Wednesday, August 27, 2008

Anwar Menang.

Datuk Seri Anwar merai kemenangan bersama isteri.

Anwar diiringi penyokong PKR dan pemimpin parti pembangkang masuk ke pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam.

Semalam Piliharaya kecil telah dijalankan di Permatang Pauh..seperti umum ketahui Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi..beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional(BN) dan Akim..Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini pada jam 10.05 malam tadi.
Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.
Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982, tetapi tidak bertanding pada pilihan raya umum 1999 berikutan kes liwat dan rasuah yang dihadapinya.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447 Undi tidak dikembalikan: 98

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails