Tuesday, March 10, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke4

Pada tanggal 5 Mac haritu ialah hari ulang tahun ke4 anak sulung kitorang,Ainnur Humaira..
Masa acara potong kek,aku takde..huhuhu..sedih looo...ape boleh buat..
Anyway,ayah ucapkan selamat harijadi..Semoga panjang umur..Jadi anak yang baik..
Amin..



Time baca doa..

Acara potong kek..
Ni dia..Hensem boy..

Saturday, March 7, 2009

Salam MaulidurRasul

Sempena menyambut MaulidurRasul..aku nak bawa korang semua dengan satu ilmu..Mungkin dah selalu kita dengar,tapi berapa banyak kita lupa..So,jom baca..Betapa Rasulullah menyayangi kita..

Selalu kita dengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw yang di saat akhir kematiannya bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata yg umat Muhammad saw akan dihisab dahulu dari umat Nabi lain. Dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut beberapa kisah di berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat nak minta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan seribu tahun. Mereka berkata,

"Wahai NAbi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad SAW,
"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."
Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina & terseksa sekali."

Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yg sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Bila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?
Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang lakukan dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw?

Wednesday, March 4, 2009

Semalam Yang Hangat

Semalam adalah hari malang aku..Korang tau?tak tau kan..takpe,aku bagitau..

Semalam KL hujan..so,jalan sudah jem..Semalam la jugak member aku nak jumpa aku..Dia deal jam 8 malam kat Ampang Park..Kalau dikira dengan ilmu Matematik aku..dari Kota Damansara ke Ampang Park,mengambil masa sekurang2nya 45 minit je..Tapi..semalam sudah jadi dekat 2jam lebih..aku keluar rumah jam 7.50..aku sampai kat Ampang Park jam 9.35 malam..Perghh
Memang menguji kesabaran betul..

Lagi pulak mase tengah2 jem tu radio Hotfm sudah pasang lagu 'Semalam Yang Hangat'
Lagi la hangat hati aku nie..
Arrghhhh...

Monday, March 2, 2009

Monday, February 23, 2009

Kagum

Boring giler ari nie aku..Tak tau nak buat ape..Keje dah setel..Keje tertunggak??
Sori ar!!aku takde keje tertunggak punya..Hari nyer keje,hari ni habis..
Baru la maju beb..Kerajaan pun sayang ngan kita..
Pasal tu la minggu lepas aku tak sempat nak update blog ni..bukan malas..
sibuk giler..kalah budak2 sekolah nak bersukan..
Kalau ikutkan hari ni pun aku nak letak ape kat blog aku..mujurla ade gambar 2 keping ni yang sempat aku edit..



Ni masa kat Penang..apa yang aku nak taip ek..
Gambar semut nie aku tembak guna mikroskop kat makmal biofis opis aku..pastu aku edit sikit2..Bile tengok semut dekat2..aku makin kagum dengan ciptaan yang Maha Esa..

Tuesday, February 17, 2009

Buli

Ni gambar yang sempat aku ambil masa aku gi kenduri kat Nyalas,Melaka.
Masa nie aku tengah lepak kat luar rumah pengantin..Boring2,aku ambil gambar budak2 ni bergurau..Mulanye bergurau..alih2 bergaduh pulak..tengok tu..kesian yang si kecik tu..
Dibuli2 ngan bebudak besar..Cube korang tengok budak yang kena buli tu..siap pandang aku lagi..macam nak mintak tolong..

Kesian dia..Aku rasa budak ni dari bandar kot..kena buli ngan budak kampung..
Selesai bergaduh..hilang mana ntah budak tadi..Cari bapak dia kot..

Monday, February 16, 2009

Tengok Wayang

Lepas majlis tunang sepupu aku,malam tu famili aku ngan adik2 aku pegi tengok wayang..
Cerita Upin&Ipin..Adik2 telah berjaya 'meracun' anak aku supaya aku ngan wife pegi tengok sekali..Aku pun menggunakan ke'terer'an aku..Aku kata kalau nak aku pegi,belanje aku..
Hahahaha..
So,diorang kena la ikut..
Anyway,cite die memang best giler..Masa aku kat wayang tu,dah macam ada satu
majlis untuk budak2..Yela,ni kan cite diorang..
Aku syorkan korang pegi bawak famili..Memang tak rugi..
Insyallah,minggu depan kitorang tengok lagi..
Adik ipar aku lak nak belanje..
hehehehe..jangan marah ek!!



Masa nie dah habis dah..tak puas rasanye..hope lepas nie diorang akan buat cite nie selama 8 jam plak..Baru best!!

Ni lah manusia yang baik hati belanja kitorang..Terima kasih ek!!korangla adik2 yang best..Pas ni,boleh belanja lagi..

Mase nak keluar dari panggung..Tu skrin die..

Selamat Bertunang

14 Februari ari tu,banyak la pasangan2 yang mengikat tali pertunangan atau perkahwinan..
Macam sepupu aku nie..die ambil tarikh nie sebab nyer ialah tarikh tu jatuh pada
hari sabtu..ok la tu..takde makne lain..
Dalam majlis nie,isteri aku telah mengambil bahagian dalam mengubah hantaran.(satu je)
Tu pun atas permintaan mak aku..so,isteri aku telah menggunakan segala kepakaran
yang dia ada..Alhamdulillah,dia berjaya mencipta satu hantaran yang cukup cantik..
Pada yang berminat untuk mendapatkan khidmat buat hantaran boleh contact aku..
Harga boleh runding..ewah!!



Ni lah hasilnya..Air tangan isteri aku..

Bergambar ngan bakal pengantin..
Sebenarnya kitorang tersalah tema..Mak aku kata warna 'gold'..sampai kat sana warna 'silver' plak..adusss!!

Mak ngah aku tengah mencabut2 coklat hantaran..

Tu la isteri aku..

Sepupu aku,Tok Wan aku,Mak cik aku..

Pak ngah aku menjadi hero ari tu..jadi jurucakap bagi tuan rumah..Nasib baik tak mengah..


Friday, February 13, 2009

Antara Nenek Dan 'Datuk'

Ingat tak lagi pada kes Norlia Ghani yang pakai skirt mase salah satu acara anugerah..
Aku rase mase tu,dia memang malu giler..Aku ingat lagi,aku ade tengok acara tu kat TV,
mase tu Norlia diumumkan sebagai pemenang..bile dia bangun je..orang semua
sorak kat dia..huih!bayangkanlah berapa punye tebal muka dia..
Tuhan saje yang tahu..



Ni pulak dapat gelaran Datuk..Tahniah buat Khatijah Ibrahim dan David Arumugam..
Diorang dianugerahi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran datuk, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang..



'Antara Nenek Dan 'Datuk'

Tuesday, February 10, 2009

Pulau Pinang

Assalamualaikum..Lama betul aku tak update blog nie..Ayat ni la selalu aku guna kalau dah lama tak update blog..Cari jugak ayat lain,tapi macam tak best je..
Sepanjang aku tak update blog nie,mcm2 peristiwa yang berlaku kat Malaysia ni..
Kes Perak la..kes 'Lompat' la..Kes Sultan la..
Menarik betul..kalau dibawak bincang benda nie,5 kali raya Haji tak habis..
Tu yang aku malas nak cerita..Bukan tak nak amek tau..tapi,dah memang tau..
So,pasal hadiah tu,aku akan umumkan pemenang pada bila2 mase aje dari sekarang..
Buat masa nie,aku nak kongsi gambar ngan korang..gambar2 nie aku amek mase Tahun Baru Cina lepas..
Kitorang balik kampung,pastu terus pegi Penang..Kat Penang kitorang lepak 2-3 hari kat sana..
Yang sedih nyer..pegi Bkt Bendera..ingat dapat la naik kereta kabel tu..tak dapat jugak..
sebab tiket ada pukul 8 malam je yang tinggal..
Naik malam nak nampak ape??
Sedih gak la..Sebab aku tak penah NAIK...
huhuhu..



Suasana kenduri kat kampung aku..Simple tapi cukup meriah..

Cari pengantin tak jupe..malas nak tunggu,kitorang je la bergambar..
Kepenatan sangat..dah macam penanggah la pulak..Tak dapat naik kereta kabel..gambar pun jadi la..

Amek gambar lagi..semoga akan datang aku dapat naik plak..
Kat Tanjung Bungah..boleh buat kulit album terbaru aku nie..

Nak taip ape ek..ni la isteri & anak dara aku..
Masa atas feri..anak aku ngan adik aku(Makcik dia).
Anak2 aku ngan adik..bergambar bawah pokok..cube korang teka..pokok ape kah itu??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails