Monday, May 17, 2010

Tiada Lagi Diskaun Kesalahan Trafik-PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut menguatkuasakan pemansuhan kadar diskaun saman kepada pengguna jalan raya di negara ini yang melakukan kesalahan lalu lintas, seperti dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ia bagi memastikan dua agensi penguat kuasa itu melaksanakan mekanisme dan undang-undang lalu lintas yang sama ke atas semua pesalah trafik di negara ini. Beliau berkata, sebagai dua agensi menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi, kesamaan dalam menentukan hukuman, termasuk tidak membenarkan lagi diskaun saman perlu dilaksana bersama bagi mengelak kekeliruan.

Kelmarin, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, dilaporkan berkata, JPJ kini memansuhkan kadar diskaun yang ditawarkan kepada penerima saman pelbagai kesalahan lalu lintas, berkuat kuasa minggu lalu.

Solah dilaporkan berkata, satu pendekatan lain juga akan dilaksanakan, iaitu dengan mengenakan penalti jika lewat menjelaskan bayaran saman.
Sebelum ini, Musa dilaporkan berkata, PDRM tidak bercadang mengadakan operasi besar-besaran bagi memastikan pesalah lalu lintas yang belum menjelaskan saman berbuat demikian.
Katanya, mereka yang tidak menjelaskan saman itu sudah pasti terpaksa juga berbuat demikian selepas tempoh tertentu apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu disebabkan nama mereka sudah disenarai hitam.

Mengulas lanjut, Musa berkata, tiada sebab mengapa pesalah trafik tidak mahu atau terlewat menjelaskan saman kerana PDRM sudah melaksanakan pelbagai kaedah bagi memudahkan mereka berbuat demikian termasuk menyediakan kaunter saman di lokasi tertentu.

Katanya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi menentukan jumlah kadar penalti yang mungkin dikenakan terhadap pesalah trafik yang lewat menjelaskan bayaran saman mereka.

Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah keseluruhan saman PDRM kepada pesalah trafik yang belum dijelaskan sehingga kini.

Komen aku..

Aku percaya ramai yang kurang dan tak bersetuju langsung dgn cadangan baru ni..
Bukan semua rakyat Malaysia ni berkemampuan mcm 'orang2 kaya' kita tu..
Sape yang nak kene saman?
Tak de sape beb..

Carilah mekanisme yang terbaik mcm mana nak atasi masalah ni..
Bukan nyer membebankan rakyat yang dah semakin terbeban..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails