Tuesday, December 22, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

TAHUN baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun Hijrah dan Masihi.
Aku rasa seluruh umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.
Aku terus terfikir anak2 Palestin di sana, sentiasa menghitung hari,bila agaknya diorang nie akan menikmati kemerdekaan.Sedangkan anak2 Malaysia masih dan terus bersorak keseronokan.Dihidangkan pula dengan pelbagai aktiviti hiburan..
Tahun baru Hijrah dan Masihi tiba membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan diredai Allah. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri untuk mendapat reda Allah.
Adalah lebih baik sambutan tahun baru sama ada tahun baru Hijrah atau Masihi padat dengan pengisian yang boleh menyentuh hati umat Islam untuk berhijrah ke arah kehidupan lebih baik. Khususnya, tahun baru Masihi yang dibudayakan sekarang dengan jeritan serta program hiburan.
Aku bukan cuba menghalang korang khasnya anak muda meraikan tahun baru dalam suasana gembira tetapi apa yang berlaku lebih kepada aktiviti menjurus pelanggaran syariat apabila lelaki dan perempuan berkumpul tanpa had waktu atas alasan meraikan tahun baru.
Apa yang aku harapkan kita semua berganding bahu bersama2 memperkukuhkan sambutan tahun baru nie dgn aktiviti2 dan majlis berfaedah..Tidak lagi berpaksikan hiburan semata..
'Selamat Tahun Baru 2010'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails