Hari nie aku ada benda yang nak dikongsi ngan korang..Semalam,lepas kerja aku ngan member lepak kedai mamak pekena teh..Bukan kat rumah takleh nak minum teh..tapi sekadar nak nyembang ngan member2..
Takdela topik menarik pun sepanjang 30 minit pertama tu..Banyak gelak je la..Dalam dok gelak2 tu,aku tengok muka member mcm tak best je..So,aku tanya dia.."Apsal nie?"
Yela..orang kampung dah tau..tak lama lagi dia nak kawen..
So..terjadila topik menarik..Member aku cakap..
Bakal isteri dia tak pandai masak!!!
Isu menarik kan??
Bila ditanya.."takkan tak penah masak??"
"Mak dia tak penah ajar ke?"
"Megi pun tak pandai?"
"Masak air pandai tak?"
Cukup la tu antara soalan2 lazim yang ditanya kepada sahabat aku tu..
Soalan merapu pun banyak..Sampai pecah perut aku dibuatnya..
Tapi,member aku tetap mentain..Mentain bengang..Ahak ahak ahak..
Yang best nye member aku ni tak habis2 bercakap perihal bakal wife dia..Dok kata sibuk belajar la..sibuk tu la sibuk ni la..
Jadi..aku pun tak sempat nak bagi 'buah pendapat' aku kat dia semalam..sebab,hari dah makin gelap..kene balik..nanti kene marah ngan wife aku plak..
So,pada sahabat aku tu..aku bagi pendapat aku dalam blog je la ye..
Bagi yang lain nak baca..Baca la..aku tak marah..Pendapat aku je..
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kepandaian wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang dah biasa gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak suruhla belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola hik hik hik. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Amacam??Berani ke bro!!
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Aku bagi pendapat ni bukan untuk member aku je..tapi untuk aku sekali..
Ingat!jangan jadi lelaki dayus..