Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru


Pada tahun ini, sekali lagi kita sambut hari guru. Tarikh keramatnya 16 mei setiap tahun, telah diistiharkan sebagai hari
guru. Pada hari ini marilah kita sama-sama mengingati budi dan jasa guru-guru kita. Marilah kita kenangkan kembali
pengorbanan guru-guru kita. Merekalah orang yang mengajar kita, sehingga kita tahu membaca dan menulis, membuka
minda dan akal , sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini. Oleh itu tarikh keramat ini tidak wajar dilupakan
oleh sesiapa sahaja, samada seorang pemimpin yang berkuasa atau pun hanya seorang rakyat jelata.

Islam telah meletakkan seorang guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia. Guru sebenarnya melaksanakan
sebahagian tugas seorang rasul. Para rasul telah mendidik umatnya,mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepda
kebenaran. Begitu juga dengan peranan dan tugas seorang guru, mereka bertanggungjawab mendidik masyarakat
menjadi orang yang berilmu dan berguna. Oleh itu, apabila kita bercakap tentang guru, kita sebenarnya bercakap
tentang salah satu tugas dan peranan para rasul. Banyak persamaan tugas antara seorang rasul dan seorang guru.
Kalau Rasulullah s.a.w menyifatkan dirinya sendiri sebagai seorang guru, itu adalah satu petanda yang amat jelas,
betapa tingginya kedudukan dan kemuliaan seorang guru.

Kalau kita lihat dalam sejarah ketamadunan islam, telah lahir sejumlah guru yang merupakan alim ulamak yang hebat.
Mereka adalah golongan yang amat dihormati sejak dahulu lagi.Bahkan para sahabat rasulullah s.a.w telah dididik untuk
menghormati orang yang berilmu. Paling jelas, apa yang telah diucapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab dalam syairnya;

"Sesiapa yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf * Aku rela menjadi hamba kepadanya"

"Wahai orang-orang yang beriman!, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, yang bahan-bahan bakarnya.
Manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya),
mereka tidak menderhaka kepada allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan".
(At-Tahrim ayat 6)

Marilah kita bersama para guru , menggembeling tenaga mendidik anak-anak kita. Mengambil berat pembentukan
sahsiah mereka. Selalulah bertanya khabar tentang anak-anak kepada guru-guru. Luangkanlah sedikit masa untuk
menghadiri mesyuarat P.I.B.G. disekolah anak-anak kita, mudah-mudahan dengan keberkatan permuafakatan antara
ibu bapa, guru dan pihak sekolah, kita dapat mencari pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk anak-anak kita,
dalam usaha membina generasi yang soleh dan maju. Jadikanlah P.I.B.G. sebagai satu tapak untuk mencari
penyelesaian jika ada masalah. Bermusyawarahlah dengan pihak sekolah demi kebaikan anak-anak kita. Janganlah
mensia-siakan amanah allah kepada kita, rasulullah s.a.w mengingatkan ibu bapa warisnya :

"Cukuplah besar dosa orang-orang yang mensia-siakan orang yang dibawah tanggungannya".
(Riwayat Abu Daud dan selainnya)

Sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini, marilah kita sama-sama menghargai jasa guru kita, jasa guru-guru
anak kita.Ucapkanlah terima kasih kepada mereka, walaupun guru itu kerapkali tidak mengharapkan balasan mahu pun
ucapan terima kasih. Kepada guru-guru kita yang telah kembali ke-rahmatullah, hadiahkanlah al-fateha kepda mereka,
semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Selagi aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 aku yang telah mengajar aku secara langsung atau tidak..buat kengkawan yg kini bergelar Guru..serta isteri aku..
"Selamat Hari Guru"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails