Thursday, December 31, 2009

2010...

Terpaksa aku letak gambar yang pernah aku letak sebelum nie..Tak sempat nak edit gambar lain..Kire2 malas la kan..Biasala penghujung hari diakhir tahun kan..Azam lama dah terlaksana..
Kire rileks la kan..
Tak berape jam je lagi kita akan sambut Tahun 2010..
So,amacam program kita malam ni ek..ade yang tengok bunge api la..Jalan2 cuci mata la..
Macam aku,lepak rumah sambil layan kopi secawan dua..itula rutin aku sejak bujang dulu..
Pernah jugak la keluar malam tahun baru..Tapi, tak sampai 2 jam..aku balik rumah balik..
Bukan tak minat dgn suasana die..Penat layan dengan lautan manusia yang memang ramai tu..
Ape pun cara korang layan malam tahun baru nie..Aku cuma nak ingatkan..
Hati2 dijalan raya..hati2 dengan pencopek..hati2 ngan pakwe korang (pada yang gadis2 la kan)..
Kira nie adalah entri dan tulisan aku yang terakhir buat tahun 2009..
Insyallah,2010 nie akan ku mantapkan lagi blog kesayangan aku nie..
Adios 2009..
Selamat Tahun Baru 2010..

Tuesday, December 29, 2009

Baca Dalam Bahasa C..

Cerita yg bermula dengan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.

copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebabcucah cari ciput cape copot.ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.
CECIAN, CIMA CACIH


Sunday, December 27, 2009

Naik Lagi...

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.
Aha!!amacam??harga rokok naik lagi..siap jual 20 batang je..14 batang dah takde..
ke murah lagi bro???
Ok lagi kot harga die..harga minimum pun RM 6.40..
Agak bile korang nak berenti beli rokok..

A-Fatihah..

Memang mengejutkan!!!!
Aku tengok Buletin Utama malam semalam,aku ingat kan saje diorang tayang kes kemalangan sepanjang tahun 2009..
Rupa nye..memang kemalangan yang paling menyayat hati..
Kemalangan nie membabitkan Sani Ekspres,yang menyebabkan 10 penumpang menemui ajal..

Dalam hal nie,siapa yang patut disalahkan..
Pihak bertanggungjawab dah buat yang terbaik dalam memastikan perkara nie tak berlaku..
Pihak Sani Ekspres pulak telah menyediakan segala yang terbaik..Bas baru 3 bulan digunakan..
Teringat aku masa dengar satu Khutbah disebuah masjid di K.L..
Dalam intipati Khutbah tu ialah.."kenapa banyak kemalangan di Malaysia..
Pertama..bila setiap jalan raya yang dibina berlaku penyelewengan dan rasuah..
Percayalah Allah akan turunkan bala yang amat dahsyat..
Adakah masih kita tidak percaya??
Walaupun Allah telah turunkan bala dan malapetaka, masyarakat masih belum sedar.."
Kita doakan mereka yang terbunuh dalam kemalangan tersebut di tempat orang2 beriman..
Dan kita doakan juga agar negara kita tidak akan ada kemalangan sebegini pada akan datang...
Insyallah...

Friday, December 25, 2009

Tahniah...

Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang cemerlang dalam keputusan PMR semalam..
Seronok tak terhingga terpancar pada wajah setiap seorang..Mak ayah lagi la kan..
Pada yang kurang berjaya, ini bukan la penamat kejayaan buat kalian..Ini mungkin pencetus semangat kejayaan akan datang..Jadikan kegagalan sekarang untuk kejayaan akan datang..
Gogosfrendz mengucapkan Tahniah buat mereka yang berjaya dengan cemerlang..
Pada yang kurang berjaya dan tidak berjaya ucapan tahniah juga buat korang..

Tuesday, December 22, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

TAHUN baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun Hijrah dan Masihi.
Aku rasa seluruh umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.
Aku terus terfikir anak2 Palestin di sana, sentiasa menghitung hari,bila agaknya diorang nie akan menikmati kemerdekaan.Sedangkan anak2 Malaysia masih dan terus bersorak keseronokan.Dihidangkan pula dengan pelbagai aktiviti hiburan..
Tahun baru Hijrah dan Masihi tiba membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan diredai Allah. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri untuk mendapat reda Allah.
Adalah lebih baik sambutan tahun baru sama ada tahun baru Hijrah atau Masihi padat dengan pengisian yang boleh menyentuh hati umat Islam untuk berhijrah ke arah kehidupan lebih baik. Khususnya, tahun baru Masihi yang dibudayakan sekarang dengan jeritan serta program hiburan.
Aku bukan cuba menghalang korang khasnya anak muda meraikan tahun baru dalam suasana gembira tetapi apa yang berlaku lebih kepada aktiviti menjurus pelanggaran syariat apabila lelaki dan perempuan berkumpul tanpa had waktu atas alasan meraikan tahun baru.
Apa yang aku harapkan kita semua berganding bahu bersama2 memperkukuhkan sambutan tahun baru nie dgn aktiviti2 dan majlis berfaedah..Tidak lagi berpaksikan hiburan semata..
'Selamat Tahun Baru 2010'

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Hari Jumaat nie (18/12) adalah tahun baru bagi umat Islam diseluruh dunia.
1431 hijrah akan menjengah dan meninggalkan 1430 hijrah..Cepat sungguh masa berlalu..
1 Muharam akan pasti disambut dengan gembira..Walaupun sambutan 1 Muharam tidak disebut dalam Al-Quran dan nas Sunah Nabi secara terus terang, ia tetap anggap perayaan Umat Islam..
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.
So,aku mengharapkan dan mengingatkan korang dan diri sendiri,agar dengan datangnya Tahun Baru Hijrah nie,kita senentiasa memuhasabah diri untuk memastikan setiap ape yg kita lakukan atau kerjakan adalah satu perjuangan..
Perjuangan dalam erti kata,kita menerus dan perjuangkan segala usaha Rasullullah saw demi menegakkan agama tercinta..Sebagaimana Rasulullah menggembirakan Kaum Ansar dengan kehadiran Baginda di Madinah bersama Muhajirin..
Marilah kita bersama2 berselawat ke atas Nabi Besar Junjungan kita..
"Salam Maal Hijrah 1431"
dari
Gogosfrendz

Tuesday, December 15, 2009

Sekitar Majlis Kahwin...

Masih dalam mood kenduri..
Ni adalah gambar2 dari kenduri sebelah famili wife aku, makne nyer belah mentua aku..
Dalam dok sibuk2..aku sempat mencuri tulang dengan mengambil gambar2 sepanjang majlis berjalan..Dan setelah siap,aku pun letakkan gambar nie buat tatapan korang semua..


Pak mentua aku..wah!tebal poket pak..huluq2 la sikit..

Mak mentua aku..menanti tetamu yang hadir..

Terima kasih atas kehadiran anda..

Budak2 nie memang bagus..kalau takde diorang,alamat makan pakai daun pisang je la..

Adik beradik pak mentua aku..agak serius perbincangan diorang..

Macam marah je Pak Teh..Marah kat pengantin kot..

Monday, December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru..Najib & Murniza

4 Disember lepas adir ipar aku yakni adik kepada isteri aku telah menjadi suami..
Tahniah aku n famili ucapkan.Semoga menjadi suami/isteri yang baik..
Dengan ini bermula lah pengemudian bahtera yang akan dikemudikan oleh sang suami..
Selamat menempuh alam rumah tangga..

Gogosfrendz mengucapkan..

Selamat Pengantin Baru"


Saat2 mendebarkan..Teringat time aku..Aku rileks aje..(dah lepas boleh la)..

Sah menjadi suami isteri..Muka pengantin lelaki malu2..
Perhati betul2..Baju pengapit pengantin lelaki sama warna dgn baju pangantin perempuan,
Warna baju pengapit perempuan pulak sama dengan pengantin lelaki..emmm!macam mana boleh berlaku??

Raja Sehari..
Siap ada penari lagi..

Acara menepung tawar..kenapa nama dia tepung tawar..
Nape bukan tepung gandum ke tepung beras ke..

Ni pulak 'bertandang ke rumah lelaki' keesokkan harinya(ahad)..
Tengok budak2 kecik tu,seronok betui depa..anak aku pun ada sekali..
Panas ar..payung mana beb..
Rombongan sebelah pihak perempuan..
Acara makan2..

Sekali lagi aku mewakili semua,mengucapkan
"selamat pengatin baru"
kepada Najib & Murniza..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.



Friday, December 11, 2009

Sebulan

Sebulan sudah umur Ainnur Farihah..
Saje aku letak gambar mase dia kat hospital sebab gambar terbaru tak sempat aku nak masuk dalam PC..
nanti senang2 aku masukkan,buat tatapan korang..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails