Thursday, January 24, 2008

Mee Bandung..


salam sejahtera semua..lame tak create blog aku nie..bukan ape..malas pun ade..kadang pc aku lambat sangat..okla..lantak la..ape2 hal aku nak cite pasal member nyer cite..die dah kawin tapi die boleh ade fair ngan orang gaji die..giler la die..jom aku cite..
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungansulitdengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahuAhmadSuffian yang dirinya mengandung ...
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebutsehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...
Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.
Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 adatelur, 2tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Hahahahaha..lawak2..kelakar tul member nyer cite..padan muke die..sampai kembar 4 die dapat...

Wednesday, January 9, 2008

Tolong Ingatkan Saya..

tolong ingatkan saya.. tolong ingatkan saya..
andai saya lupakan tuhan.. dimana Islam zahirku..
dalam kelapangan & kesibukan.. jika aurat didedahkan..
dalam kesenangan & kesusahan.. disingkat,diketat dan dijarangkan..

tolong ingatkan saya.. tolong ingatkan saya..
jangan jadi anak derhaka.. jadilah sahabat yang baik..
mak ayah dilupakan jangan.. sentiasa memberi peringatan..
usah diluka hati & perasaan.. sentiasa menerima teguran..

tolong ingatka saya.. tolong ingatkan saya..
supaya ingat pesanan guru.. kalau bercinta biarlah kerana-Nya..
bukan sekadar peringatan.. dalam memilih utamakan Iman..
tapi tarbiyah berpanjangan.. kelak ikatan dihindari syaitan..

tolong ingatkan saya.. tolong ingatkan saya..
dengarlah & bacalah Al-Quran.. hidup ini satu kembara..
tika radio penuh hiburan.. kutiplah mutiara dalam perjalanan..
tika tv penuh Hindustan.. moga di sana jadi bekalan.

Friday, January 4, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008








hai..aku nak habaq kat korang semua ni..aku punye la terkejut nama aku ade kat signboard jalan..masalah nye adelah..kat planet lain..kat planet Marikh plak tu..bangga tul aku..pic ni Sheikh Muzaffar yang bagi kat aku..korang jgn jeles tau...yang ni lagi aku tak caya..nama aku ade jugak kat luar negara..tempat salji plak..ni member aku yang bagi pic nie..mase die gi kutub utara..huh!!!bangga tul aku...kalu korang nak wat mcm nie..korang klik je bende ni gogos.street.

selamat mencube..aku lupe lak ucap kan "SELAMAT TAHUN BARU 2008" semoga korang ade azam yang paling best wat korang..aku doa kan korang semua bjaya dalam ape jua yang korang nak..

best punyer...

ok..aritu aku ade bagi korang elaun pak2 menteri kan..so..kali aku nak bagi korang elaun sultan..agong..ngan kerabat2 diorang sekali..
Sebelum ni ramai yang tanya pasal allowances ni semua termasuk allowances untuk kerabat. Aku pun tak boleh bagi info yang lengkap. But now aku dah dapat info yang lengkap untuk share dengan you all.So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi pada orang orang ni semua.Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong.Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.
Elaun Agong
1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)
So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri AgongAku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.
Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?Pencen khas untuk balu AgongIni adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas.
Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).So, ini lah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah.
Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialahRaja Muda
- RM13,000Raja Puan Muda
- RM5,200Tunku Bendahara
- RM4,000Bini Tunku Bendahara
- RM1,250Tunku Temenggung
- RM3,500Isteri Tunku Temenggung
- RM900Tunku Laksamana
- RM3,000Isteri Tunku Laksamana
- RM600Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli ParlimenIni semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulanTimbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan.
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79So,
contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79= RM56,753.84.
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.Pencen:1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x GajiMinimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.Gratuity:1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Friday, December 28, 2007

haluuuu....


Salam semua..dah lame aku tak update aku nyer blog nie..bizi sikit la..kadang tak sempat nak wat ape2..aku hope korang selalu la bagi maklumat2 yang best kat aku..boleh gak letak kat dalam blog nie..banyak info korang bagi..banyak la kite boleh kongsi ngan kekawan lain..korang leh mail info2 korang kat aku nyer mail..kat marina_humaira@yahoo.com.my. ni aku ade maklumat best utk korang..korang penah tau berape gaji pak menteri kite?tak tau kan?so..meh aku g tau berape gaji depa..
ok..ni gaji depa no..
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumbertu kira pada tahun 1999..dah lama dah..tp kalau benda naik leh naik...tak tahu kot2 gaji pak menteriku turun..
hangpa pikiaq2 la sendiri..amacam?ade hati nak jadi pak menteri...

Monday, December 17, 2007

buat pedoman kita



ok..mcm aku janjikan dalam episod aritu..(mcm drama plak)..ni sambungan dari tajuk Punca2 anak derhaka..

bukan ape pun kite kongsi sesame segala ilmu yg ade..kalu pakai sorang2 pun tak guna kan..so..ape salah nye kite berkongsi sama2..untuk kebaikan sejagat kan..ari ni tajuknye ialah...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL


Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


ok..untuk selanjutnye..aku nak berkongsi lagi ngan korang semua..


HUBUNGAN DENGAN BAPA.


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Wednesday, December 12, 2007

PUNCA ANAK DERHAKA


aku sebenar nyer ade perkara yang nak kongsi ngan korang semua..yela..skang nie kan banyak kite dengar pasal anak derhaka ngan mak bapak..mesti ade punce nape diorang @ anak2 nie jadi derhaka ngan mak bapak..yela..aku bukan pandai sgt nak bagi pendapat..tapi aku nak bagi sedikit ajaran dari Nabi Besar Junjungan..bagaimana nak bagi anak terus-terusan respect ngan mak ayah diorang..buat yang baru nak jadi mak ayah..amek kata2 Rasulallah nie sebagai pegangan..sebab yg bagi nasihat adalah Kekasih Allah..so..ni antara panduan dari Rasulallah SAW..
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
ok..dikesempatan lain aku akan bagi panduan lain lak pasal mendidik anak2 key..

Tuesday, December 11, 2007

Kisah Benar


ape yang aku nak cite nie..adalah kisah benar2 mmg berlaku..kisah nie pasal satu gadis yang telah bertukar menjadi seekor ular..semoga kisah ini mjadi tauladan pada korang semua..kisah nyer begini..
Erin (bukan nama sebenar) adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan automotif di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setaun tapi popularitinya cukup hebat, cam super star katkilangnyer tuh...bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baeekkk...tapi sebab dia sorng yg cukup ceria...disenangi oleh sume orang... Erin nih kejenyer byk terbabit ngan aktiviti luar...jumpa org sana ..jumpa org sini (kononnyer ler)...so mmg jarang la ade kat opis....kalautgk punch card byk kosong dari berisi...tapi org tak cakap apa...sbbdia kan byk keje luar....mmg 'nature' keje dia cam tuh..Satu ari tengah sedap si Erin mentekedarah kat luar (timekeje)...dia rasa gatal2 kat lengan...garu. ..pas tu gatal kat paha lak.. garulagi...sudah nyer satu badan naik gatal2. Mulanyer dia ingatkan elergik ngan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnyer tuh makin menjadi-jadi..beberapa bahagian badan kulitnyer dah menebal...semacam kurap dah rupenyer... si Erin mula menggelabah. ..dgn bantuan beberapa member, si Erin di bawa berjumpa dgn sorang pawang kat Ulu Puchong...time tuh separuh kaki die dah tumbuh sisik...Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Erin menangis tak henti2...sampai kat umah pawang Erin dah tah bleh berjalan...sampai ke dada dah bersisik...tinggal buah dada jer yg masih slamat...Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera... cuba nak selamatkan Erin yg kononnyer terkena badi ular...makin kuat pawang menggelupur makin cepat bahagian badan erin bertukar jadik bersisik cam ular..sudahnyer sisik sume dah merayap sampai ke muka..Seluruh tubuh Erin makin pedih...rasa gatal yg teramat sangat terasa bagaikan tak dpt dibendung... Erin menjerit sekuat hati...pawang kat sebelah dah pengsan...cuma bayangan ular yg memenuhi ruang bilik tersebut...asap berkepul-kepul kluar dari ubun2 kepalaErin...Tiba - tiba satu imej manusia terhasil drp kepulan asap yg kluar dari kepala Erin tuh.. "ehh...boss? .....tolong la saya boss...saya janji tamo 'ngulor' dah...pas nih saya buat keje bebetul...kalau boss nak sumpah jadik ular pon sumpah la org yg tengah baca cite nih...dia pon ngulor jugak tuh"...he..he. .he...

Tuesday, December 4, 2007

buat panduan korang


untuk pengetahuan korang semua..aku dah buat satu kajian pasal diri manusia..yelah manusia ni kan ade rahsia2 yang kita perlu bongkar..bukan terjah..tu melodi je boleh..so..aku buat kajian pasal manusia dan bantal..maybe korang penah dengar..kalu penah dengar tu adalah hasil kajian aku la tu..apsal?tak caye..tak caye..korang leh tanye aku..hehehe...
antara kajian aku ialah..macam nie..baca ek..
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

Wednesday, November 28, 2007

nama2 anak...

baru nie aku ade jalan2 kat kedai buku..sambil aku nak cari buku nama2 anak..pastu aku dok belek2 la kan..aku terjumpa satu buku..nama2 anak dalam bahasa jepun..siap ngan makne sekali..aku sempat la beli buku tu..tapi bukan untuk anak aku..sebagai kenangan je..

antara nama2 ialah..

1. yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. yang tak suke barang mahal - SATO SUKAMURA
3. Yg bisu- KITA TADASUARA
4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE
5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO
6.Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI
7.Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA
8.Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI
9.Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO

amacam best tak nama2 tu..kalu best..jangan gatal2 nak letak nama anak korang ngan name nie..kalu dengar korang letak gak nama anak korang guna nama nie..aku nangis wo...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails