Monday, April 20, 2009

Welcome to FAM

FAM dah umumkan siapa jurulatih bolasepak Malaysia yang baru..Aku sendiri macam tak terkejut dengan keputusan FAM nie..yela..jawapan diorang dah ada..Nama2 yang selalu dok sebut2 dalam TV ngan surat khabar tu macam gimik AF je..
So,K.Rajagopal dengan rasminya akan memikul tanggungjawab untuk membawa hala tuju pasukan Malaysia..
Samada akan menjadi Juara Asia ke??
Dunia???jauh lagi kot..
Atau pun terus melingkup..
Sebelum ini selepas era Karl Weigang, nama-nama seperti Abdul Rahman Hj.Ibrahim, Wan Jamak Wan Hassan, Norizan Bakar, B.Sathianathan merupakan jurulatih tempatan yang pernah memimpin pasukan kebangsaan.
Pada aku diorang bukan tak bagus..
Masalahnya FAM dipimpin oleh mereka yang sudah ketinggalan ilmu bolasepak moden dan mereka yang tidak pernah bermain bolasepak peringkat yang lebih tinggi selain mewakili peringkat sekolah rendah di era baru lepas Merdeka atau sebelum Merdeka. Kebanyakan mereka adalah yang sudah tidak mendapat tempat dalam arena politik peringkat negeri mahupun kebangsaan. Mereka yang terlibat dengan politik wang pun masih nak terajui bolasepak.
Apa betul pendapat aku??
Kalau korang sependapat dengan aku,
tinggalkan komen korang..
Adakah team Malaysia akan mencapai satu tahap yang 'paling' membanggakan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails