Tuesday, April 29, 2008

The Gunners







Hari nie..aku dapat satu perkhabaran yang mengejutkan..aku dapat satu call..member blog aku masuk hospital.kes yang dia masuk hospital sebab makan ubat tidur melebihi dos..aku tumpang sedih atas apa yang berlaku ke atas UmiRanggi..ape yang kita harapkan die kembali sedar dari koma..Amin..

Wednesday, April 23, 2008

Assalamualaikum..mase aku tengah men'create' blog nie,jam menunjukkan 11.15 malam..(ewah!dah mcm ape je)
ape yang aku nak bagitau kat korang,aku rase cukup berbangga sebab blog sebenar mule mendapat perhatian dari pihak luar..bukan sebab diorang nak letak iklan @ bisnes diorang..tapi,sebab ke'Malaysia'an blog aku katenyer..entahlah..aku pun tak paham..kalu korang tak caya korang pegi kat sini VerveEarth. klik je kat situ..
pastu korang pegi la kat peta Malaysia..pegi sampai jumpe kat negeri Pahang..aku nyer kat situ..lagi satu,aku tak sangka dah seramai 1560 orang rupenye melawat atau menyinggah ke blog aku nie.aku bangga beb..


klik sini : GogosFrendz
Buat kawan-kawan ku..

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi......kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya tulis, awak akan baca blog saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)




thank's to:Haizam

Tuesday, April 22, 2008

Makan Ais Krim

Tadi mase aku on the way balik opis waktu rehat..aku gi lepak makan kat rumah member aku..elok nak gerak je..hujan pun turun..punyela lebat..tengah tunggu hujan nak benti..member aku sempat gi beli ais krim..korang bayangkan makan ais krim mase hujan..gigi aku macam kene karen..tapi sedap dan free punye pasal..aku habiskan jugak tanpa banyak songeh..kang tak dapat lagi baru tau..betul tak..jadi..mase makan ais tadi,aku sempat abadikan gambar ais krim tadi dikala hujan..



ni ais krim yang makan.




tangan-tangan yang begitu rakus makan ais krim.(berlagak macam dok kat eskimo)

Monday, April 21, 2008

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.



Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.


Sunday, April 20, 2008

selamat ahad....



Selamat hari Ahad..aku selalunyer tak buat ape ahad2 mcm nie..banyak habiskan mase kat rumah je..lepak tengok anak2 ngan TV lagi best..nak keluar pun ongkos gak..lagi pun nak jalan2 gi shopping mcm malas plak..so aku lepak rumah sambil layan blog nie..lagi best..ape program korang ahad2 mcm nie..adakah hari ahad adalah hari bermalas2 korang..selalunye aku mcm tu la 'dulu'..tapi bile dah kawen n ade anak kan..kena rajin2 plak..walaupun ade nak malas2 tu..kalau aku malas2..isteri aku dah jeling semacam kat aku..so..kene lah buat2 rajin..bukan tak ikhlas tau..sayang tu!!!malas2 kang tak boleh makan baru tau...


Hari ahad nie aku bagi korang tengok poster movie baru..hari tu aku dah tunjuk kan..nie yang baru lagi..jom kite tengok...



nilah movie baru..janan lupe tengok plak..


filem paling ganazzz sekali..bukan 18SG lagi tapi 81sg dah..

selamat hari ahad..hehehe..

Thursday, April 17, 2008

Hari nie aku nak bawak korang tengok gambar2 anak aku mase die kecik dulu..sekarang pun die memang kecik..
tapi nie gambar mase tengah kecik..paham tak???buat2 paham dah la..


















nie mase kat Johor.(tak pandai jalan lagi)


Nie kat Kelantan..rambut pendek lagi..dah banyak cakap..

nie mase kat Kuala Linggi..(amacam..lawa tak)




Tuesday, April 15, 2008

Arini aku cuti..



Assalamualaikum..selamat malam..lawa tak bunga ros tu..lawa tu memang lawa..lagi lawa pasal bunga nie ade dalam blog aku..aku sebenar nte tak tau nak wat ape sebenarnye..aku cuti hari nie..bapak aku masuk wad aritu..so,die dah keluar..cuti2 camnie..ape lagi tido la kawan..wat mase nie..aku penat lagi..so,aku nak rehat kejap..ok chow..hehehe

Monday, April 14, 2008

selamat malam...



assalamualaikum semua..hehehe..mase aku tengah create blog aku nie.. aku kat umah la...malam lagi!aha!aku dah ade internet!!!!jangan jeles..kirenye aku nie maju setapak lagi..setelah selalu aku ke 'setapak'..bukan untuk mencari tapak..tapi aku berfikir macam mane aku nak mule berkapak..ape da aku mengarut...key la..nanti aku akan memulakan satu segmen dalam blog aku...nak tau...tunngggggguuuu...

Thursday, April 10, 2008

Tuesday, April 8, 2008

Hukum Memakai Braces(Pendakap Gigi)

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;


لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;


لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.


Wallahu a’lam.


interview bersama haiwan.

selamat pagi semua..baru2 nie member aku ade pegi satu forum mengenai haiwan/serangga..so..nie antara interview yang sempat member aku rakamkan..lalu aku abadikan dalam blog aku..supaya korang semua sama2 boleh bacanya..

1.Interview bersama Kumbang

s: Selamat pagi,Encik kumbang nampak segak hari nie.
j: Terima kasih,tapi saya perempuan.Tuan boleh panggil saya Miss Kumbang.

s: Bukankah bunga yang perempuan,kumbang tu jantinanya lelaki?
j: Lelaki kepala hotak Tuan,kalau semua kumbang lelaki,mcm mane kami membiak?

s: Dengan bersenggama sama bunga?
j: Inilah masalah sistem pendidikan negara.Kumbang dikatakan buat seks dengan bunga.Kami bukan senggama,kami masuk dalam rahim dia dan pusing2 dalam tu saja.Anggaplah kami nie semacam dildo bagi bunga.

s: Kumbang memberi kepuasan seksual pada bunga?
j: Bila bunga orgasma,debunga2 dia berlumur di badan kami,lalu kami pergi ke bunga lain,masuk dalam rahim dia pulak.Balik rumah,semua ahli keluarga saya berselepet dengan serbuk seks bunga.

s: Geli pulak saya dengarnyer..
j: Saya pun geli dengan awak..

s: Selain drpd itu,apa lagi yang Miss Kumbang selalu lakukan?
j: Kegemaran saya adalah terbang melilau tak tentu arah & membuat bunyi bzz bzz..

s: Kenapa bunyi bzz?Bukankah itu sifat lebah?
j: Saya try berkokok,menghilai dan cuba deklamasi puisi.tapi macam tak kena.Lagipun lebah yang plagiat bunyi bzz kami.

s: Miss kumbang tak marah pada lebah?
j: Macam mana nak marah,diorang ade sengat!Kita pasrah je la..

s: Tapi,masyarakat tak tahu yang lebah menindas kaum kumbang.
j: Masyarakat tahu ape..diorang mudah percaya..lagipun diorang ingat kami bersenggama dgn bunga..

s: Terima kasih
j: Sama2..

nantikan temubual bersama haiwan lain dalam segmen yang lain..tuungggguuuuu!!!!!

Monday, April 7, 2008

Islam Itu Kedamaian...



Ajaran Islam yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kesejahteraan sekalian alam. Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan manusia sebelum diutuskan baginda SAW atau lebih dikenali dengan zaman Jahiliah adalah dalam keadaan yang penuh dengan pelbagai kezaliman seperti pembunuhan, permusuhan dan keganasan. Sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat didapati tidak berfungsi dengan baik. Golongan lemah sentiasa ditindas dan golongan yang kuat terus menjadi kuat dan berkuasa. Peperangan dan pembunuhan berlaku secara berleluasa di sana sini. Anak-anak dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan, golongan wanita dipermainkan dan diperalatkan.Apabila tertegaknya Islam, kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat dapat dikembalikan. Persaudaraan dapat dibina, wanita-wanita telah diberikan kedudukan dan golongan lemah juga telah terbela.Inilah janji Allah yang terkandung dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiyaa ayat 107:


Maksudnya: “Dan tiadalah kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”



Dunia dan Islam digemparkan dengan satu filem pendek 15 minit terbitan seorang ahli politik Belanda Geert Wilders. Di dalam filem itu Islam dikaitkan dengan pengganas dan kekejaman. Filem itu antara lain menyelitkan imej serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran. Orang Islam sendiri menjadi mangsa serangan itu. Nyata filem ini melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Pengeluar filem terbabit cuba mengelirukan orang ramai dengan penggunaan petikan ayat al-Quran yang tidak lengkap dalam usaha memburukkan umat Islam di kalangan masyarakat dunia. Potongan ayat Al-Quran dieksploitasi untuk menggambarkan Al-Quran itu menyeru umatnya untuk bertindak ganas, memancung bukan Islam dan sebagainya. Wilders tidak mengeluarkan ayat itu sepenuhnya. Dia mengeluarkan ayat al-Quran berkaitan jihad. Dia ambil (ayat al-Quran) yang memerintahkan untuk kita berjihad dengan orang kufur, walhal dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.Jelas sekali Wilders tidak memahami Islam itu sepenuhnya dan filem yang dihasilkan atas lesen kebebasan bersuara ini dengan jelas sekali telah menghina Islam di seluruh dunia bukan sahaja di Belanda.Jadi apakah tindakan dan reaksi kita sebagai Muslim yang dihina sebegitu rupa? Mereka dengan sengaja melabelkan Islam itu agama pengganas sedangkan Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat begitu. Kita seharusnya bertindak dengan bijak. Kita perlu memperbetulkan anggapan salah ini. Jangan kita lupa Islam pernah menguasai 2/3 penduduk dunia satu masa dulu. Gunakan akal yang bijak untuk menangkis semua tuduhan salah itu seperti menghasilkan filem pendek yang menjawab segala tuduhan Wilders itu. Ayuh sama-sama kita menegakkan kesucian agama Islam.

Thursday, April 3, 2008



Selamat buat korang..amacam?best tak gambar kat atas tu..aku rase mcm terpanggil untuk berkongsi ngan korang ape yang telah dilakukan oleh Dr.Khir Toyo nie..yela..mungkin die belajar dari kesilapan atas kekalahan yang teruk dalam PRU12 baru2 nie..so..datang idea die,nak buat satu blog..Blog Cetusan Dr.Mohamad Khir Toyo..jadi,bertambahla pemilik blog kat Malaysia nie..semalam..aku ternampak satu paper..penulis artikel tu tulis 50,000 blog datang dari Malaysia..satu jumlah yang cukup besar..aku tak ingat paper mane..kalu korang ade bace..bagusla..Ape yang aku nak cite kat sini,blog Dr.Khir Toyo nie memang patut ade..TAPI..sebelum PRU lagi..betul tak..memang selalu macam tu..bile dah kalah baru nak dengar suara rakyat..mase tengah kenyang tak nak lak diorang dengar suara rakyat..okla kalau korang nak bagi komen atau pendapat yang korang tak puas hati pasal pepimpin2..korang klik je kat sini DR.MohamadKhirToyo ..korang luah kan je..

Sape yang Paling Lawa???
















Tuesday, April 1, 2008

BAIK PUNYEEE...


"BAIK PUNYEEEE"...tu la die kemenagan pada Dafi..korang ade tengok ABPBH?aku ade tengok..layan jela..kadang nyampah aku tengok dorang nie..bukan ape,bile tengok artis2 pompuan nyer pakai menampakkan segala-galanye..tapi bile menang,perkataan 'Alhamdulillah' tak lekang dari mulut dorang..bagus la kan..cume macam tak kene plak..konon2 bersyukur la tue..tapi biarla kene pada tempat dan adab nyer..kalu pakai terdedah sane terdedah sini..ape cite bro..malu la BEB..bangsa lain tengok..dok ngutuk kite..ape2 pun lu pikiaq la sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails