Thursday, January 24, 2008

Mee Bandung..


salam sejahtera semua..lame tak create blog aku nie..bukan ape..malas pun ade..kadang pc aku lambat sangat..okla..lantak la..ape2 hal aku nak cite pasal member nyer cite..die dah kawin tapi die boleh ade fair ngan orang gaji die..giler la die..jom aku cite..
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungansulitdengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahuAhmadSuffian yang dirinya mengandung ...
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebutsehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 adatelur, 2tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Hahahahaha..lawak2..kelakar tul member nyer cite..padan muke die..sampai kembar 4 die dapat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails