Tuesday, May 18, 2010

BOGEL

Dah nak habis bulan 5 dah ek..Cepat masa berlalu..cepat jugak la diri ni dimamah usia..cepat jugak nak puasa..cepat jugak la nak raya..cepat jugak la nak haji..cepat jugak la nak tua..
waaaaa...cepatnyer...
Dulu masa sekolah awat la rasa mcm lama je nak tunggu esok..
Lagi2 bab nak dating..Deal ngan 'marka' esok nak jupe..tapi,punye lah lama rasanyer..
Bila dok tanye depa2 nie pasai apa kita rasa mcm cepat je masa sekarang ni..Depa jawab..
"dah akhir zaman tu"..betul gak ek..

Tapi, yang best nyer aku terdengar satu perbincangan..tak tau la kalau2 korang ade dengar sama..Pasal masa..bukan isu 'masa itu emas'..
Tapi..pasal kita mem'bogel'kan masa..
wah! lain macam ek tajuk die..Dengar tajuk je dah teruja nak dengar..yelah dengar pulak word 'bogel'...ahak ahak ahak..
Dalam perbincangan tu, diorang kata 'bogel' masa ni ialah, kita membiar kan masa kita berlalu tanpa melakukan ape2..ibarat kita membiarkan diri kita nie tak berbaju yakni bogel..
Yelah, kita biar diri kita bogel pastu biar je tanak amek baju..
So..nak cite panjang2 pun tak best..bukan tak best ape..tak best nak menaip banyak2..tak larat..ni gi makan lak..
Ok..ingat!!!gunakan masa dengan sebaiknya..
Kalau kita tak guna masa dgn baik makna nye kita sedang ber'BOGEL'...
RENUNG2KAN...SELAMAT BERAMAL..

Monday, May 17, 2010

Tiada Lagi Diskaun Kesalahan Trafik-PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut menguatkuasakan pemansuhan kadar diskaun saman kepada pengguna jalan raya di negara ini yang melakukan kesalahan lalu lintas, seperti dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ia bagi memastikan dua agensi penguat kuasa itu melaksanakan mekanisme dan undang-undang lalu lintas yang sama ke atas semua pesalah trafik di negara ini. Beliau berkata, sebagai dua agensi menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi, kesamaan dalam menentukan hukuman, termasuk tidak membenarkan lagi diskaun saman perlu dilaksana bersama bagi mengelak kekeliruan.

Kelmarin, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, dilaporkan berkata, JPJ kini memansuhkan kadar diskaun yang ditawarkan kepada penerima saman pelbagai kesalahan lalu lintas, berkuat kuasa minggu lalu.

Solah dilaporkan berkata, satu pendekatan lain juga akan dilaksanakan, iaitu dengan mengenakan penalti jika lewat menjelaskan bayaran saman.
Sebelum ini, Musa dilaporkan berkata, PDRM tidak bercadang mengadakan operasi besar-besaran bagi memastikan pesalah lalu lintas yang belum menjelaskan saman berbuat demikian.
Katanya, mereka yang tidak menjelaskan saman itu sudah pasti terpaksa juga berbuat demikian selepas tempoh tertentu apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu disebabkan nama mereka sudah disenarai hitam.

Mengulas lanjut, Musa berkata, tiada sebab mengapa pesalah trafik tidak mahu atau terlewat menjelaskan saman kerana PDRM sudah melaksanakan pelbagai kaedah bagi memudahkan mereka berbuat demikian termasuk menyediakan kaunter saman di lokasi tertentu.

Katanya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi menentukan jumlah kadar penalti yang mungkin dikenakan terhadap pesalah trafik yang lewat menjelaskan bayaran saman mereka.

Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah keseluruhan saman PDRM kepada pesalah trafik yang belum dijelaskan sehingga kini.

Komen aku..

Aku percaya ramai yang kurang dan tak bersetuju langsung dgn cadangan baru ni..
Bukan semua rakyat Malaysia ni berkemampuan mcm 'orang2 kaya' kita tu..
Sape yang nak kene saman?
Tak de sape beb..

Carilah mekanisme yang terbaik mcm mana nak atasi masalah ni..
Bukan nyer membebankan rakyat yang dah semakin terbeban..

Sunday, May 16, 2010

China Juara Thomas Cup..


Kuat betul si China nie..Dah la ari tu kalah kan Malaysia 3-0..Final Thomas Cup nie pulak,die balun kalahkan Indon 3-0 gak..
Walaupun aku tak sempat tgk secara total game ni tadi, sebab aku gi Klang ngan wife tgh beli kain..tapi,kedai kain ade tayang pulak game ni..so, aku layan je la..biarkan wife aku tgk2 kain..
Hehehe..yg kelakar..tokey kedai tu tanye aku..
"sapa menang ar tadi??"
haha..kelakar betul..

anyway..memang ade betulnye kata coach China tu..player Malaysia dah tua..
Jangan amek enteng pendapat tu..
Hanya kerana pengalaman, kita abaikan pelapis..
Sampai bile pelapis nak ade pengalaman..

Tahniah buat sang juara..


Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru


Pada tahun ini, sekali lagi kita sambut hari guru. Tarikh keramatnya 16 mei setiap tahun, telah diistiharkan sebagai hari
guru. Pada hari ini marilah kita sama-sama mengingati budi dan jasa guru-guru kita. Marilah kita kenangkan kembali
pengorbanan guru-guru kita. Merekalah orang yang mengajar kita, sehingga kita tahu membaca dan menulis, membuka
minda dan akal , sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini. Oleh itu tarikh keramat ini tidak wajar dilupakan
oleh sesiapa sahaja, samada seorang pemimpin yang berkuasa atau pun hanya seorang rakyat jelata.

Islam telah meletakkan seorang guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia. Guru sebenarnya melaksanakan
sebahagian tugas seorang rasul. Para rasul telah mendidik umatnya,mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepda
kebenaran. Begitu juga dengan peranan dan tugas seorang guru, mereka bertanggungjawab mendidik masyarakat
menjadi orang yang berilmu dan berguna. Oleh itu, apabila kita bercakap tentang guru, kita sebenarnya bercakap
tentang salah satu tugas dan peranan para rasul. Banyak persamaan tugas antara seorang rasul dan seorang guru.
Kalau Rasulullah s.a.w menyifatkan dirinya sendiri sebagai seorang guru, itu adalah satu petanda yang amat jelas,
betapa tingginya kedudukan dan kemuliaan seorang guru.

Kalau kita lihat dalam sejarah ketamadunan islam, telah lahir sejumlah guru yang merupakan alim ulamak yang hebat.
Mereka adalah golongan yang amat dihormati sejak dahulu lagi.Bahkan para sahabat rasulullah s.a.w telah dididik untuk
menghormati orang yang berilmu. Paling jelas, apa yang telah diucapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab dalam syairnya;

"Sesiapa yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf * Aku rela menjadi hamba kepadanya"

"Wahai orang-orang yang beriman!, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka, yang bahan-bahan bakarnya.
Manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya),
mereka tidak menderhaka kepada allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan".
(At-Tahrim ayat 6)

Marilah kita bersama para guru , menggembeling tenaga mendidik anak-anak kita. Mengambil berat pembentukan
sahsiah mereka. Selalulah bertanya khabar tentang anak-anak kepada guru-guru. Luangkanlah sedikit masa untuk
menghadiri mesyuarat P.I.B.G. disekolah anak-anak kita, mudah-mudahan dengan keberkatan permuafakatan antara
ibu bapa, guru dan pihak sekolah, kita dapat mencari pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk anak-anak kita,
dalam usaha membina generasi yang soleh dan maju. Jadikanlah P.I.B.G. sebagai satu tapak untuk mencari
penyelesaian jika ada masalah. Bermusyawarahlah dengan pihak sekolah demi kebaikan anak-anak kita. Janganlah
mensia-siakan amanah allah kepada kita, rasulullah s.a.w mengingatkan ibu bapa warisnya :

"Cukuplah besar dosa orang-orang yang mensia-siakan orang yang dibawah tanggungannya".
(Riwayat Abu Daud dan selainnya)

Sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini, marilah kita sama-sama menghargai jasa guru kita, jasa guru-guru
anak kita.Ucapkanlah terima kasih kepada mereka, walaupun guru itu kerapkali tidak mengharapkan balasan mahu pun
ucapan terima kasih. Kepada guru-guru kita yang telah kembali ke-rahmatullah, hadiahkanlah al-fateha kepda mereka,
semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Selagi aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 aku yang telah mengajar aku secara langsung atau tidak..buat kengkawan yg kini bergelar Guru..serta isteri aku..
"Selamat Hari Guru"

Ashaari Muhammad Meninggal Dunia

Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini kira-kira pukul 10 malam tadi.Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.

Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.


Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Sedikit tentang Al-Arqam..

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad sebagai gerakan Islam di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.

Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang, penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.

Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

Thursday, May 13, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Sepanjang Minggu Lalu..

Sepanjang minggu lepas betul2 sibuk..Sampai nak buat ape pun tak dapat..
Sibuk ngan kerja, Sibuk ngan kenduri..mcm2 sibuk..
Tu lah,selagi belum mata, sibuk,sibuk,sibuk...

Dah tutup mata, lain lak sibuk nyer..
Aku rasa masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu yang disambut ahad lepas..
Hem..macam cara anak2 ni nyambut hari ibu yang datang datangnyer setahun sekali..
ade yang bawak ibu2 ni gi makan la..bawak gi shopping la..bawak gi makan angin..
Bagus la macam tu kan..Hope, jangan la setahun sekali je.
Sebab ibu2 kita ni jaga kita sepanjang tahun, so kita pun kenalah sambut nyer sepanjang tahun..

Macam aku tak bawak kemana2 pun mak aku ataupun mak mentua aku..
Maybe aku tak pernah sambut, tu yang macam pelik je kot nak sambut..
Insyallah, tahun depan aku cube nak bawak mak aku dgn mak mentua aku gi makan2..
hehehe..ok tak??

31 April aritu pulak, ulang tahun perkahwinan kitorang yang ke 6..
Wah! dah 6 tahun kitorang kawen..anak pun dah 3 orang..
Alhamdulillah..moga Allah panjangkan lagi jodoh kitorang hingga akhir hayat..


Tak tau nak cite ape lagi..
nanti aku kongsi ngan korang cite lain pulak..

Tuesday, May 4, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails