![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSLoEL7edWaL9am2pD-nW5Ywn4BY-V1FhC55kAhWhstiF9lWm2mRqFQtNkktCRs7OPtImuRRYNxRkWI4zPfumQW4HMVUqwMB5EL6N_0MOsVtrP6zeuOVIQ1SbFGZhtr7usEoYQwpM1sV0/s400/AAA.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU0DkdQhJtrOjudzCAUpj9xUF0QMkv4QXWcASJ0Jm0H2eZzywJSZUO2Q5rQaqV3uhGK2nrjkPCAgqNBMXPJD5D27SGg2RXKvpmke3n3PVbC_aKIid3jBgq9l1hkQ6-rO4UiBpHnO0_S0o/s400/AAAA.jpg)
Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks.
Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa. Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya.
REMAJA melepasi tahap umur 'akil baligh' adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan 'ledakan perasaan' yang cenderung kepada perlakuan seksual.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA3bBEzzDsjZ_9kaltahSHCv_xvGZk1sSv-Bnon-bvAAcfMx7JuPxOqQ6bp2Lj5VFC54vChrggWRXa3qSXkBC1rSFuLDr84RcyPRXm878TpWgG0hkynGqMGtXB3l1YjQ4Exw411v6Evlc/s200/nn.bmp)
No comments:
Post a Comment