Wednesday, March 18, 2009

Handphone

Nie pasal handphone tak boleh bawak ke sekolah..Aku sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah,amatlah setuju dengan peraturan yang keras ini..
Cikgu2 macam mana pulak..setuju ke tidak??
Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang. "Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.
Mak bapak pun janganla manjakan anak sangat..Aku nak tanya korang berapa sangat mak bapak ni nak call anak diorang kat sekolah?Ataupun anak diorang nie call mak bapak diorang?
Aku rase tak sampai 5-10% buat macam tu..yang lain?
Korang lagi tahu kan!

3 comments:

CatlinaFly said...
This comment has been removed by the author.
Fly said...

salam bro, kalau lah semua mak bapak berpendapat mcm lu bro, pasti salah laku disiplin membawa h.phone ke sekolah tidak akan berlaku. Guru-guru bersetuju sangat dengan tindakan sebegini. memang betul guru2 berasa agak bimbang untuk mengambil atau merampas h.phone sebelum ini, kerana tindakan seperti itu tidak dikuatkuasakan pada semua sekolah. Tapi ada satu kes kat sekolah gua bro, last year cikgu disiplin sekolah gua sudah rampas h.set seorang pelajar, setelah genap setahun barulah bapa pelajar tu datang nak menuntut kembali h.set tu, tetapi masa tu guru yang bertanggungjawab berkursus selama seminggu. Dengan rasa tidak puas hati dan tidak berfikir secara rasional bapa pelajar memarahi pihak sekolah kerana tidak boleh memulangkan semula hphone tersebut dan mengugut akan membuat laporan kepada polis. Lucu jugak bro bila difikir2, setelah setahun barulah terhegeh2 untuk semula, padahal pihak sekolah telah menghantar surat kepada penjaga pelajar terbut, alasan yang diberi setelah setahun baru nak tuntut h.phone tu ialah kerana sebelum ni terlupa, busy. Kalu ye pun janganlah tunggu sampai setahun.... Dah setahun polis pun malas nak layan, agaknye report2 camni..

Nida n' Hanafi said...

salam.....
Saya sebagai guru pun menyokong pendapat saudara....
Kat sekolah tu dah banyak public phone, patutnya xde masalah lg. Tak pun kalau susah sangat pinjam je telefon cikgu, cal mak ayah (ramai dah student hbiskan kredit saya...halal)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails