Wednesday, January 21, 2009

Apa Nak Buat

Setelah puas edit gambar2 nie..
Aku pun letak kat blog aku..kiranye aku puas la tengok gambar2 nie..
Harap korang puas gak..


Pemandangan kampung..
Berjalan2 waktu petang..ngamuk sakan kalau tak dapat keluar rumah.
Bersantai atas kereta lama..

Nie aku dah takde idea nak buat ape..

Pengantin tak sampai lagi..Anak2 aku yang belasah duduk dulu..nasib baik mak andam sporting...

Tuesday, January 20, 2009

'Lama' dan 'Baru'

Sekian lama aku nak letak gambar aku ngan anak2 aku nie..
Tapi,atas sebab2 yang yang tidak diizinkan aku tak la letak..tapi,setelah aku meng'edit'kan gambar aku nie..dan wajah aku agak 'cerah'..so,aku letak kan ia dalam blog aku nie..
Pastu,aku sempat la meng'edit' gambar bende 'lama' dan bende 'baru' aku..
nak tau apa bende nyer bende 'lama' ngan 'baru'..
korang kena layan gambar2 nie..
Setelah berjaya men'cerah'kan muka aku... ni la bende 'lama' aku yang banyak berjasa kat aku sekeluarga.
ni lak bende 'baru' yang bakal berkhidmat untuk aku sekeluarga.
Antara 'lama' dan 'baru'..anak aku nie ade aje die time aku nak amek gambar..

Sunday, January 18, 2009

PAS rampas Kuala Terengganu

Tahniah buat PAS!
Semalam keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah diumumkan..
Calon dari Parti PAS telah menewaskan Calon dari Parti BN dan Bebas..
Sekaligus PAS merampas kerusi yang disandang oleh BN sebelum ini..
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.
Sekali lagi aku ucapkan Tahniah buat PAS..

Saturday, January 17, 2009

Selamat mengundi

Hari nie adalah hari bersejarah buat orang2 Kuala Terengganu..
Hari mengundi macam nie memang ditunggu2 oleh sape2 je..yelah bende mcm nie 5 tahun sekali je ada kan..kalau ada hal je proses pengundian jadi cepat..
so..pada orang Kuala Terengganu aku ucapkan..
'Selamat Mengundi'




Thursday, January 15, 2009

Edit Gambar Lama

''Bahan takde la.."tu la antara jawapan aku kalau kawan2 tanye nape tak update blog..
sememang nye bahan takde..tapiii, bukan bahan yang menjadi punca blog tak update..
Penyakit malas..kalau dah malas..jangan kata nak update..nak bukak blog sendiri pun payah..
Cuma semalam aku tak tau nak buat ape..aku bukak gambar2 lama yang masih tersimpan dalam PC aku nie..tanpa melengahkan masa lagi,aku pun meng'edit' la gambar2 nie..
Pada mata aku nampak cantik..tak tau korang nyer mata..
Harap mata korang pun akan kata lawa gak..
Yelah..budak baru belajar..
Cg Fly..komen sikit!!!





Hitam putih menjadi pilihan.
Ape yang kurang ek.??
Masa nie Ainnur ade sesi photograph..

Majlis raya 2 tahun lepas..Gogos ngan Bentayan(azwan).

Tuesday, January 13, 2009

Sebat

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari nie telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas
2 orang yang beragama Islam..kesalah yang diorang buat ialah 'Minum Arak'..
Seorang lelaki yang umurnya 38 tahun dan sorang perempuan,22..
Diorang nie didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.
Apa yang aku simpulkan kat sini ialah hukuman nie sebagai pengajaran bagi umat Islam
yang lain..yelah..tak kan tak tau lagi yang arak tu kan HARAM..buat ape la yang di tonggang lagi..Patutnya kita rasa malu pada agama lain sebab kita nie pembawa agama yang suci..
Agama yang baik..lebih baik dari agama yang lain..so,kalau kita tak tunjukkan kebaikan kita,macam mana peganut agama lain nak menilai tentang Islam..
Kalau kita dah sama2 minum arak ngan diorang,apa pandangan diorang tentang Islam..??
..Korang pikiaq la sendiri..

Palestin

Kekejaman Israel terhadap Bumi Palestin makin ganas..Macam2 usaha dah dibuat..mintak gencatan senjata,haram Israel laknatullah tu faham..Berdemokrasi,bakar bendera Israel,bakar macam2 lagi..tulah antara usaha kita mengutuk sekeras2nya kebiadapan Israel haram jadah tu..
Selain berdoa kepada Allah..Seluruh masjid..surau2 di seluruh dunia kini memohon dan bersolat hajat agar Palestin kembali menemui kemenangan yang jitu dengan bantuan dari Allah..
Ingatlah kata2 Saidina Umar Al-Khatab.
"Bumi Palestin adalah WAKAF bagi umat Islam masa depan"
Ya Allah..sedar tak korang yang kini WAKAF kita sedang dirobek oleh Israel bangsat..
"Ya Allah..Berikanlah kemenangan kepada Pejuang2 Palestin Ya Allah"
Kau hancurkanlah Israel Laknatullah
Hanya Engkau lah tempat kami memohon"
..amin..

Tuesday, January 6, 2009

Israel Celaka


Allahuakbar!!
Memang Israel makin biadap..celaka..laknatullah..
Apa lagi perkataan yang sesuai untuk diorang..Pada kawan2,aku memohon pada korang,
lepas solat kita sama2 berdoa agar Palestin mendapat kemenangan..Ingat!bumi anbia' kini diratah hidup2 oleh Israel Bangsat..
Pagi tadi aku dapat satu SMS..pengirim SMS nie minta kita sama2 memohon kepada Allah supaya Palestin sekali gus umat Islam sendiri mendapat kemenangan dalam menentang Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat..
Kandungan SMS..
"salam.Pemimpin Hizbullah Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim melafazkan Al-Fath
Ayat 26-27,Yunus ayat 85-86 dan 88 malam nie..Agar Israel hancur!
Malulah kita pada Allah,jika masih tak mampu menghulurkan selemah2 bantuan ini kepada
saudara seagama kita.."


Monday, January 5, 2009

Back To School

Selamat Kembali ke sekolah..
Pada kawan2 yang anak2 korang mula bersekolah memang best..
Pengalaman hantar anak ke sekolah pada hari pertama memang ditunggu2 oleh parents..
Anak jangan cite la kan..bercampur aduk perasaan diorang..
Takut..Suke..Seram..macam2 lagi la..
Aku dulu pergi sekolah bukan nak belajar sangat pun..korang pun macam tu jugak kan??
aku gi sekolah pasal nak dapat duit je..kalau tak gi sekolah takdela duit..
Pastu duit kasi jimat..simpan2 sikit..hujung minggu boleh jejalan pegi 'bandar'..
budak2 sekarang lain..belanje satu hari je dah dekat RM5..
Kita dulu berapa sen je..Tapi pandai jugak kan..
'Pandai temberang'hahahaha....
Pada kawan2 aku yang kerjenye cikgu..
aku ucapkan selamat buat korang..
Buat wife aku Selamat Mengajar..
Semoga Allah merahmati tugas mulia korang!!!

Sunday, January 4, 2009

Selangor Juara

Cerita banyak pun tak guna!!!
SELANGOR menang lawan Kedah semalam..
Diorang lawan dalam perlawanan Piala Sumbangsih..
Tahniah Selangor...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails