Thursday, July 31, 2008

Jangkaan Jualan Kenderaan Baru Merosot.






Persatuan Automotif Malaysia (MAA), menjangka jumlah jualan industri (TIV) bagi kenderaan baru di negara ini menurun sebanyak 16.5 peratus atau 45,874 buah bagi setengah tahun kedua 2008.

Datuk Aishah Ahmad berkata sebahagian besar penurunan itu berpunca daripada kemerosotan 28 peratus dalam jualan kenderaan perdagangan diikuti penyusutan 0.5 peratus kereta penumpang.

Antara faktor-faktor yang diambil kira dalam unjuran itu adalah kesan daripada harga minyak, inflasi dan kos bahan mentah yang tinggi, kenaikan kadar faedah sewa beli bagi jenama kereta bukan nasional dan penurunan mudah tunai berikutan pasaran saham yang lemah.

Bagi tempoh enam bulan pertama 2008, TIV kenderaan baru meningkat 25.9 peratus kepada 277,973 buah daripada 220,739 bagi tempoh yang sama pada 2007.

Jualan kenderaan penumpang berjumlah 254,252 buah pada tempoh enam bulan pertama tahun ini dan menyumbang 91.5 peratus bahagian daripada TIV.

Bahagian itu rendah sedikit berbanding sembilan peratus yang dicapai pada tempoh yang sama 2007 dengan kuantiti jualan 20,287 buah.

Jumlah kuantiti pengeluaran bagi setengah tahun pertama 2008 meningkat 26.7 peratus kepada 263,222 buah berbanding 207,826 buah bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pengeluaran kenderaan penumpang pada setengah tahun pertama 2008 naik sebanyak 27.1 peratus kepada 240,572 buah berbanding 189,336 buah sebelumnya.

Pengeluaran kenderaan perdagangan bagi setengah tahun pertama juga berkembang sebanyak 22.5 peratus kepada 22,650 buah berbanding 18,490 buah sebelumnya.



Sumber : UtusanOnline

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails