Friday, January 8, 2010

Ya Allah! Nama-Mu Diperjuang, Hukum-Mu DiBuang!

Salam Jumaat..
Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit perkara yang dok sibuk Umat Islam di Malaysia perkatakan..
Isu penggunaan kalimah Allah..
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan rasmi mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan ‘God’. Lantas apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam. ‘God’ diterjemah kepada ‘Allah’ supaya mudah difahami oleh anak-anak muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari dan dilawan adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri, bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan. Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan menjaga akidah umat Islam? Apakah jalan yang mereka tempuh apabila mereka melihat para pendakwah Kristian gencar menarik anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?
Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam, malah Daulah Islam sekaligus. Khilafah berjaya mereka runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri dan yang lebih utama, adanya ‘kerjasama’ dan ‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin. Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam. Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam.
Wahai kaum Muslimin! Jika korang merasakan bahawa puak kuffar ingin memperdaya korang, sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh pemerintah sekular yang ada sekarang. Mereka telah lama memperdaya kita dan mereka akan terus memperdaya kita. Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam.

Waallahualam..

Thursday, January 7, 2010

2 Bulan Dah..

Entri kedua aku..
Wah!ari nie genap 2 bulan usia anak ketiga aku-Ainnur Farihah...
Cepat betul masa bergerak..Dan cepat jugak la umur aku yang makin dah nak dekat dgn angka 30..Sejak masuknye tahun 2010, aku banyak nyembang pasal umo 30 nie bukan ape, sebab nyer mase budak2 dulu sibuk nak masuk 20..lani, dok macam risau bile dah sampai angka 30..(risau ke?)..ade la sikit..risau bukan takut kedut2 dimuka ku ini..
Risau kan amalan..Cukup ke amalan nie..

Difikir2 kan balik umur 30 nie apa perancangan aku ek??
Buat mase nie belum ada perancangan yg utuh untuk aku merencanakan ia..
Bab anak..Aku rase nak rileks dulu..Alhamdulillah sebelum 30, aku dah memiliki 3 cahayamata yg comel2..Kumpul duit??emm..tu dah ada mase aku umur 20an lagi..tapi tak pernah nyer lekat duit..asyik habis je..kat mana habisnyer aku pun tak tau..heran!!!
Ape yang jadi keutamaan sekarang..Family first..jaga famili..jaga diri..
Buat korang yang dah sampai atau hampir ke umur 30..enjoy ngan umur korang..
sebab tahun depan dah tambah setahun lagi..pastu tambah lagi..dan lagi..dan lagi..
Last sekali tua la kita..hehehe..
*Hepi Besday buat kengkawan yang menyambut ulangtahun sepanjang bulan Januari nie..*


Wednesday, January 6, 2010

Azam atau Azab!!!

Salam tahun 2010..
Ini lah tulisan dan entri aku yang pertama buat tahun 2010..
Still macam biasa..belum ada perubahan yang ketara dalam perjalanan hidup aku..Maybe awal lagi kot..Cume yang ketara ialah setiap pagi aku tak terus pegi ke opis..
Tapi, aku kene hantar anak aku yang sulong tu ke sekolah..
Wah!bukan main seronok die nak ke sekolah..
Aku sedikit rushing..lama2 ok la kot..selama hari pun aku rushing gak..hehehe..
Memandang tahun baru menjelma..azam baru jadi topik panas dalam setiap perbualan dan persembangan kita..
Yang seronok nyer..aku ade sembang ngan satu member aku nie..
Die tanye aku pasal azam!!!


Azam!!!perghh..soalan yang memang paling aku takut nak jawab..
Yela..setiap tahun ade azam..tercapai ke masalah nyer..tu yang takut nak jawab tu..
Tapi aku selamba je beb..aku jawab penuh berhemah dan beretika..
Aku jawab..aku mmg ada azam..tapi, ada tapi..ape yang terhidang depan mata atau peluang datang bergolek..jangan disia2kan..contoh aku kate kat die..kalau azam tahun nie ko nak beli rumah..tapi, termampu beli kete je..nak tahan ape..belasah je le..rumah tahan dulu..
Bukan ape..pada aku, aku takut azam aku bertukar jadi AZAB!!!!
Tu lah yang menakut kan aku bile berbicara pasal azam..
Azam aku tahun nie nak jadi baik dan baik dan baik..
Azam korang????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails