Sunday, March 29, 2009
Thursday, March 19, 2009
D2 @ Cherating
Pada 14-15 mac aritu opis aku ade buat trip pegi Cherating..Kebetulan pulak hari tu jatuh hari cuti sekolah..Ini adalah kali pertama opis aku buat trip mcm ni..Alhamdulillah semua berjalan
dengan baik..Apa yang menarik trip nie ialah malam BBQ kitorang akan dijamu dengan
'kambing panggang'..Perghh!!!rugi la sape yang tak pegi..Bukan setakat rugi tak dapat makan kambing,makan malam memang best..Siap dapat sponsor ikan ngan sotong lagi..
Pada sapa yang tak dapat join tahun nie..Tahun depan insyallah kita akan buat trip tempat lain pulak..Jom kita layan gambar yang sempat aku masukkan...
Kedatangan kitorang disambut dengan 'Pelangi Petang'.
Nielah dia lelaki paling gagah kat D2..(lagi2 yang kat tengah tu)..hikhikhik..
Mengembalikan zaman kanak2..Dulu tak puas main ombak..
Mengembalikan zaman kanak2..Dulu tak puas main ombak..
Bergambar kat tepi pantai..tu nak sambung balik tu main ombak..
Bergambar lagi setelah main ombak kali kedua..
Bergambar lagi setelah main ombak kali kedua..
Masa ni angin memang kuat..perhati betul2,nampak tak pasir terbang..tak nampak??Tak puas main ombak..sambung pulak kat kolam..teruk betul..
Gadis2 takde..Mak gadis je ada..hikhikhik..
Malam kemuncak..'Kambing Panggang'..
Gadis2 takde..Mak gadis je ada..hikhikhik..
Malam kemuncak..'Kambing Panggang'..
Siap sedia untuk diratah..jangan jeles...
En.Bid bersusah payah nak dapatkan bahagian yang banyak daging..berkerut muka..
Tinggal ni je..Dah tak larat makan dah..semua pening..Aku??Aku steady!!!
Antara muka2 yang menjayakan trip ke Cherating..
En.Bid bersusah payah nak dapatkan bahagian yang banyak daging..berkerut muka..
Tinggal ni je..Dah tak larat makan dah..semua pening..Aku??Aku steady!!!
Antara muka2 yang menjayakan trip ke Cherating..
Terima kasih...
Wednesday, March 18, 2009
Handphone
Nie pasal handphone tak boleh bawak ke sekolah..Aku sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah,amatlah setuju dengan peraturan yang keras ini..
Cikgu2 macam mana pulak..setuju ke tidak??
Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang. "Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.
Mak bapak pun janganla manjakan anak sangat..Aku nak tanya korang berapa sangat mak bapak ni nak call anak diorang kat sekolah?Ataupun anak diorang nie call mak bapak diorang?
Aku rase tak sampai 5-10% buat macam tu..yang lain?
Korang lagi tahu kan!
Tuesday, March 10, 2009
Selamat Ulang Tahun Ke4
Saturday, March 7, 2009
Salam MaulidurRasul
Sempena menyambut MaulidurRasul..aku nak bawa korang semua dengan satu ilmu..Mungkin dah selalu kita dengar,tapi berapa banyak kita lupa..So,jom baca..Betapa Rasulullah menyayangi kita..
Selalu kita dengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw yang di saat akhir kematiannya bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata yg umat Muhammad saw akan dihisab dahulu dari umat Nabi lain. Dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut beberapa kisah di berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.
Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat nak minta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan seribu tahun. Mereka berkata,
"Wahai NAbi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."
Jawab Nabi Muhammad SAW, "Aku akan tolong kamu semua."
Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,
Rasulullah SAW menjawab, "Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina & terseksa sekali."
Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."
Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yg sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Bila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,
"Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?
Jibrail menjawab, "Ya, iaitu mereka yang lakukan dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."
Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw?
Wednesday, March 4, 2009
Semalam Yang Hangat
Semalam adalah hari malang aku..Korang tau?tak tau kan..takpe,aku bagitau..
Semalam KL hujan..so,jalan sudah jem..Semalam la jugak member aku nak jumpa aku..Dia deal jam 8 malam kat Ampang Park..Kalau dikira dengan ilmu Matematik aku..dari Kota Damansara ke Ampang Park,mengambil masa sekurang2nya 45 minit je..Tapi..semalam sudah jadi dekat 2jam lebih..aku keluar rumah jam 7.50..aku sampai kat Ampang Park jam 9.35 malam..Perghh
Memang menguji kesabaran betul..
Lagi pulak mase tengah2 jem tu radio Hotfm sudah pasang lagu 'Semalam Yang Hangat'
Lagi la hangat hati aku nie..
Arrghhhh...
Memang menguji kesabaran betul..
Lagi pulak mase tengah2 jem tu radio Hotfm sudah pasang lagu 'Semalam Yang Hangat'
Lagi la hangat hati aku nie..
Arrghhhh...
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)