Friday, October 31, 2008

Razak Baginda Bebas

Razak Baginda Bebas!!!nie lah berita yang terbaru..ni bukan cakap2 kosong tau..ni lah realitinyer..
mungkin setengah orang dah hampir lupa dengan perbicaraan ini..
tak pun..ramai yang dah boleh baca perjalanan perbicaraan ini..tapi,aku yakin ramai
yang mengagak perbicaraan ni,berakhir dengan pembebasan..
Yang dua 'ketul' lagi,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar perlu membela diri pada 10 November di Mahkamah Tinggi Shah Alam..
Katakan lah kalau 2 'ketul' tadi pun bebas..

Sape yang bunuh Altantuya??

Thursday, October 30, 2008

Wajah2 Penyejuk Hati

Dah lama aku tak letak pic anak2 aku..pic2 nie kebanyakan nyer amek mase bulan pose
ngan raye aritu..tapi aku tak letak semua..
aku letak tiga pic dah la..bukan ape..server slow giler sebenarnyer..
aku mcm nak hilang kesabaran dah tadi..




Aku suke tgk pic nie..tak tau nape..ni kakak die yang amek pic nie..
senyuman macam ayah die..manis kan!!!hihihi..
nie wajah bosan diorang mase tunggu aku balik keje..tunggu nak naik motor..

Wednesday, October 29, 2008

Yoga Pesong Akidah

Nie info terbaru aku dapat..maybe korang dah tau..pada yang tak tau..aku just nak sampaikan je la..korang tau kan yoga??ala..senaman yang banyak orang pompuan suke tu..
yang laki pun suke gak..suke tengok..
Aku terbace satu artikel..
'Yoga Pesong Akidah'
Sape yang kata macam tue??
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. Ha..Tu dia..Sebab apa??
"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan MEREKA DENGAN TUHAN MEREKA."
Kenapa yoga lani menjadi amalan masyarakat sekarang??
Sebab yoga nie dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca MANTERA dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan.
Yelah..betul jugak..kenape kite nak sangat ikut cara orang lain bersenam..walhal kita ade cara kite tersendiri kan..
contoh paling mudah..SOLAT..
Cukup mudah..dengan solat kita lebih tenang dan lebih teratur..5 waktu sehari..
Dengan berzikir dan baca Al-Quran jugak adalah pilihan terbaik..
tak perlulah kita nak ikut gaya dan tradisi agama Hindu.

Bertuah nyer Badan

Lelaki paling gemuk di dunia seperti yang diiktiraf oleh Guinness Book of Records, Manuel Uribe, 43, melangsungkan perkahwinan dengan balu seorang kawan baiknya.
Perkahwinan dengan Claudia Solis itu disiarkan secara langsung menerusi US Discovery Channel yang menggelar majlis tersebut sebagai My Big Fat Mexican Wedding.
Tajuk berkenaan diambil sempena tajuk filem AS keluaran 2002, My Big Fat Greek Wedding.
Majlis resepsi Uribe-Solis menyaksikan hidangan kalori rendah apabila tetamu dijamu dengan daging, sup cendawan dan sayur-sayuran bermentega.
Boleh korang bayangkan betapa bertuahnyer si dia nie..besar2 die pun ade orang nak kan die..
yang korang ni,tak lah besar mane pun..tapi merendah diri..Ya Allah..
macam kompom takde orang nak kat korang..
eh!!!aku kata kat sape ek??

Monday, October 27, 2008

Period???Tak Kisah

Kalau cite pasal period..mesti ade yang malu..atau segan..same la tu..
tapi sekarang bende nie dah jadi macam biasa dah..
korang penah dengar dialog orang dulu2..marah kan anak lelaki kalau diorang nie
pasang telinge..

“Hih! Kamu ni pasang telinga ya? Itu hal orang perempuan, tak payah menyibuk nak dengar,” itu kata orang tua perempuan dulu kepada anak lelaki mereka.

Kata remaja sekarang ..
“Period tak kisah! Kotex kan ada”

Zaman berubah, begitu juga sikap dan penerimaan manusia. Dulu topik ‘haid’, ‘datang bulan’, ‘datang kotor’, ‘lampu merah’ dianggap taboo, tidak dibicarakan secara terbuka apatah lagi diiklankan di kaca televisyen. Kini jauh berbeza.
Bagaimanapun saya percaya, tidak ramai lelaki berminat dengan isu ini, barangkali. Isu membabitkan darah, isu turut dianggap remeh sesetengah wanita. Majoriti lelaki enggan ambil tahu tetapi menyedari kesan lumrah pusingan biologi kehidupan setiap wanita itu kepada diri mereka.

“Huh! Kerja dia asyik nak marah, mengamuk, angin satu badan, emosi. Macam period dah 7 tahun dia tu,” antara komen sinis mereka lontarkan.

“Alamak! Tolonglah you. Tak boleh pergi sendiri ke?,” keluh suami apabila didesak isteri membelikan tuala wanita di kedai.

“Risau gila ni, period girfriend aku dah lewat 2 minggu, silap-silap jadi ayah instant pulak,” komen diiringi seribu kebimbangan.

Period, antara keistimewaan wanita. Mengajar mereka berurusan dengan kejadian remeh sekaligus dianggap simbol kedewasaan dan kematangan. Perempuan tidak kecoh, period ditangani secara tenang setiap bulan. Jarang terdengar keluhan kecuali segelintir wanita mengalami senggugut atau ‘period pain’.

Bayangkan kalau lelaki period ..

Chelsea KALAH

Chelsea kalah..hahaha..walaupun aku bukan peminat Liverpool..tapi aku suke Chelsea kalah..
aku tetap minat ngan Arsenal..dengan ini menjadikan Liverpool menghuni tempat pertama..
Arsenal masih ditangga ke4..ok..chow..

Friday, October 24, 2008

Rugby HSBC-Cobra

Pada peminat Ragbi..jangan lupa pada 1 dan 2 November nie,Kejohanan HSBC-Cobra yang ke 39menyaksikan pertembungan enam pasukan tempatan serta lapan pasukan ternama antarabangsa.
Kelab terkemuka dari lapan negara iaitu Australia, Fiji, New Zealand, Kenya, Afrika Selatan, United Kingdom dan Malaysia akan bersaing dalam pertandingan itu.Macam biasa juara tahun lepas kan mempertahankan kejuaraan diorang iaitu pasukan Canterbury dari New Zealand.
Saingan 10 sebelah yang diperkenalkan negara ini sejak 41 tahun lalu dan mendapat sambutan hangat antara kelab terbaik, turut menarik minat pasukan dari Kenya yang tampil buat pertama kali menurunkan pasukan terkuatnya, Harlequin dari Nairobi.
Jadi,pada korang yang minat ragbi,jangan lupe tengok game nie..
Ade rezeki..jumpe aku kat sana..

Tuesday, October 21, 2008

Majlis Raya Kat Opis Aku

Sebentar tadi jam 11 pagi bersamaan 21.10.08 telah berlakunyer majlis Hari_Raye kat opis aku..yelah raya kan sebulan..
walaupun majlis nie ringkas,tak macam tahun2 lepas tapi ia cukup meriah..
siap ade lampu kelip2 lagi..siap pasang lagu raye lagi..makanan?tetap ngan tradisional..ade lemang..ade seruding..ade roti jala..ade macam2 lagi la..memang best..best sebab nie opis aku..hehehe..ok!jom layan pic nie..

antara staf yang paling sibuk menyediakan juadah..'smileeee'..
tengok la lampu2 tu..menambahkan kemeriahan majlis nie..
nie lemang..cube disusun oleh isteri Jef...tapi tak berjaya..sebab laki die marah..ntahape2ntah
''ni la baju raye yang paling mahal aku beli,tudung tahun lepas punye''
karipap..memang sedap..banyak betul juadah..larat ke nak makan nih...
rajin anak2 dara nih..mak2 dara tengok je ke..roti yang paling pandai menjala..roti jala...nih bukan untuk makan tau..tapi untuk dihidang..jangan salah paham plak..

Monday, October 20, 2008

Perginya Shamsiah Fakeh

NEGARA hari ini kehilangan seorang lagi tokoh pejuang tiada tolok bandingnya, Shamsiah Fakeh yang kembali ke rahmatullah hari ini di kediaman anaknya, Kamarudin.
Sememangnya pemergian Allahyarhamah Shamsiah adalah satu kehilangan cukup besar buat negara yang mana segala jiwa raganya diabadikan untuk negara tercinta.
Jenazah beliau akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya Besraya selepas waktu asar.
Buat Shamsiah Fakeh, sekalung Al-Fatihah dihulur. Semoga Allah akan menempatkan dirinya bersama orang-orang yang beriman dan solehah.

Jamuan Raya


Sabtu lepas sekolah isteri aku ade buat jamuan hari raye..memang best la kan..terutamanye aku la kan..sebabnye makan free..yang bestnye jamuan nie takyah gune katering atau tukang masak..pelajar ngan cikgu2 diorang kene bawak sendiri juadah..ala ala 'port luck'..macam tu ek eja die..kalau salah bagitau ek..jadi..nie la antara pic sempat aku rakamkan..yang lain bukan tak sempat..tapi sibuk menjamah juadah yang ade..rezeki Allah encik...


Pelajar2 kene duduk kat grandstand..teringat mase aku sekolah dulu..
Berarak menuju 'kejayaan'..yakni pi makan la..

mentang2 aku kate aku dari Harian Metro..baru korang nak senyum ek..Kata2 aluan dari Pengerusi Majlis..
Tetamu yang paling awal datang..parents yang memang menyokong anak2 diorang..wajib amik pic die..kalau tak mengamuk..
banyak tul juadah..kalau buat bisnes pun ok gak..
nie belum kene usik lagi..tu yang nampak lawa je..
makan time..seraaaang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails