Monday, September 28, 2009

Hari Raya Edisi 2

Salam Aidilfitri..Aku masih dalam mood raya lagi..Harap korang pun sama gak..
Hari ni jugak hari pertama aku kembali kerja..Boleh tahan gak lemau nyer..
Yelah seminggu cuti..Macam2 masuk dalam perut nie..
Kuih la..ketupat la..lemang la..rendang tok 'nenek' pun aku belasah..
Ade ke rendang tok 'nenek'???
Tempat aku je ada..tempat lain aku tau..

Ok..ni gambar raya edisi ke 2..
Gambar nie diambil masa raya pertama kat rumah Pak Su aku kat Paya Jaras,Sg.Buloh..
So,lepas aku n famili beraya kat rumah Pak Mertua aku,kitorang pegi la kat rumah Pak Su aku..

ok..jom layan gambar nie..
Buat adik2 aku..siap korang aku belasah korang nanti..
tak nyabor..


Ketupat Palas..sedap dimakan..bukan untuk dilihat..

Adik2 aku ngan sepupu aku..dah besar pun nak buat jari 'keamanan'
nyampah aku..lain kali buat pose lain lak..

Mak n Abah tercinta lagi dikasihi..
Bergambar rapat2 tanak..malu konon!!!

Sepupu aku n suami tercinta serta anak yang disayangi..

Ni lah famili aku..Paksu ngan gaya Gaban nyer..Pak ngah ngan gaya Ultramen..
Hehehe..jangan marah ek wahai pakcik2 ku..

Tok wan aku nyer janggut still steady..Itu kalau kasi warne sikit..
Ramai makcik2 tergoda...hik hik hik...

Padan muka korang..kene buli ngan aku..

Masih terserlah kehenseman daku..walaupun ketika mendukung anak..

Selamat Hari Raya buat korang..
Aku ingin menjemput korang datang ke rumah aku..
Nak datang call dulu..senang aku nak cabut..
takdela..senang nak masak..


Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya Edisi 1

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
Wah!seronok betul raya..Amacam ngan raya korang?Semoga raya korang menarik belaka,
tapa ada perkara yg kurang best menimpa korang..
Kalau ada pun,itu ujian kecil dari Allah..

Raya aku sekeluarga tahun nie bertemakan 'Coklat'..Alhandulillah segala berjalan dgn baik..
Walaupun baju raya aku diterima oleh aku jam 2 pagi..Korang bayangkan betapa cuaknya aku..
Yalah esok dah nak raya..Kalau tak solat raya ngan baju pagoda la jawabnya..Sanggup ke??
Pada 20 sept yakni 1 Syawal,bersamaan hari kita menyambut raya,
adalah..Ulang tahun ke 2 anak aku yg bernama Amirul Fadhlan..
Dah 2 tahun dah..Buat mase nie belum ada hadiah dari sesape termasuklah dari ayah n Umi nye..hehehe..

Anyway..Selamat Hari Raya..
Raya sungguh2 orait..
jom layan gambar raya aku..



Ni bukan lah gambar tahun 2005..aku terlupa nak set..ni gambar baru tau..
Hepi besday Amirul..Semoga menjadi anak yg soleh..amin..

Aku terlupa kat wife aku..Lapaq betui masa tu..mak mertua lalu pun tak perasan..

Mase nie aku dah selesai makan..Wife aku baru nak mula makan..aku teman kan la pulak..
Makan lagi..yahuuuuu!!!

Tema Coklat..Tahun depan tema Bunga2 la plak..Menarik gak..

Hensem betul aku..bukan aku kata..Anak2 aku yg kata..Aku redha je..
Ni lah ketentuan Ilahi..hehehe..

Bersama abang ipar n adik ipar ku serta tidak ketinggalan anak ku..

Bersama Pak Mertua dan Mak Mertua ku yang dikasihi..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR BATIN"
"dARI GOGOSFRENDZ"


Tunggu Edisi ke 2 plak..

Saturday, September 19, 2009

Maaf Zahir Batin

Insyaallah esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Syukur pada Allah kerana kita diberi kesempatan untuk sama2 menyambut Ramadhan yang bakal tinggalkan kita..Semoga Allah memanjangkan umur kita agar kita bertemu lagi dgn bulan yang penuh keberkatan ini..
Gogosfrendz juga berharap segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh-Nya.
Kesempatan ini Gogosfrendz sekali lagi memohon seribu kemaafan dan keampunan sekiranya ada melakukan kesilapan yang sedar atau tidak.
Gogosfrendz mengucapkan.
"Selamat Hari Raya"
"Maaf Zahir Batin"

Thursday, September 17, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Idulfitri aku ucapkan kat semua kawan2 aku..
Tak kira la kat mana korang ade..
Dikesempatan ini,Gogosfrendz memohon keampunan kalau2 sepanjang Gogosfrendz ber'blog' nie ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan korang..
Buat kengkawan yang balik kampung,hati2 di jalan raya..
Yang tak balik kampung,samada yang takde kampung atau tak dapat cuti Gogosfrendz jemput datang ke rumah..
"Selamat Hari Raya"
'Maaf Zahir Batin'

Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5).
Gogosfrendz mengucapkan Selamat Bercuti buat mereka yang bercuti sempena
Nuzul Quran..

Wednesday, September 2, 2009

Ayer Itam

Punye la lama aku tak letak gambar2 aku n famili..
Ni gambar terbaru yang aku amek..gambar ni sebelum puasa lagi..
tapi tak sempat nak letak kat blog..baru hari nie ade kesempatan nak letak..
Sebenarnya ada gambar lagi aku nak letak..tapi internet kat opis aku nie lambat sangat..
Sabar je la kan..kalau nak cepat buat kat rumah..betul tak??
Gambar2 nie aku amek mase aku sefamili pegi Ayer Itam,Johor.
Aku pegi rumah abg ipar aku,ade kenduri..
Jadi,on the way balik KL,kitorang singgah dulu Pekan Ayer Itam..Ni kali pertama aku sampai..
Best gak tempat die..
Nie la gambar2 yang sempat aku amek..
Nanti aku bubuh gambar lain pulak..


Banyak betul 'jajan'..Tak boleh bawak anak aku jejalan kat sini..
Boleh jadi pening aku..Amek gambar je la..hehehe..

Buah naga..Beli ke tak ek..aku pun tak ingat..

Suasana kat Pekan Ayer Itam..

Nie pulak kedai hiasan dan cenderamata..Kedai nie pun mampu mem'bankrup'kan sape saje..

Bunga2 plastik..untuk orang nak buat kenduri kawen..Okla banyak pilihan n murah2..
Banyak lagi yang menarik..

Buat semua sahabat Gogosfrendz..
Aku ucapkan selamat berbuka Puasa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails