Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei adalah sambutan Hari Guru..sememangnya tugas yang dipikul oleh seorang guru 
adalah amat besar dan berat..Mana tidaknya,bukan sekadar mengajar,mendidik atau memberi panduan hidup kepada kite tetapi juga merotan pelajar(sesetengah je ek) agar menjadi manusia 
yang berguna pada masa akan datang (macam aku la)..
Buat guru2 yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak..aku ucapkan 
'Selamat Hari Guru'
Terima Kasih atas segalanya..
Moga segala usaha murni kalian mendapat keredhaan dari Allah s.w.t..
Buat Cikgu2 Sekolah Kebangsaan Segambut dan SMK Raja Ali..
Jasa cikgu2 tak kan saya lupekan..
Buat isteri aku yang keje nyer cikgu jugak aku ucapkan semoga makin bersemangat umtuk mendidik anak bangsa kita..
Buat member aku yang kerja nya cikgu..aku ucapkan..
Selamat Hari Guru..

Monday, May 11, 2009

Alhamdullilah

Arsenal kalah teruk..Apa lagi yang boleh dikatakan..
tapi takpe..nanti2 diorang menang la tu..Hero kan selalu mcm tu..
Nak sedap kan hati..pagi2 aku dah kena kutuk..
Aduusss!!!
Tapi ade berita gembira buat orang Perak..macam aku..
Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar Perak..
Mengikut kata Hakim,hanya melalui proses undi tidak percaya sahaja yang boleh 
menidakkan jawatan No.1 negeri Perak itu dipegang oleh Nizar..
Hakim jugak berpuas hati kerana Nizar tidak melepaskan jawatan tersebut..
Walaubagaimanapun,BN masih menaruh harapan utk merebut kembali jawatan itu,dengan cara
membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi..
Adakah rayuan itu diterima oleh Mahkamah???
Sama2 kita nantikan..
Ape2 pun jom korang layan gambar yang sempat aku edit nie..

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Lama betul tak update blog nie..asyik tengok je..bukak blog pastu tengok..lepas tengok,tutup..
Bukak blog member plak..Pastu tutup PC plak..Pastu tido..Tu la yang terjadi sepanjang 2-3 minggu ni..
Tapi hari nie..Sempena Hari Ibu Sedunia..aku ingin ucapkan selamat 'Hari Ibu' 
buat Ibu aku,Siti Zainab Halid..tanpanya aku mungkin aku takkan dapat melihat dunia yang penuh dengan keindahan dan ujian..Tanpa Ibu aku jugak,aku mungkin takleh kahwin dengan 
Isteri ku tercinta..buat Isteriku..selamat hari ibu..
Terima Kasih kerana terima aku menjadi Suamimu..
Buat mak mertua aku..tanpamu,aku mungkin takkan dapat kahwin anakmu..
Terima Kasih atas segalanya..
Semoga kalian peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat..
Semoga Allah merahmati dan meredhai segala apa yang kalian lakukan..
'Selamat Hari Ibu buat semua ibu2'..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails