Thursday, August 28, 2008

Ingat Lagi Tak.

Aku saje nak bawak korang mengimbau zaman dulu2..tapi lebih kepada dunia artis @ hiburan..ye la,kadang bende2 ni je seronok pun..buat korang yang tak penah tau cite2 artis dulu2,aku ade la sikit bahan yang boleh dikongsi ngan korang..ha..macam pic Saloma meninggal dunia nie,aku rase tak semua yang penah tengok..jadi jomla kite tengok same2..


PADA 25 April 1983, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian selama-lamanya Biduanita Negara, Saloma (Puan Sri) selepas hampir lima tahun berjuang melawan penyakit kuning dihidapinya yang mula dikesan pada 1978.
PERCINTAAN penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram dan komposer terkenal, Azmeer pada awal 1990-an memang jarang dipaparkan media ketika itu, lebih-lebih lagi kedua-duanya bijak merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum.
Bagaimanapun, gosip cinta mereka berakhir begitu saja selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

AKSI melampau kumpulan rap tempatan, 4U2C, mempersendakan artis veteran ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru pada September 1994 turut menjadi sebahagian berita hangat dunia hiburan ketika itu. Antara lain, mereka mempersendakan penyanyi terkenal, Anita Sarawak, yang kononnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkejut apabila ibunya, Siput Sarawak menukar nama kepada Siput Sedut.

Elite pecah sebab masalah dalaman..Pernah dilabel sebagai 'Ratu miming'.
Search sebagai artis pertama tempatan dan satu-satunya kumpulan muzik Asia Tenggara untuk mengadakan persembahan secara langsung di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 17 Julai 1991. Diorang sebahagian daripada 300 artis rakaman dari seluruh dunia yang terpilih mengadakan persembahan di kota raya itu sempena Konvensyen Muzik Antarabangsa Ke-12 (New Music Seminar 1991) yang berlangsung di sana dari 12 hingga 17 Julai 1991.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails