Wednesday, November 25, 2009

Fakta

Hari nie aku nak bawak korang terutama lelaki..Kaum wanita pun baca gak..tak salah untuk pengetahuan..Bagi aku bende2 macam perlu diambil tahu sebab kita selalu dengar
atau pernah disampaikan oleh mereka yang kurang pengetahuan..
dan juga buat2 pandai,lebih2 lagi bab2 perihal lelaki..
Lagi2 bab sperma atau air mani..
ade yang kata kalau cair akan mandul..ye ke??
makan telur putih boleh tambahkan lagi kandungan sperma..betul ke??

So..aku ade fakta yang boleh kita kongsi bersama..


Fakta salah mengenai sperma yang kita perlu tahu..
1.Memiliki sperma yg cair sering dianggap mandul sedangkan ianya tidak tepat.
Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung
kepada jumlah sperma,pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

2.Sperma dikatakan dimampu menembusi pakaian.Jawapannya, salah!
Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron
untuk menembusi pakaian wanita..

3.Amalan makan putih telur dianggap mampu menambahkan kandungan sperma.
-ini hanyalah mitos..Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung pada saiz buah zakar..
Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi,kita digalakkan mengambil makanan
bergizi dan berprotein.Secara teori,telur kuning lebih banyak zat berbanding putih telur.

4.Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi.
Jawapannya tidak benar!!Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma berubah dan tidak banyak seperti lazim..

So..macam mane ngan info nie..hope,kita dapat sedikit ilmu yang jarang2 dibincangkan..
Insyallah,nanti kita bincang benda lain pulak..

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza

Ye..akhirnya Perodua Mpv Alza dilancarkan dengan rasminya oleh Timb.Perdana Menteri Malaysia..Aku rasa seluruh rakyat Malaysia menanti dengan penuh sabar utk melihat kemewahan Alza yang diwar2 sebelum nie..
Macam aku sendiri,aku sebelum ni banyak bukak laman web yg ada gambar Mpv nie..
Yelah,takat gambar yang belum sahih nya aku sendiri tak puas..

Dengan terlancarnya Alza..Saingan buat Proton dalam memantapkan lagi pengeluaran kereta buatan diorang..Bagi pengguna atau pembeli,diorang ada pendapat dan pandangan yang berbeza..So,Proton perlu memikirkan bagaimana nak mem'bagus'kan lagi produk pengeluaran diorang..
Apa yang aku nampak ialah Perodua mengguna kaedah harga..
Harga Alza lebih murah berbanding Exora..
So,ini memberi impak yang besar buat Proton dalam persaingan otomobil nasional..
Justeru,Proton kene memikirkan bagaimana utk memastikan kepuasan pengguna disamping mengekalkan harga mampu milik..

Monday, November 23, 2009

Azimat Suami Isteri

Pada sahabat2 dan kawan2,aku nak berkongsi sedikit pedoman sebagai panduan pada Suami/Isteri dan juga pada bakal Suami/Isteri..
Semoga dgn sedikit ilmu yg aku nak kongsi nie dapat menjadi panduan buat kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini..

1.KETIKA MENCARI CALON.
janganlah mencari isteri tapi carilah ibu kepada anak2 kita..jangan la cari suami tetapi carilah
ayah kepada anak2 kita.

2.KETIKA MELAMAR.
Kita bukan sedang meminta dari orang tua/wali si gadis..sebaliknya kita meminta dari Allah melalui orang tua/wali si gadis..

3.KETIKA AKAD NIKAH.
Kita bukan bernikah dihadapan kadi atau wali..Tetapi kita bernikah dihadapan Allah.


4.KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN.
Kira dan hitung semua tetamu kita..kerana mereka datang kemajlis kita dan sentiasa mendoakan kita..Dan kita harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf
apabila kita berfikir untuk BERCERAI kerana mereka tadi sentiasa mendoakan kebahagiaan kita..

5.KETIKA MALAM PERTAMA.
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak akan sentiasa ditaburi bunga2 yang cantik, sebaliknya juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat tangan dipegang..

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami kita 100%.

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bahagi2 cinta anda kepada suami/isteri dan anak kita,tetapi cintailah isteri atau suami kita 100% dan cintai anak-anak kita masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11..KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan kita.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI.
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK.
Jangan pernah berfikir bahawa ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang tidak pernah marah kepada anak,kerana ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang jujur kepada anak2 ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH.
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibu bapanya, yang ada adalah anak yang merasa TIDAK DIDENGAR oleh ibu bapanya.

16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI.
Gunakanlah formula 7 K

1. Ketaqwaan
2.Kasih Sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.Kesabaran

Insyallah,semoga sedikit ilmu dan panduan ini kita sama2 mempertahanakan mahligai tercinta kita..Amin..

Friday, November 20, 2009

Ahli Terbaru-Ainnur Farihah

Alhamdulillah berjaya jugak aku masukkan gambar 'ahli terbaru' famili aku..
Punye la susah nak upload gambar2 die..opis aku internet dah slow nak 'kojol'..
Ok,baby terbaru kitorang nie diberi nama Ainnur Farihah..Telah selamat dilahirkan pada 7 Nov lepas di Hospital Sg.Buloh..Alhamdulillah syukur tak terkira sebab isteri aku selamat juga baby..
Pastinya makin meriah la family aku..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails