Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini jam 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru. Friday, September 5, 2008
Pak Samad meninggal dunia.
Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini jam 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru. Wednesday, September 3, 2008
Puasa
assalamualaikum..selamat berpuasa buat korang..mane2 yang tak boleh puasa,pun aku ucapkan selamat berpuasa..masuk arini,hari ke-3 kita puasa..macam mane ngan puasa korang..ade kemajuan,atau mcm tahun2 lepas jugak..atau 'biasa' jer..harap puasa kita akan semakin berkualiti..semalam mase aku gi solat terawih,aku terpaksa balik awal..takat 4 raakat jer terawih aku buat..ngantuk giler..melayang2 rase nyer bile imam baca surah..atas sebab2 yang tak dapat di atasi,aku balik rumah dengan mata yang tetiba hilang ngantuknyer..heran tul aku..insyallah malam nie,aku cube untuk menghabis kan terawih aku..amin..
Friday, August 29, 2008
Bajet & Merdeka.
Petang nie..lepas Solat Jumaat,perbentangan Bajet 2009 akan berlangsung di Parlimen..Bajet akan dibentang oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi..mcm biasa,pastinyer kakitangan kerajaan akan menunggu 'perkataan' Bonus dari mulut PM..hope,tahun ade bonus utk staff gomen..yela..tahun lepas PM tak bagi kat diorang kan..tahun nie PM bagi kot..Bayangan Bajet 09 lebih terarah kepada meringankan beban rakyat..emm..entahlah..kate depa..ape2 pun sama2 kita tunggu apa yang akan dibentangkan oleh PM petang nie..hope,yang elok2 la ye..amin..
Thursday, August 28, 2008
Ingat Lagi Tak.
PERCINTAAN penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram dan komposer terkenal, Azmeer pada awal 1990-an memang jarang dipaparkan media ketika itu, lebih-lebih lagi kedua-duanya bijak merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum. 
AKSI melampau kumpulan rap tempatan, 4U2C, mempersendakan artis veteran ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru pada September 1994 turut menjadi sebahagian berita hangat dunia hiburan ketika itu. Antara lain, mereka mempersendakan penyanyi terkenal, Anita Sarawak, yang kononnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkejut apabila ibunya, Siput Sarawak menukar nama kepada Siput Sedut.

Elite pecah sebab masalah dalaman..Pernah dilabel sebagai 'Ratu miming'.
Search sebagai artis pertama tempatan dan satu-satunya kumpulan muzik Asia Tenggara untuk mengadakan persembahan secara langsung di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 17 Julai 1991. Diorang sebahagian daripada 300 artis rakaman dari seluruh dunia yang terpilih mengadakan persembahan di kota raya itu sempena Konvensyen Muzik Antarabangsa Ke-12 (New Music Seminar 1991) yang berlangsung di sana dari 12 hingga 17 Julai 1991.Wednesday, August 27, 2008
Gogosfrendz
Anwar Menang.
Anwar diiringi penyokong PKR dan pemimpin parti pembangkang masuk ke pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam.
Semalam Piliharaya kecil telah dijalankan di Permatang Pauh..seperti umum ketahui Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi..beliau telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional(BN) dan Akim..Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini pada jam 10.05 malam tadi.
Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.
Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982, tetapi tidak bertanding pada pilihan raya umum 1999 berikutan kes liwat dan rasuah yang dihadapinya.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447 Undi tidak dikembalikan: 98
















Semoga panjang jodoh..