Monday, November 23, 2009

Azimat Suami Isteri

Pada sahabat2 dan kawan2,aku nak berkongsi sedikit pedoman sebagai panduan pada Suami/Isteri dan juga pada bakal Suami/Isteri..
Semoga dgn sedikit ilmu yg aku nak kongsi nie dapat menjadi panduan buat kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini..

1.KETIKA MENCARI CALON.
janganlah mencari isteri tapi carilah ibu kepada anak2 kita..jangan la cari suami tetapi carilah
ayah kepada anak2 kita.

2.KETIKA MELAMAR.
Kita bukan sedang meminta dari orang tua/wali si gadis..sebaliknya kita meminta dari Allah melalui orang tua/wali si gadis..

3.KETIKA AKAD NIKAH.
Kita bukan bernikah dihadapan kadi atau wali..Tetapi kita bernikah dihadapan Allah.


4.KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN.
Kira dan hitung semua tetamu kita..kerana mereka datang kemajlis kita dan sentiasa mendoakan kita..Dan kita harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf
apabila kita berfikir untuk BERCERAI kerana mereka tadi sentiasa mendoakan kebahagiaan kita..

5.KETIKA MALAM PERTAMA.
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak akan sentiasa ditaburi bunga2 yang cantik, sebaliknya juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat tangan dipegang..

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami kita 100%.

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bahagi2 cinta anda kepada suami/isteri dan anak kita,tetapi cintailah isteri atau suami kita 100% dan cintai anak-anak kita masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11..KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan kita.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI.
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK.
Jangan pernah berfikir bahawa ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang tidak pernah marah kepada anak,kerana ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang jujur kepada anak2 ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH.
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibu bapanya, yang ada adalah anak yang merasa TIDAK DIDENGAR oleh ibu bapanya.

16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI.
Gunakanlah formula 7 K

1. Ketaqwaan
2.Kasih Sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.Kesabaran

Insyallah,semoga sedikit ilmu dan panduan ini kita sama2 mempertahanakan mahligai tercinta kita..Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails