak aku punye ngamuk kat aku..
Ingat pasal tak mandi lagi..rupanye mak aku tak minat MJ..Katanye macam tak bende lain nak buat..Terkinja2..terlompat..terjerit2..habis aku yang kene..
Tapi,bile MJ mati,aku jugak tumpang sedih..baru la aku cari video2 MJ kat youtube..
Memang die best..
Buat peminat MJ takziah aku ucapkan..

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Pengantin Baru..

Gogos n famili mengucapkan Selamat Pengantin Baru..
Semoga jodoh korang akan berkekalan hingga ke akhir hayat..
Cepat dikurniakan zuriat..
Bertambah murah rezeki..
Jangan gaduh2 key!!!




Gogos @ Penang

Cuti sekolah aritu kitorang balik Penang kat Padang Ibu,Bukit Mertajam..
Yang aku kesian,masa kenduri sepupu aku aritu,aku tak amek langsung gambar die bersanding..
Yelah..aku dok sibuk basuh pinggan..Sambil membasuh sambil amek gambar..
Yang best nyer pulak,bukan aku sorang je basuh,wife aku ngan anak lelaki aku pastu adik2 aku pun join sekali basuh..jadi,famili aku dah amek tender basuh pinggan..
Pasal terlalu banyak pinggan yang nak dibasuh,aku tak sempat nak amek gambar sepupu aku..
Kalau aku tinggal..alamatnyer tetamu makan guna daun pisang la nampaknye..
So,inilah gambar yang aku sempat amek sepanjang hari kenduri..
Gambar lain nanti aku letak..


Anak aku begitu gembira dapat join basuh pinggan..Sebabnya dapat main air..

Ape la yang seronok sangat wife aku nie..Gelak besar die..

Umi mithali..

Adik aku ngan Ainnur...yang sorang anak sape ntah..yang pastinye bukan sepupu-sepapat aku..

Sepupu aku yang paling rajin membantu aku..Aku dah kurniakan anugerah kat die..
Pinggan arcopall satu..
Adik yang second ngan Amirul...Dah macam gambar dulu2 pulak..

Sepupu aku lagi..apsal sepupu aku kecik2 ek?Sampai diorang tersasul panggil aku pakcik..ade ke
patut..patutnyer diorang panggil aku 'abang' la kan?..bengang betul!


Monday, June 22, 2009

300

Dengan rasminya ini adalah entri aku yang ke 300..mungkin pada korang yang rajin meng'update' blog,jumlah nie sikit..tapi pada aku yang agak 'rajin',jumlah nie dianggap banyak..
Yelah..bukan senang nak mencari bahan bagi memenuhi ruang blog nie..
Daripada cerita dunia..pastu ilmiah..pastu cerita famili aku..pastu mengarut..
macam2 la bahan yang aku dah letak..
Yang paling bestnya..dengan ber'blog' nie..aku dapat kenal dengan macam2 member blog..
Dari situ aku dapat belajar nak edit gambar..Ha!tu yang best!!
Best pada aku la..
Okla..Ahad lepas adalah Hari Bapa..Pada abah aku,Pak mertua aku dan bapak2 sekalian,
aku ucapkan selamat Hari Bapa..
Semoga pada korang baru masuk ke alam bapak macam aku nie..Aku harap dan berdoa,agar kita nie akan menjadi bapa yang baik pada anak2..
Bapa yang mampu menjadikan anak sebagai harta yang berguna setelah kita tiada nanti..
Tu Hari Bapa..
Tak lama lagi kita nak puasa dah..amacam??korang yang ade tinggal pose,dah ganti?
Lelaki ok kot...yang pompuan nie..dah setel dah?
Apa2 pun sekali lagi jom kita berdoa agar umur kita dipanjangkan..
Dapat lagi kita kita bertemu dgn Ramadhan..
Insyallah..

Wednesday, June 10, 2009

Bahasa Inggeris

Oleh sebab takde bahan yang menarik nak dikongsi ngan korang..aku letak je la gambar2 lama
yang sempat aku edit nie..
Ade je bahan,tapi yang paling menarik pun isu Bahasa Inggeris wajib lulus untuk dapat sijil SPM..entahla..nak setuju pun aku tak tau..nak tak setuju pun aku tak tau..
Cume,semalam aku sembang ngan abang ipar aku..die cikgu kat area Kota Tinggi nu..
so..jawapan die senang je..makin bertambah la keje cikgu nie..
Pasal PSMI pun tak setel2 lagi..nie dah datang pulak bala baru..
terfikir gak aku..kalau masa aku dulu diorang dah buat 'wajib' kompom aku antara yang tak boleh amek sijil SPM..
Bukan la aku nie tak pandai BI..cume cukup2 makan je..
tapi sekarang,jangan main2 ngan aku..
Siap slang London lagi..
ahak ahak ahak..
Apa2 pun kita tunggu je la keputusan Menteri Pelajaran baru ni nanti..
Kalau wajib,kita bapak2 yang ade anak nie..kene la standby pegi kelas Bahasa Inggeris..
nanti senang anak tanya..kita boleh jawab..
Jangan bikin malu oooo...








Tuesday, June 9, 2009

Kahwin Kahwin

Assalamualaikum..dah lama tak usik blog aku nie..
Hari nie aku still cuti lagi..esok aku dah mula keje dah..malas nak mula keje kompom ada..
Sepanjang cuti sekolah nie,apa program korang??
Pada yang nak kawin tu dah tentu ada program diorang..
So,macam aku ngan famili,kena la pegi kenduri kawin sepupu sepapat kitorang nie..
Jauh pulak tu..Kat Penang satu,kat Kedah satu..
Alhamdulillah..semua kenduri kitorang dapat pegi..
Masa cuti sekolah la banyak pengantin amek kesempatan buat kenduri..
Ape2 pun aku ucapkan selamat pengantin baru buat sepupu aku..
Hakimie dan isterinya..buat sepupu wife aku...dan juga opismate aku,Suhaiza..
Dengan ucapan 'semoga kekal hingga ke akhir hayat'
Amin..
Gambar diorang kawin tak sempat nak taruk..
Layan gambar lain je la dulu..




Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei adalah sambutan Hari Guru..sememangnya tugas yang dipikul oleh seorang guru 
adalah amat besar dan berat..Mana tidaknya,bukan sekadar mengajar,mendidik atau memberi panduan hidup kepada kite tetapi juga merotan pelajar(sesetengah je ek) agar menjadi manusia 
yang berguna pada masa akan datang (macam aku la)..
Buat guru2 yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak..aku ucapkan 
'Selamat Hari Guru'
Terima Kasih atas segalanya..
Moga segala usaha murni kalian mendapat keredhaan dari Allah s.w.t..
Buat Cikgu2 Sekolah Kebangsaan Segambut dan SMK Raja Ali..
Jasa cikgu2 tak kan saya lupekan..
Buat isteri aku yang keje nyer cikgu jugak aku ucapkan semoga makin bersemangat umtuk mendidik anak bangsa kita..
Buat member aku yang kerja nya cikgu..aku ucapkan..
Selamat Hari Guru..

Monday, May 11, 2009

Alhamdullilah

Arsenal kalah teruk..Apa lagi yang boleh dikatakan..
tapi takpe..nanti2 diorang menang la tu..Hero kan selalu mcm tu..
Nak sedap kan hati..pagi2 aku dah kena kutuk..
Aduusss!!!
Tapi ade berita gembira buat orang Perak..macam aku..
Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar Perak..
Mengikut kata Hakim,hanya melalui proses undi tidak percaya sahaja yang boleh 
menidakkan jawatan No.1 negeri Perak itu dipegang oleh Nizar..
Hakim jugak berpuas hati kerana Nizar tidak melepaskan jawatan tersebut..
Walaubagaimanapun,BN masih menaruh harapan utk merebut kembali jawatan itu,dengan cara
membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi..
Adakah rayuan itu diterima oleh Mahkamah???
Sama2 kita nantikan..
Ape2 pun jom korang layan gambar yang sempat aku edit nie..

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Lama betul tak update blog nie..asyik tengok je..bukak blog pastu tengok..lepas tengok,tutup..
Bukak blog member plak..Pastu tutup PC plak..Pastu tido..Tu la yang terjadi sepanjang 2-3 minggu ni..
Tapi hari nie..Sempena Hari Ibu Sedunia..aku ingin ucapkan selamat 'Hari Ibu' 
buat Ibu aku,Siti Zainab Halid..tanpanya aku mungkin aku takkan dapat melihat dunia yang penuh dengan keindahan dan ujian..Tanpa Ibu aku jugak,aku mungkin takleh kahwin dengan 
Isteri ku tercinta..buat Isteriku..selamat hari ibu..
Terima Kasih kerana terima aku menjadi Suamimu..
Buat mak mertua aku..tanpamu,aku mungkin takkan dapat kahwin anakmu..
Terima Kasih atas segalanya..
Semoga kalian peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat..
Semoga Allah merahmati dan meredhai segala apa yang kalian lakukan..
'Selamat Hari Ibu buat semua ibu2'..




Sunday, April 26, 2009

Selangor Juara Piala FA

Ye!Selangor dinobatkan dengan rasminya sebagai juara Piala FA malam tadi..
Bertemu Kelantan adalah satu cabaran buat Selangor sebenarnya,yelah! ini adalah kali pertama setelah 39 tahun Kelantan tidak beraksi mana2 perlawanan akhir..jadi semangat juang mereka berada ditahap yang tinggi..Tengok je game tadi,boleh dikatakan seimbang..Terima kasih jugak buat Amri Yahya kerana menjaringkan gol penyamaan..kalau tak kompom Selangor kalah..
Penalti menjadi penentuan siapa yang paling layak menyimpan Piala nie..
Pada pasukan dan penyokong Kelantan,tahniah aku ucapkan sebab Kelantan berjaya meletakkan team nie satu level yang tersendiri..

Keputusan:

Selangor 1     vs    Kelantan 1
(Penalti : Selangor 4-Kelantan 1)

Monday, April 20, 2009

Welcome to FAM

FAM dah umumkan siapa jurulatih bolasepak Malaysia yang baru..Aku sendiri macam tak terkejut dengan keputusan FAM nie..yela..jawapan diorang dah ada..Nama2 yang selalu dok sebut2 dalam TV ngan surat khabar tu macam gimik AF je..
So,K.Rajagopal dengan rasminya akan memikul tanggungjawab untuk membawa hala tuju pasukan Malaysia..
Samada akan menjadi Juara Asia ke??
Dunia???jauh lagi kot..
Atau pun terus melingkup..
Sebelum ini selepas era Karl Weigang, nama-nama seperti Abdul Rahman Hj.Ibrahim, Wan Jamak Wan Hassan, Norizan Bakar, B.Sathianathan merupakan jurulatih tempatan yang pernah memimpin pasukan kebangsaan.
Pada aku diorang bukan tak bagus..
Masalahnya FAM dipimpin oleh mereka yang sudah ketinggalan ilmu bolasepak moden dan mereka yang tidak pernah bermain bolasepak peringkat yang lebih tinggi selain mewakili peringkat sekolah rendah di era baru lepas Merdeka atau sebelum Merdeka. Kebanyakan mereka adalah yang sudah tidak mendapat tempat dalam arena politik peringkat negeri mahupun kebangsaan. Mereka yang terlibat dengan politik wang pun masih nak terajui bolasepak.
Apa betul pendapat aku??
Kalau korang sependapat dengan aku,
tinggalkan komen korang..
Adakah team Malaysia akan mencapai satu tahap yang 'paling' membanggakan..

Friday, April 17, 2009

Semalam Yang Best!!

Hari nie aku ada benda yang nak dikongsi ngan korang..Semalam,lepas kerja aku ngan member lepak kedai mamak pekena teh..Bukan kat rumah takleh nak minum teh..tapi sekadar nak nyembang ngan member2..
Takdela topik menarik pun sepanjang 30 minit pertama tu..Banyak gelak je la..Dalam dok gelak2 tu,aku tengok muka member mcm tak best je..So,aku tanya dia.."Apsal nie?"
Yela..orang kampung dah tau..tak lama lagi dia nak kawen..
So..terjadila topik menarik..Member aku cakap..
Bakal isteri dia tak pandai masak!!!
Isu menarik kan??
Bila ditanya.."takkan tak penah masak??"
"Mak dia tak penah ajar ke?"
"Megi pun tak pandai?"
"Masak air pandai tak?"
Cukup la tu antara soalan2 lazim yang ditanya kepada sahabat aku tu..
Soalan merapu pun banyak..Sampai pecah perut aku dibuatnya..
Tapi,member aku tetap mentain..Mentain bengang..Ahak ahak ahak..
Yang best nye member aku ni tak habis2 bercakap perihal bakal wife dia..Dok kata sibuk belajar la..sibuk tu la sibuk ni la..
Jadi..aku pun tak sempat nak bagi 'buah pendapat' aku kat dia semalam..sebab,hari dah makin gelap..kene balik..nanti kene marah ngan wife aku plak..
So,pada sahabat aku tu..aku bagi pendapat aku dalam blog je la ye..
Bagi yang lain nak baca..Baca la..aku tak marah..Pendapat aku je..
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kepandaian wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang dah biasa gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak suruhla belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola hik hik hik. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Amacam??Berani ke bro!!
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Aku bagi pendapat ni bukan untuk member aku je..tapi untuk aku sekali..
Ingat!jangan jadi lelaki dayus..

Tuesday, April 14, 2009

Macam-Macam

Boleh tahan lama gak aku tak update blog aku ni..ala..amacam biasa la..'sibuk'..
Aku tau..korang pun tau sepanjang minggu lepas banyak peristiwa2 yang menarik..
Antaranya election kat 2 Bukit dan 1 Batang..
Peralihan kuasa..Kabinet baru..Anugerah Bintang Popular..apa lagi..Ha!kes Altantuya..
Bas terbalik..lagi-lagi..Rusuhan penyokong Kelate..Liverpool kalah..Yang paling menarik..
Aku sakit perut..hahaha..
Ok la tu..benda2 tu semua dah selamat..jangan jadi macam kat Thailand sudah!
Macam kisah terbaru ni..Kalau semalam korang ada jejalan kat Taipei..mesti korang akan bertemu sorang ni tengah tabur duit..Banyak oo..T$1 juta..Kalau convert duit Malaysia dekat2
RM106,478..Orang ni naik teksi pastu dia suruh drebar teksi ni bawak slow2..lepas tu dia tabur duit dia..so,orang ramai dok kejar la duit..Dan terjadila kesesakan lalulintas kat pekan Taipei tu..
Polis pun tangkap dia..Polis keluar statement..kata dia gila..mental dia tahap rendah..
Kesian...
Kenapa la orang2 macam ni takde kat KL..orang tempat lain jangan kecik hati..Bukan aku tanak sebut nama tempat korang..Sebabnya mahkluk yang sedang menaip ni ade kat KL..hehehe..
Kalau dia tabur duit kat KL..kompom..aku la orang yang paling banyak collect..
Kenapa??
sebab aku kan ganas..aku brutal..aku gagah..aku body builder..
aku jugak Penyayang..
Amacam??boleh gitu..

Thursday, April 9, 2009

Gantung

Akhirnya Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 saspek utama kes bunuh Altantuya..
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan selepas pihak pembela gagal mengemukakan sebarang keraguan munasabah ke atas kes ni..
Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.
Pada aku,2 ketul ni bukan la pembunuh sebenarnya sekalipun memang diorang ni ada buat perkara tersebut..
Apa yang aku nak tau,aku rasa semua rakyat Malaysia nak tau..
'SIAPA DALANG DISEBALIK PEMBUNUHAN NI'
Tu yang lebih penting..
Kalau takde dalangnya..takkan 2 ketul ni gatal nak letupkan si Altantuya tu..
Betul tak??
Siapa Perancang Utama??
Siapa Dalangnya??
Apa Motifnya??

Wednesday, April 8, 2009

Gelagat Pilihanraya

Macam2 gelagat kita dapat tengok masa pilihanraya..
Masa2 ni la yang paling best..
Ye la,masing2 nak pastikan parti yang diorang sokong mendapat tempat dihati pengundi..
Buat anggota Polis yang bertugas,tahniah dan terima kasih diucapkan..
Tanpa mereka,dah tentu proses pilihanraya ni takkan berlaku secara aman..


Timbalan Presiden Umno bersalaman dgn penyokong Pas.
Penyokong BN meraih simpati penyokong Pakatan Rakyat..
Calon Bebas meraih undi sampai naik atas kereta..Janji meriah bro..

Jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..
Anggota Polis membantu pengundi..

Suasana di tempat mengundi..

Penyokong PKR bersemangat meraih undi..
Tengok!!!betapa pentingnya kehadiran Polis..Betul tak??Pentingkan??

2 Bukit- 1 Batang

Keputusan Pilihanraya dah pun kita tau..
Tahniah pada yang menang..
Apa yang diharapkan ialah meraka ini akan melaksanakan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat..
'TAHNIAH'

Dato' Seri Nizar menang di Bukit Gantang..
Kemenangan di Bukit Selambau..

2 Bukit BN tewas..Batang tetap milik BN..

Monday, April 6, 2009

Selamat Mengundi

Hari nie adalah hari mengundi bagi kawasan Bukit Gantang(kampung aku),Bukit selambau ngan Batang Ai..Aku ucapkan selamat mengundi pada semua pengundi..
Undilah calon pilihan anda..
Aku rasa yang paling banyak pilihan,kawasan Bukit Selambau..sampai 15 calon..
Apa2 pun undila elok2..
'Selamat Mengundi'

Friday, April 3, 2009

Jumaat

Hari Jumaat..so,kita orang2 lelaki wajib bersolat jumaat..
Macam aku sendiri,selalu solat jumaat di Masjid Negara..
tu pun kalau ade barang yang nak aku cari..ye la,sini dah mcm pasar siang dah..Sebelum solat,para muslimin,ade jugak muslimah..akan ronda cari makanan ke,cari jam ke,cari jodoh pun ade..hikhikhik..yang penting jangan cari pasal..kalau tak nahas korang..
Dalam aku dok tunggu member aku melantak,aku sempat ambik gambar suasana kat situ,dengan menggunakan kamera handphone..
Ni lah hasilnya..


makan bro..nanti lapaq plak mase solat nanti..
Tu diaa..ramainya umat...

Amacam??tempat korang ada mcm ni??kalau takde,mai datang sini..meriah oooo..
Ruang solat Masjid Negara.
Tempat ni ada air-cond..Best!!!

Selesai solat.. Ramai mcm nie pun,still tak berebut..tu la bagusnye kita..
Beli air pulak..tak sudah2..woi!air aku jangan lupe..

Najib PM Ke-6

Hari nie Malaysia telah mendapat Perdana Menteri yang baru..
Ini adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6..
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.

PERDANA MENTERI KE-6..
Lambaian terakhir Pak Lah..
Penghormatan terakhir buat Perdana Menteri Ke-5..

Thursday, April 2, 2009

Say Something to Najib


Peralihan kuasa kepimpinan negara ini akan berlaku pada Jumaat ini apabila Najib dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDP Agung Jumaat ini. Maka Malaysia akan berubah kepimpinan. Najib dijangka akan membuat rombakan kabinet tidak lama lagi. Ramai yang akan ternanti-nanti siapa dalam senarai mereka yang berjaya sewaktu pemilihan jawatan UMNO akan di lantik memenuhi dan mengganti kabinet yang sedia ada. Rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk melihat sama ada barisan kepimpinan baru Najib akan dapat di lihat sebagai barisan yang mampu membawa perubahan atau masih terikat kepada acuan lama yang mementingkan kedudukan politik individu. Masalah yang selama ini wujud adalah pelantikan yang mempunyai ikatan dengan sokongan politik dan bukan pelantikan berdasarkan kemampuan mentadbir negara dengan baik, telus dan ikhlas.

Apakah harapan kita terhadap Perdana Menteri baru kita ini – katakan kepada Najib hari ini sebelum dia dilantik!

Sunday, March 29, 2009

Gogos @ Cherating


Thursday, March 19, 2009

D2 @ Cherating

Pada 14-15 mac aritu opis aku ade buat trip pegi Cherating..Kebetulan pulak hari tu jatuh hari cuti sekolah..Ini adalah kali pertama opis aku buat trip mcm ni..Alhamdulillah semua berjalan
dengan baik..Apa yang menarik trip nie ialah malam BBQ kitorang akan dijamu dengan
'kambing panggang'..Perghh!!!rugi la sape yang tak pegi..Bukan setakat rugi tak dapat makan kambing,makan malam memang best..Siap dapat sponsor ikan ngan sotong lagi..
Pada sapa yang tak dapat join tahun nie..Tahun depan insyallah kita akan buat trip tempat lain pulak..Jom kita layan gambar yang sempat aku masukkan...


Kedatangan kitorang disambut dengan 'Pelangi Petang'.
Nielah dia lelaki paling gagah kat D2..(lagi2 yang kat tengah tu)..hikhikhik..

Mengembalikan zaman kanak2..Dulu tak puas main ombak..
Bergambar kat tepi pantai..tu nak sambung balik tu main ombak..

Bergambar lagi setelah main ombak kali kedua..
Masa ni angin memang kuat..perhati betul2,nampak tak pasir terbang..tak nampak??Tak puas main ombak..sambung pulak kat kolam..teruk betul..
Gadis2 takde..Mak gadis je ada..hikhikhik..
Malam kemuncak..'Kambing Panggang'..

Siap sedia untuk diratah..jangan jeles...
En.Bid bersusah payah nak dapatkan bahagian yang banyak daging..berkerut muka..

Tinggal ni je..Dah tak larat makan dah..semua pening..Aku??Aku steady!!!
Antara muka2 yang menjayakan trip ke Cherating..
Terima kasih...


Wednesday, March 18, 2009

Handphone

Nie pasal handphone tak boleh bawak ke sekolah..Aku sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah,amatlah setuju dengan peraturan yang keras ini..
Cikgu2 macam mana pulak..setuju ke tidak??
Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang. "Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.
Mak bapak pun janganla manjakan anak sangat..Aku nak tanya korang berapa sangat mak bapak ni nak call anak diorang kat sekolah?Ataupun anak diorang nie call mak bapak diorang?
Aku rase tak sampai 5-10% buat macam tu..yang lain?
Korang lagi tahu kan!

Tuesday, March 10, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke4

Pada tanggal 5 Mac haritu ialah hari ulang tahun ke4 anak sulung kitorang,Ainnur Humaira..
Masa acara potong kek,aku takde..huhuhu..sedih looo...ape boleh buat..
Anyway,ayah ucapkan selamat harijadi..Semoga panjang umur..Jadi anak yang baik..
Amin..



Time baca doa..

Acara potong kek..
Ni dia..Hensem boy..

Saturday, March 7, 2009

Salam MaulidurRasul

Sempena menyambut MaulidurRasul..aku nak bawa korang semua dengan satu ilmu..Mungkin dah selalu kita dengar,tapi berapa banyak kita lupa..So,jom baca..Betapa Rasulullah menyayangi kita..

Selalu kita dengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw yang di saat akhir kematiannya bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata yg umat Muhammad saw akan dihisab dahulu dari umat Nabi lain. Dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut beberapa kisah di berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat nak minta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan seribu tahun. Mereka berkata,

"Wahai NAbi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad SAW,
"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."
Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina & terseksa sekali."

Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yg sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Bila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?
Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang lakukan dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw?

Wednesday, March 4, 2009

Semalam Yang Hangat

Semalam adalah hari malang aku..Korang tau?tak tau kan..takpe,aku bagitau..

Semalam KL hujan..so,jalan sudah jem..Semalam la jugak member aku nak jumpa aku..Dia deal jam 8 malam kat Ampang Park..Kalau dikira dengan ilmu Matematik aku..dari Kota Damansara ke Ampang Park,mengambil masa sekurang2nya 45 minit je..Tapi..semalam sudah jadi dekat 2jam lebih..aku keluar rumah jam 7.50..aku sampai kat Ampang Park jam 9.35 malam..Perghh
Memang menguji kesabaran betul..

Lagi pulak mase tengah2 jem tu radio Hotfm sudah pasang lagu 'Semalam Yang Hangat'
Lagi la hangat hati aku nie..
Arrghhhh...

Monday, March 2, 2009

Takde Bahan





Monday, February 23, 2009

Kagum

Boring giler ari nie aku..Tak tau nak buat ape..Keje dah setel..Keje tertunggak??
Sori ar!!aku takde keje tertunggak punya..Hari nyer keje,hari ni habis..
Baru la maju beb..Kerajaan pun sayang ngan kita..
Pasal tu la minggu lepas aku tak sempat nak update blog ni..bukan malas..
sibuk giler..kalah budak2 sekolah nak bersukan..
Kalau ikutkan hari ni pun aku nak letak ape kat blog aku..mujurla ade gambar 2 keping ni yang sempat aku edit..



Ni masa kat Penang..apa yang aku nak taip ek..
Gambar semut nie aku tembak guna mikroskop kat makmal biofis opis aku..pastu aku edit sikit2..Bile tengok semut dekat2..aku makin kagum dengan ciptaan yang Maha Esa..

Tuesday, February 17, 2009

Buli

Ni gambar yang sempat aku ambil masa aku gi kenduri kat Nyalas,Melaka.
Masa nie aku tengah lepak kat luar rumah pengantin..Boring2,aku ambil gambar budak2 ni bergurau..Mulanye bergurau..alih2 bergaduh pulak..tengok tu..kesian yang si kecik tu..
Dibuli2 ngan bebudak besar..Cube korang tengok budak yang kena buli tu..siap pandang aku lagi..macam nak mintak tolong..

Kesian dia..Aku rasa budak ni dari bandar kot..kena buli ngan budak kampung..
Selesai bergaduh..hilang mana ntah budak tadi..Cari bapak dia kot..

Monday, February 16, 2009

Tengok Wayang

Lepas majlis tunang sepupu aku,malam tu famili aku ngan adik2 aku pegi tengok wayang..
Cerita Upin&Ipin..Adik2 telah berjaya 'meracun' anak aku supaya aku ngan wife pegi tengok sekali..Aku pun menggunakan ke'terer'an aku..Aku kata kalau nak aku pegi,belanje aku..
Hahahaha..
So,diorang kena la ikut..
Anyway,cite die memang best giler..Masa aku kat wayang tu,dah macam ada satu
majlis untuk budak2..Yela,ni kan cite diorang..
Aku syorkan korang pegi bawak famili..Memang tak rugi..
Insyallah,minggu depan kitorang tengok lagi..
Adik ipar aku lak nak belanje..
hehehehe..jangan marah ek!!



Masa nie dah habis dah..tak puas rasanye..hope lepas nie diorang akan buat cite nie selama 8 jam plak..Baru best!!

Ni lah manusia yang baik hati belanja kitorang..Terima kasih ek!!korangla adik2 yang best..Pas ni,boleh belanja lagi..

Mase nak keluar dari panggung..Tu skrin die..

Selamat Bertunang

14 Februari ari tu,banyak la pasangan2 yang mengikat tali pertunangan atau perkahwinan..
Macam sepupu aku nie..die ambil tarikh nie sebab nyer ialah tarikh tu jatuh pada
hari sabtu..ok la tu..takde makne lain..
Dalam majlis nie,isteri aku telah mengambil bahagian dalam mengubah hantaran.(satu je)
Tu pun atas permintaan mak aku..so,isteri aku telah menggunakan segala kepakaran
yang dia ada..Alhamdulillah,dia berjaya mencipta satu hantaran yang cukup cantik..
Pada yang berminat untuk mendapatkan khidmat buat hantaran boleh contact aku..
Harga boleh runding..ewah!!



Ni lah hasilnya..Air tangan isteri aku..

Bergambar ngan bakal pengantin..
Sebenarnya kitorang tersalah tema..Mak aku kata warna 'gold'..sampai kat sana warna 'silver' plak..adusss!!

Mak ngah aku tengah mencabut2 coklat hantaran..

Tu la isteri aku..

Sepupu aku,Tok Wan aku,Mak cik aku..

Pak ngah aku menjadi hero ari tu..jadi jurucakap bagi tuan rumah..Nasib baik tak mengah..


Friday, February 13, 2009

Antara Nenek Dan 'Datuk'

Ingat tak lagi pada kes Norlia Ghani yang pakai skirt mase salah satu acara anugerah..
Aku rase mase tu,dia memang malu giler..Aku ingat lagi,aku ade tengok acara tu kat TV,
mase tu Norlia diumumkan sebagai pemenang..bile dia bangun je..orang semua
sorak kat dia..huih!bayangkanlah berapa punye tebal muka dia..
Tuhan saje yang tahu..



Ni pulak dapat gelaran Datuk..Tahniah buat Khatijah Ibrahim dan David Arumugam..
Diorang dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran datuk, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang..



'Antara Nenek Dan 'Datuk'

Tuesday, February 10, 2009

Pulau Pinang

Assalamualaikum..Lama betul aku tak update blog nie..Ayat ni la selalu aku guna kalau dah lama tak update blog..Cari jugak ayat lain,tapi macam tak best je..
Sepanjang aku tak update blog nie,mcm2 peristiwa yang berlaku kat Malaysia ni..
Kes Perak la..kes 'Lompat' la..Kes Sultan la..
Menarik betul..kalau dibawak bincang benda nie,5 kali raya Haji tak habis..
Tu yang aku malas nak cerita..Bukan tak nak amek tau..tapi,dah memang tau..
So,pasal hadiah tu,aku akan umumkan pemenang pada bila2 mase aje dari sekarang..
Buat masa nie,aku nak kongsi gambar ngan korang..gambar2 nie aku amek mase Tahun Baru Cina lepas..
Kitorang balik kampung,pastu terus pegi Penang..Kat Penang kitorang lepak 2-3 hari kat sana..
Yang sedih nyer..pegi Bkt Bendera..ingat dapat la naik kereta kabel tu..tak dapat jugak..
sebab tiket ada pukul 8 malam je yang tinggal..
Naik malam nak nampak ape??
Sedih gak la..Sebab aku tak penah NAIK...
huhuhu..



Suasana kenduri kat kampung aku..Simple tapi cukup meriah..

Cari pengantin tak jupe..malas nak tunggu,kitorang je la bergambar..
Kepenatan sangat..dah macam penanggah la pulak..Tak dapat naik kereta kabel..gambar pun jadi la..

Amek gambar lagi..semoga akan datang aku dapat naik plak..
Kat Tanjung Bungah..boleh buat kulit album terbaru aku nie..

Nak taip ape ek..ni la isteri & anak dara aku..
Masa atas feri..anak aku ngan adik aku(Makcik dia).
Anak2 aku ngan adik..bergambar bawah pokok..cube korang teka..pokok ape kah itu??

Thursday, January 29, 2009

Rahsia Jadi Ayah Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.
Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:
Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
Menjadi pendengar yang baik.
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.
Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
Harapan aku,dengan adanya tip nie,moga2 kita yang bergelar ayah atau bakal ayah dapat menjalankan tanggungjawab pada anak2 sebaik mungkin..Insyallah.

Musibah

Dalam aku dok sibuk mengira sape yang menang menjawab soalan 'Ade berapa wajah',aku nak berkongsi ilmu ngan korang..yelah bukan nak ngelak dari bagi hadiah..janji tetap aku kota kan..
Jangan risau wahai pemenang2..
OK..kenapa 'Manusia Ditimpa Musibah?'
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Thursday, January 22, 2009

Peraduan

Aku ade soalan trivia..sape2 dapat jawab soalan aku bawah nie..(tengok gambar)
Aku ade hadiah untuk korang..aku nak jawapan yang paling tepat..
Sipi2 tadak ok..
Mesti tepat..soalan nyer ialah..
Korang perhatikan gambar bawah nie,pastu kira ade berapa wajah kat pokok tue..
Jawapan paling tepat akan aku bagi hadiah..
Cara nak bagi jawapan,korang boleh bagi jawapan kat Chat Box aku..
Tiada tarikh tutup.
Selamat Menjawab!


kire ade berapa wajah..

Wednesday, January 21, 2009

Apa Nak Buat

Setelah puas edit gambar2 nie..
Aku pun letak kat blog aku..kiranye aku puas la tengok gambar2 nie..
Harap korang puas gak..


Pemandangan kampung..
Berjalan2 waktu petang..ngamuk sakan kalau tak dapat keluar rumah.
Bersantai atas kereta lama..

Nie aku dah takde idea nak buat ape..

Pengantin tak sampai lagi..Anak2 aku yang belasah duduk dulu..nasib baik mak andam sporting...

Tuesday, January 20, 2009

'Lama' dan 'Baru'

Sekian lama aku nak letak gambar aku ngan anak2 aku nie..
Tapi,atas sebab2 yang yang tidak diizinkan aku tak la letak..tapi,setelah aku meng'edit'kan gambar aku nie..dan wajah aku agak 'cerah'..so,aku letak kan ia dalam blog aku nie..
Pastu,aku sempat la meng'edit' gambar bende 'lama' dan bende 'baru' aku..
nak tau apa bende nyer bende 'lama' ngan 'baru'..
korang kena layan gambar2 nie..
Setelah berjaya men'cerah'kan muka aku... ni la bende 'lama' aku yang banyak berjasa kat aku sekeluarga.
ni lak bende 'baru' yang bakal berkhidmat untuk aku sekeluarga.
Antara 'lama' dan 'baru'..anak aku nie ade aje die time aku nak amek gambar..

Sunday, January 18, 2009

PAS rampas Kuala Terengganu

Tahniah buat PAS!
Semalam keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah diumumkan..
Calon dari Parti PAS telah menewaskan Calon dari Parti BN dan Bebas..
Sekaligus PAS merampas kerusi yang disandang oleh BN sebelum ini..
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.
Sekali lagi aku ucapkan Tahniah buat PAS..

Saturday, January 17, 2009

Selamat mengundi

Hari nie adalah hari bersejarah buat orang2 Kuala Terengganu..
Hari mengundi macam nie memang ditunggu2 oleh sape2 je..yelah bende mcm nie 5 tahun sekali je ada kan..kalau ada hal je proses pengundian jadi cepat..
so..pada orang Kuala Terengganu aku ucapkan..
'Selamat Mengundi'




Thursday, January 15, 2009

Edit Gambar Lama

''Bahan takde la.."tu la antara jawapan aku kalau kawan2 tanye nape tak update blog..
sememang nye bahan takde..tapiii, bukan bahan yang menjadi punca blog tak update..
Penyakit malas..kalau dah malas..jangan kata nak update..nak bukak blog sendiri pun payah..
Cuma semalam aku tak tau nak buat ape..aku bukak gambar2 lama yang masih tersimpan dalam PC aku nie..tanpa melengahkan masa lagi,aku pun meng'edit' la gambar2 nie..
Pada mata aku nampak cantik..tak tau korang nyer mata..
Harap mata korang pun akan kata lawa gak..
Yelah..budak baru belajar..
Cg Fly..komen sikit!!!





Hitam putih menjadi pilihan.
Ape yang kurang ek.??
Masa nie Ainnur ade sesi photograph..

Majlis raya 2 tahun lepas..Gogos ngan Bentayan(azwan).

Tuesday, January 13, 2009

Sebat

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari nie telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas
2 orang yang beragama Islam..kesalah yang diorang buat ialah 'Minum Arak'..
Seorang lelaki yang umurnya 38 tahun dan sorang perempuan,22..
Diorang nie didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.
Apa yang aku simpulkan kat sini ialah hukuman nie sebagai pengajaran bagi umat Islam
yang lain..yelah..tak kan tak tau lagi yang arak tu kan HARAM..buat ape la yang di tonggang lagi..Patutnya kita rasa malu pada agama lain sebab kita nie pembawa agama yang suci..
Agama yang baik..lebih baik dari agama yang lain..so,kalau kita tak tunjukkan kebaikan kita,macam mana peganut agama lain nak menilai tentang Islam..
Kalau kita dah sama2 minum arak ngan diorang,apa pandangan diorang tentang Islam..??
..Korang pikiaq la sendiri..

Palestin

Kekejaman Israel terhadap Bumi Palestin makin ganas..Macam2 usaha dah dibuat..mintak gencatan senjata,haram Israel laknatullah tu faham..Berdemokrasi,bakar bendera Israel,bakar macam2 lagi..tulah antara usaha kita mengutuk sekeras2nya kebiadapan Israel haram jadah tu..
Selain berdoa kepada Allah..Seluruh masjid..surau2 di seluruh dunia kini memohon dan bersolat hajat agar Palestin kembali menemui kemenangan yang jitu dengan bantuan dari Allah..
Ingatlah kata2 Saidina Umar Al-Khatab.
"Bumi Palestin adalah WAKAF bagi umat Islam masa depan"
Ya Allah..sedar tak korang yang kini WAKAF kita sedang dirobek oleh Israel bangsat..
"Ya Allah..Berikanlah kemenangan kepada Pejuang2 Palestin Ya Allah"
Kau hancurkanlah Israel Laknatullah
Hanya Engkau lah tempat kami memohon"
..amin..

Tuesday, January 6, 2009

Israel Celaka


Allahuakbar!!
Memang Israel makin biadap..celaka..laknatullah..
Apa lagi perkataan yang sesuai untuk diorang..Pada kawan2,aku memohon pada korang,
lepas solat kita sama2 berdoa agar Palestin mendapat kemenangan..Ingat!bumi anbia' kini diratah hidup2 oleh Israel Bangsat..
Pagi tadi aku dapat satu SMS..pengirim SMS nie minta kita sama2 memohon kepada Allah supaya Palestin sekali gus umat Islam sendiri mendapat kemenangan dalam menentang Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat..
Kandungan SMS..
"salam.Pemimpin Hizbullah Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim melafazkan Al-Fath
Ayat 26-27,Yunus ayat 85-86 dan 88 malam nie..Agar Israel hancur!
Malulah kita pada Allah,jika masih tak mampu menghulurkan selemah2 bantuan ini kepada
saudara seagama kita.."


Monday, January 5, 2009

Back To School

Selamat Kembali ke sekolah..
Pada kawan2 yang anak2 korang mula bersekolah memang best..
Pengalaman hantar anak ke sekolah pada hari pertama memang ditunggu2 oleh parents..
Anak jangan cite la kan..bercampur aduk perasaan diorang..
Takut..Suke..Seram..macam2 lagi la..
Aku dulu pergi sekolah bukan nak belajar sangat pun..korang pun macam tu jugak kan??
aku gi sekolah pasal nak dapat duit je..kalau tak gi sekolah takdela duit..
Pastu duit kasi jimat..simpan2 sikit..hujung minggu boleh jejalan pegi 'bandar'..
budak2 sekarang lain..belanje satu hari je dah dekat RM5..
Kita dulu berapa sen je..Tapi pandai jugak kan..
'Pandai temberang'hahahaha....
Pada kawan2 aku yang kerjenye cikgu..
aku ucapkan selamat buat korang..
Buat wife aku Selamat Mengajar..
Semoga Allah merahmati tugas mulia korang!!!

Sunday, January 4, 2009

Selangor Juara

Cerita banyak pun tak guna!!!
SELANGOR menang lawan Kedah semalam..
Diorang lawan dalam perlawanan Piala Sumbangsih..
Tahniah Selangor...

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah&Selamat Tahun Baru

Rasanye belum terlambat aku ucapkan salam Maal Hijrah kat korang kan..
yela..musim2 cuti sekolah banyak sangat program..sampai aku penat nak bukak PC aku..
kalau dah penat nak bukak PC..jadi nyer dah tentula malas nak update blog kesayangan aku nie..
Sebelum terlambat..aku nak ucapkan jugak 'Selamat Tahun Baru'..semoga dengan kedatangan tahun baru nie,makin la mantap korang nyer azam..
Bila sebut pasal azam,aku suke sangat membincangkan nyer..
Apa azam korang tahun nie??
Dalam 80% kalau ditanye,confirm azam diorang nie,akan hampir sama dengan azam tahun yang lepas2..Kiranye..aku nie tergolong la dalam 80% nie..
Yela..senang kata..azam ni,macam copy pastu paste je..
Kalau ditanye alim ulama pulak,azam nie masa bile nak refresh??
Jawapan diorang..'hari2 kene refresh..'
Apsal plak??
Jawapan diorang..
'Jadikan hari ini lebih baik dari semalam..esok lebih baik dari hari ini'
So..selalu kan dengar..
Mana ade jadikan tahun nie lebih dari tahun lepas..kalau hari2 kita berazam untuk jadi terbaik..
baru la cemerlang..kalau setahun sekali,bukan tak boleh..tapi lambat la..
Orang dah kat atas..kita baru nak manjat..
tu jela perkongsian kita pada hari nie..
Anyway..
'SELAMAT TAHUN BARU 2009'

Thursday, December 18, 2008

Wanita

Sejak2 dah 'pandai' mengedit pic nie..asyik nak letak je pic2 nie..
Ape yang aku nak cerita nie bukan la pasal edit pic nie..tapi nak berkongsi satu story..
Yela..kadang kita nie agak terlupe kisah2 para sahabat nabi atau kisah2 nabi sendiri..
So..ape yang aku nak story nie mungkin ade yang dah pernah dengar atau baca..
Tak salah kan kalau bace lagi..pada yang belum pernah baca cerita nie..
Korang wajib baca..jom..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ameklah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Renung2kan..selamat beramal...

Tuesday, December 16, 2008

Cameron Highlands

Mase sebelum raya haji aritu,aku ngan famili pegi makan angin kat Cameron Highlands..
Untuk pengetahuan korang..ni lah first time aku jejak kaki kat Cameron nie..
Wife aku dah banyak kali dah..ye lah cikgu kan..asal buat rombongan..pegi sana..
Jadi,wife aku lah jadi pemandu pelancong..Kitorang gerak dari rumah pukul 5 pagi..
Sampai sane lebih kurang 8.30 pagi..so,kitorang sarapan kat sana..
Banyak la tempat kitorang 'jelajah'..
Balik??
Kitorang balik dalam pukul 4.30 ptg..
Anyway..memang best!!



First time tengok ladang teh secara 'live' rase macam nak kutip semua daun teh
bawak balik..
Sedap mata memandang..macam tu rasa teh sebenar..
ewah!macam iklan plak..
Ni kat tempat jual kaktus..
Ni pun sama gak..
Posing sebelum pekene ais krim strawbery..
Pic nie amek mase on the way balik..teringin sangat nak turun ke bawah..
tapi...
Mase tengah menjamah ais krim..Lani suhu mencecah 12 darjah celcius..
Yo la tu..
Ni lah wajah kesayangan ku..

Monday, December 15, 2008

Al-fatihah

Al-Fatihah buat keluarga wife aku coz,hari Jumaat lepas datuk pada wife aku telah
kembali ke Rahmatullah..
Pada keluarga arwah Ahmad aku harap mereka bersabar dan redha dengan pemergian
insan yang tersayang..
Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat oleh-Nya..


Al-fatihah.

Sunday, December 14, 2008

Baru

Amacam lawa tak??kalau lawa..booking la aku untuk majlis yang korang nak buat..
macam dah terer je aku nie..dah la baru belajar..berlagak plak tu..
normal la kan??dapat bende baru,eksen nyer jangan cite la kan..
Satu kampung nak dicitenyer..
okla..buat korang semua..aku ucapkan..
'Selamat Hari Ahad'
Selamat bercuti...

Tuesday, December 9, 2008

Felda Chemomoi

Rasenyer belum terlambat lagi kot aku nak ucap 'Selamat Hari Raya Iduladha' kat korang semua..Sebenarnye aku still kepenatan lagi..tu yang aku tak sempat nak update blog aku nie..
ok..lepas nie aku kembali rajin utk meng'update' blog aku..
Actually aku nak cite pasal aku ngan family pegi satu tempat..yela..cuti sekolah nie,
banyakla kenduri kahwin..'musim mengawan' la kata kan..hehehe..
Kitorang sebenarnyer pegi ke Negeri Pahang..
Penah dengar Chemomoi??
Kalau yang penah dengar..Ucapan tahniah dari aku..
Inilah first time aku dengar Chemomoi..dahla first time dengar..tup tup..
sampai kat sana..Aduh perjalanan die,memang azab giler..
Buat orang Chemomoi jangan marah ek!!
Dalam azab2 ade yang menarik tau..(amek balik hati org2 chemomoi)
Pemandangan nyer..sejuk hati memandang..hehehe..
sempat la aku amek pic2 yang menarik sepanjang pjalanan..
Jom layaan!!!




Sejuk tengok bende2 hijau nie..(Dalam maksud tu..)
Setelah hangat hati..aku sejukkan dengan memandang bende2 hijau..
Kereta aku ditinggal jauh oleh kereta2 sepupu aku..Bukan kete aku tak laju..
saje nak menikmati keindahan alam..hik hik hik...

Akhirnyer...setelah kitorang puas ber'rally' kat jalan..Sampai jugak kat Felda Chemomoi..
Puas ek muke pengantin..muke aku??tu pasal takde dalam nie...

Thursday, December 4, 2008

Riang Ria @ kampung

Cuti sekolah nie banyak la mak bapak nie amek kesempatan bawak anak2 balik kampung..
Dan mase ni la nenek2 ngan atok2 akan pening kepala..hehehe..
Kalau korang nak tau..kadang2 mak bapak kite ni..mule je cuti sekolah nie diorang nie ade pulak programnyer..pegi Hadyai la..pegi rombongan Langkawi la..
Padahal lepak kat rumah je..
Kire nie taktik mak bapak kita nak ngelak kite hantar anak2 kat rumah diorang la..
Tapi..mak bapak mane yang nak temberang lelama..
Rindu kat cucu katanye..
Macam kat bawah nie la..
'Riang ria cuti sekolah'



Habisla pokok2 nenek korang. Seronok tul jadi budak2..tak Pikir ape dah..maaaiin jer...Makin hensem anak laki aku nie..sampai sepupu die pun terduduk tengok kehenseman
Amirul..so..takyah nak pertikaikan la..sebab ayah die pun hensem..heheheSebenarnyer bukan nak amek gambar diorang..tu..pokok durian tu yang nak diamek nye..
alih2 diorang plak siap berposing depan kamera..
Abang ipar aku yang penyayang..
Acara bergambar beramai2..ni pun tak cukup corum lagi nih..

Pada isteri aku..cikgu2 aku..kawan2 aku yang kejenye cikgu..
'SELAMAT CUTI SEKOLAH'

Tuesday, December 2, 2008

Ingat

Tersentak jugak aku bile baca bende nie..'kata2' nie aku jumpa mase aku gi lawatan kat Pusat PESADA..pada aku,'kata2' nie lebih bersifat peringatan..Ingatan buat kita..
Selalu kita rasa diri kita la yang baik..tak pernah melakukan kesalahan..
Suci dari dosa2..Hinggakan kita memandang 'jijik' pada bekas2 penagih..Kadang kita lupe,
yang kita nie ade pewaris..
So..Peringatan buat kita..jangan kita menyisih diorang nie..
Ingat!!!
Kita jugak ade anak2 yang belum tentu akan masa depan nyer..

Monday, December 1, 2008

Pusat PESADA

Dalam pegi kursus tu..kitorang pegi lawatan..
Mane??
Mase tu kitorang ingat pegi Zoo ke..pegi lawatan kat Sunway Lagoon ke..
Rupe2nyer pegi Pusat PESADA kat Sg.Besi..looo..dokek rupenye..
PESADA nie ialah tempat dimana penagih2 dadah mendapat rawatan..
Rawatan die bukan macam kat hospital..datang amek ubat..nie lain..
aku rase Pusat Serenti pun tak macam nie..sebabnyer..
Kat sini lebih menitik beratkan Insaniah..So,kitorang pun ade nyembang ngan pelatih2 nie..
Diorang pun kate tempat nie memang berbeza ngan Pusat Serenti..
Lain macam mane??
Hanya diorang je yang tahu..
Sebab diorang je melalui bende2 nie..aku tak penah!!!



Penyelaras PESADA tengah bagi taklimat..
Peserta amek perhatian..aku??amek gambar le..Kak Ana..paham ke tu...
Suasana kat PESADA..bersih kan..nie pelatih2 yang bersihkan..takde tukang sapu tau..Tempat basuh baju diorang..mesin basuh tu adalah pemberian dari pihak2 luar..
Laundry tu...
Ni kat dalam bilik asrama diorang..siap ade TV lagi..kalau diorang nie kene denda..takleh tengok TV...
Kemas kan..bilik korang macam ni tak???Kak Ana jawab..
Ni bilik baju diorang..
Selesai Taklimat..upacara bagi cenderahati plak..lain kali wat lawatan kat umah aku plak..
Boleh aku dapat cenderahati plak..

Kursus

Assalamualaikum..macam yang aku janjikan..aku nak cite pasal aku gi kursus baru nie..
korang tengok jela pic2 nie..korang pun boleh agak,macam mane punye boring kalau gi kursus..
kalau tak boring..bukan kursus la name neyr..betul tak..
walaupun pada hakikatnye nak ngelak dari datang opis..
selalu korang pun macam tu jugak kan..
Konon dengar sangat la tue..jasad je kat situ..roh ntah mane2..
Penceramah dah malas nak bagi kelas..peluang bergambar diambil oleh peserta..
Suasana dalam kelas..
Sesi lakonan..sorang jadi kaunseling..sorang jadi klien..kelakar giler..banyak gelak siut..
Nampak muke aku..mata macam dah nak pejam dah..ngantuk betul..

Sunday, November 30, 2008

Negeri Pahang

Arinie aku malas lagi..still dalam mood nak rileks..Nie japlagi aku nak ke Pahang..
nak tengok kawasan taklukan aku kene banjir ke tak..yelah,aku kan YB..
so..kene lah amek berat kawasan aku kan..
Ade kenduri da..My sepupu kawen..aku risau gak,berita semalam kate belah
Temerloh banjir..tapi,aku tanye sepupu aku die kate OK..
ok kate die..kalau tak ok..aku suruh die berenang ngan baju pengantin die tu..
baru padan muke die..
Buat korang..tatap lah wajah kerinduan hati nie..
Ewahh!!!

Friday, November 28, 2008

Aaaah..Lega..

Salam kengkawan semua..aku mintak maaf bebanyak coz dekat seminggu aku tak update
blog nie..Bukan ape,sepanjang minggu nie,aku pegi kursus kaunselor kat sekitar KL..
Aku takdelah tinggal kat tempat kursus tu..tapi dek balik lambat,aku kadang tak sempat nak
tengok blog sendiri..
Insyallah..aku akan letak pic dan kongsi cerita ngan korang sepanjang aku gi kursus nie..
Buat Haizam..aku ucap kan welcome back to your blog..
susah sangat ke nak update blog tu..

Thursday, November 20, 2008

Poligami Panjangkan Umur??

Poligami!!aku rase satu isu yang cukup sensitif bagi sesetengah pihak..confirm la pihak tu
pihak wanita kan..ape yang aku nak kongsi kat sini..ade pihak @ pendapat mengatakan
'berpoligami mampu memanjangkan umur'..
Betul ke??
Kalau betul la..aku rasa bukan aku je yang nak..semua lelaki dalam dunia ni nak poligami..
Betul tak??
Virpi Lumma,yang menjalankan kajian kat lelaki yang berumur 60 tahun dari 140 negara..
Apa yang die dapat ialah faktor tenaga batin yang still berfungsi membuat lelaki mampu
hidup lebih lama berbanding wanita yang akan mengalami menopaus
masa umur 40an ke atas..
Sebenarnye..dah memang menjadi hak lelaki untuk berkahwin lebih pada satu..
Tapi,yang menjadi masalah nyer ialah apakah ianya berlandaskan iman..
Aku rasa kebanyakkannye nak berpoligami sebab..sebab..sebab..
Macam2 sebablah..
Pada akula..kita kene berbalik pada Qada'&Qadar..Kerana panjangnya umur kita semua
dah ditentukan oleh-Nya..sejak kita masih di alam roh lagi..
Jadi,tak perlu lah kita nak pertikai kan lagi 'Poligami mampu panjangkan umur'..
Aku rasa nie semua alasan2 suami2 yang nak kahwin lebih..
Bini tua tak bagi die kahwin..die keluarkanla fatwa sendiri..
Macam-macam..

Wednesday, November 19, 2008

Cerita Lama



Oleh kerana takde bende yang menarik nak dikongsikan..aku pun letak la bende nie..
korang penah tengok cite 21 Jump Street??
Pada korang yang sempat tengok cite mesti ingat kan..
Cite nie ditayangkan mase tahun 90an dulu..
Pada diorang yang lahir dalam tahun tu,memang tak dan tengok cite ni..
Walaupun mase tu aku bebudak lagi..tapi,aku layan cite nie..
aku suke tengok Johnny Depp..
(kire..konon2 nak jadi mcm die la konon)
Aku pun dah tak ingat cite die macam mane..
Tapi pasal penyiasatan la..
Biasa la kan..
Tapi..jangan risau..kalau korang nak layan cite nie balik..
korang boleh tengok kat 8tv..
Setiap Sabtu..jam 11.45 malam..
Kalau dah tengok..bagitau aku..