Wednesday, May 28, 2008

Cerita Dulu-Dulu

Selamat hari Rabu..dah penat berlawan tadi..sekarang aku nak cerita ngan korang semua pasal satu cerita masa aku budak2 dulu..cerita nie telah diceritakan oleh tok guru ngaji aku masa kecik2 dulu..aku rase korang pun penah dengar kot..kalau tak penah bawak2 la baca..boleh gak korang cerita kat anak2 atau cucu2 korang nanti..jom la baca..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.... Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak... Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Tuesday, May 27, 2008

Game Dart Lelaki Plak

Assalamualaikum..seperti yang aku janjikan dalam kolum Perlawanan Dart aritu,ni adalah pic perlawanan Dart Lelaki..game mase tu memang sengit..sampai ade yang nak tarik diri sebab diganggu oleh 'bookie'2 perlawanan..game nie dah pun habis sebenarnye..dah ade pun juara nye..cume pic juara nye je aku tak bubuh..nantila..aku akan letak pic juara2 semua game..baru best..lagi pun kalau bubuh sekarang mule la muke diorang berlagak nak mampos..layan la pic nie..



perlawanan dimulakan dengan aksi mengenyit mata.


bermulalah perlawanan ketiak sape bau 'acem'.


gaya seorang bakal juara yang kecundang.


cube lagi lain kali.kesian!!!!!

kalau dah bagus dari dulu dah memang bagus..tapi kau...memang tak bagus..
(macam Adlin kata)

Saturday, May 24, 2008

BATU PUTIH MILIK SINGAPURA



Akhirnya Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura menjadi milik Singapura setelah keputusan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).Walaupun PM & TPM menggesa kepada rakyat Malaysia tidak terlalu kecewa,namun kecewa tu tetap ada.Pada aku ni adalah keputusan yang adil setelah Malaysia mendapat Pulau Sipadan satu masa dulu..Walaupun Pulau Batu Putih, Singapura yang punya tapi diorang tetap tak boleh menambak atau tidak boleh bertindak unilateral..Malaysia tetap mendapat Middle Rock yang terletak 0.5 batu nautika dari Batu Putih menjadi milik mutlak Malaysia dan satu lagi bentuk maritim iaitu South Ladge akan menjadi milik Malaysia di mana perairan tesebut terletak..Apa2 pun kite tunggu dan mungkin bertindak ape yang akan Singapura buat ke atas Batu Putih tu..diorang kate takleh tambak kan..aku tak berapa konfiden dengan ape yang diorang peruntukkan..sebab,memang menjadi impian Singapura untuk membesarkan Singapura..ye la beza jarak Batu Putih ngan Malaysia(Johor) ialah 7.5 batu nautika,Singapura plak 25 batu nautika..so,jarak tu dah menunjukkan berapa besar Singapura dapat meng'upgrade'kan negara diorang..Ape2 pun tahniah buat Singapura..buat rakyat Malaysia..bersedia menghadapi kemungkinan..

Thursday, May 22, 2008

Perlawanan Dart.

Assalamualaikum semua..nampak papan Dart kat bawah tu?Ha..kalau korang nak tau opis aku ade buat 'indoor game'..ye la nak buat family day nanti..so,diorang pun buatla sukan nie..sebenarnye macam2 lagi sukan 'rakyat' lain yang akan diadakan..buat mase nie,main Dart la dulu..pic2 yang aku tayang kat korang nie..mase perlawanan Dart peringkat Wanita..macam2 hal tengok diorang main..ade yang terbaling 'peluru' tu kat kepala pengadil pun pun ade..berdarah2 kepala pengadil..tapi tetap maintain..maintain nak mampos..jom layan pic nie..



ini papan Dart.
pengira markah yang tak berapa nak pandai mengira.

agak-agak kepala siapa yang jadi mangsa.

sememangnya kejuaraan bukan milikmu.
kedudukan pemenang yang cube di'adjust' oleh pengadil
mengikut sape yang paling lawa.


Monday, May 19, 2008

Selamat Bercuti...



Selamat bercuti buat semua..ape program korang cuti2 nie..aku punye program semua kene batal coz aku diserang demam selesema..badan aku memang tak larat..aduh!!!okla..sekarang nie aku dah makin ok sikit..tu pasal la aku boleh update aku nyer blog..

ape yang aku nak kongsi ngan korang ialah hujung bulan nie banyak betul jemputan kenduri kahwin..sampai mana satu aku nak pegi pun aku tak tau..kalau dekat2 takpe..satu utara..satu selatan..satu barat..satu timur..tu yang masalahnye..kalau korang boleh tolong aku..tolong la..

satu lagi..pasal kenduri tu biarla die..aritu aku ade bukak blog member aku..SiHaizam boleh letak gambar kelas kitorang mase form 4 dulu..so,nak tergelak aku nengok gambar aku mase tu..korang nak tengok????korang pegi la kat blog Haizam...

okla..

Tuesday, May 13, 2008

HARGA BERAS KEKAL


Syukur Alhamdullilah..harga beras kekal..2-3 minggu kita semua dihambat dengan harga beras begitu melambung..sehingga betul2 menyusahkan rakyat..aku turut kene tempias dengan kenaikan harga beras nie..yelah,kalau dulu kita boleh manage perbelanjaan kita..tapi,bila harga beras naik memang menjejaskan perbelanjaan aku..Ape2 pun keputusan Kerajaan menjadikan beras sebagai 'barang kawalan' amat dialu2kan..jom,kita baca artikel yang telah dikeluar di Utusan Malaysia..buat korang yang sempat baca paper tadi..

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ketika kebanyakan negara dunia mengalami kenaikan harga makanan secara mendadak ekoran krisis bekalan, kerajaan hari ini sebaliknya membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain meneruskan status beras hancur 15 peratus sebagai barang kawalan yang banyak digunakan oleh sebahagian besar rakyat, kerajaan juga membuat keputusan untuk menetapkan harga siling beras Super Special Tempatan (SST) lima peratus dan SST 10 peratus.

Sebelum ini, kedua-dua beras gred itu tidak dikenakan kawalan harga.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Abdullah memberitahu, bagi beras SST lima peratus, harga siling yang ditetapkan ialah RM2.80 sekilogram manakala harga siling SST 10 peratus ialah RM2.70 sekilogram.

Kedua-dua harga siling itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Yang lain korang baca sendiri kat paper..hehehehe..jangan marah haaa...

Sunday, May 11, 2008

SELAMAT HARI IBU...



Selamat Hari Ibu buat ibu2 seluruh dunia..Tiada kata yang mampu diungkapkan..tiada harta mampu membayar kembali seluruh pengorbananmu..itulah ibu..Selamat Hari Ibu kepada Siti Zainab Halid,Ibu aku..Siti Miskinah Mohammad,Ibu Mertuaku..Siti Azrina Harun,Isteri aku,Ibu kepada anak2 kami..

Isteriku & Ibu Mertuaku


Ibuku,Siti Zainab

Thursday, May 8, 2008

Apa Khabar!!!!!!!


Assalamualaikum..Rasenya dah lama aku tak tengok blog aku..apetah lagi nak tengok blog kawan2..nak kata aku busy tak jugak..maybe malas kot..kadang takde cite yang nak dikongsikan..ape yang yang menarik hari Ahad aritu..kalu korang semua memang minat dengan blog mesti korang ade tengok RTM1..Isu pasal blog SangKelembai..yela walaupun die banyak sentuh pasal politik tapi yang paling penting ilmu yang ingin die kongsi bersama penonton..

okla..pasal sangkelembai tu biarla dia terjun dengan labunya..ape yang aku nak bagitau korang aku ade team futsal..team nie dah ditubuhkan tahun lepas lagi..dah banyak perlawanan persahabatan kitorang main..pertandingan belum main lagi..bukan takut!seram je..so,pada 24 April 2008 dengan rasminya blog TeamFutsalD2 diwujudkan..jadi bawak2la melawat kat blog yang penuh dengan bola..hahaha..okla..sebelum aku menamatkan 'taip'an aku nie,aku mengucapkan selamat kepada kawan aku..Umi Ranggi..jangan buat lagi macam tu..



klik sini : TeamFutsalD2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails