Thursday, April 2, 2009

Say Something to Najib


Peralihan kuasa kepimpinan negara ini akan berlaku pada Jumaat ini apabila Najib dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDP Agung Jumaat ini. Maka Malaysia akan berubah kepimpinan. Najib dijangka akan membuat rombakan kabinet tidak lama lagi. Ramai yang akan ternanti-nanti siapa dalam senarai mereka yang berjaya sewaktu pemilihan jawatan UMNO akan di lantik memenuhi dan mengganti kabinet yang sedia ada. Rakyat Malaysia ternanti-nanti untuk melihat sama ada barisan kepimpinan baru Najib akan dapat di lihat sebagai barisan yang mampu membawa perubahan atau masih terikat kepada acuan lama yang mementingkan kedudukan politik individu. Masalah yang selama ini wujud adalah pelantikan yang mempunyai ikatan dengan sokongan politik dan bukan pelantikan berdasarkan kemampuan mentadbir negara dengan baik, telus dan ikhlas.

Apakah harapan kita terhadap Perdana Menteri baru kita ini – katakan kepada Najib hari ini sebelum dia dilantik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails