Wednesday, November 25, 2009

Fakta

Hari nie aku nak bawak korang terutama lelaki..Kaum wanita pun baca gak..tak salah untuk pengetahuan..Bagi aku bende2 macam perlu diambil tahu sebab kita selalu dengar
atau pernah disampaikan oleh mereka yang kurang pengetahuan..
dan juga buat2 pandai,lebih2 lagi bab2 perihal lelaki..
Lagi2 bab sperma atau air mani..
ade yang kata kalau cair akan mandul..ye ke??
makan telur putih boleh tambahkan lagi kandungan sperma..betul ke??

So..aku ade fakta yang boleh kita kongsi bersama..


Fakta salah mengenai sperma yang kita perlu tahu..
1.Memiliki sperma yg cair sering dianggap mandul sedangkan ianya tidak tepat.
Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung
kepada jumlah sperma,pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

2.Sperma dikatakan dimampu menembusi pakaian.Jawapannya, salah!
Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron
untuk menembusi pakaian wanita..

3.Amalan makan putih telur dianggap mampu menambahkan kandungan sperma.
-ini hanyalah mitos..Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung pada saiz buah zakar..
Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi,kita digalakkan mengambil makanan
bergizi dan berprotein.Secara teori,telur kuning lebih banyak zat berbanding putih telur.

4.Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi.
Jawapannya tidak benar!!Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma berubah dan tidak banyak seperti lazim..

So..macam mane ngan info nie..hope,kita dapat sedikit ilmu yang jarang2 dibincangkan..
Insyallah,nanti kita bincang benda lain pulak..

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza

Ye..akhirnya Perodua Mpv Alza dilancarkan dengan rasminya oleh Timb.Perdana Menteri Malaysia..Aku rasa seluruh rakyat Malaysia menanti dengan penuh sabar utk melihat kemewahan Alza yang diwar2 sebelum nie..
Macam aku sendiri,aku sebelum ni banyak bukak laman web yg ada gambar Mpv nie..
Yelah,takat gambar yang belum sahih nya aku sendiri tak puas..

Dengan terlancarnya Alza..Saingan buat Proton dalam memantapkan lagi pengeluaran kereta buatan diorang..Bagi pengguna atau pembeli,diorang ada pendapat dan pandangan yang berbeza..So,Proton perlu memikirkan bagaimana nak mem'bagus'kan lagi produk pengeluaran diorang..
Apa yang aku nampak ialah Perodua mengguna kaedah harga..
Harga Alza lebih murah berbanding Exora..
So,ini memberi impak yang besar buat Proton dalam persaingan otomobil nasional..
Justeru,Proton kene memikirkan bagaimana utk memastikan kepuasan pengguna disamping mengekalkan harga mampu milik..

Monday, November 23, 2009

Azimat Suami Isteri

Pada sahabat2 dan kawan2,aku nak berkongsi sedikit pedoman sebagai panduan pada Suami/Isteri dan juga pada bakal Suami/Isteri..
Semoga dgn sedikit ilmu yg aku nak kongsi nie dapat menjadi panduan buat kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini..

1.KETIKA MENCARI CALON.
janganlah mencari isteri tapi carilah ibu kepada anak2 kita..jangan la cari suami tetapi carilah
ayah kepada anak2 kita.

2.KETIKA MELAMAR.
Kita bukan sedang meminta dari orang tua/wali si gadis..sebaliknya kita meminta dari Allah melalui orang tua/wali si gadis..

3.KETIKA AKAD NIKAH.
Kita bukan bernikah dihadapan kadi atau wali..Tetapi kita bernikah dihadapan Allah.


4.KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN.
Kira dan hitung semua tetamu kita..kerana mereka datang kemajlis kita dan sentiasa mendoakan kita..Dan kita harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf
apabila kita berfikir untuk BERCERAI kerana mereka tadi sentiasa mendoakan kebahagiaan kita..

5.KETIKA MALAM PERTAMA.
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak akan sentiasa ditaburi bunga2 yang cantik, sebaliknya juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG.
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat tangan dipegang..

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami kita 100%.

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bahagi2 cinta anda kepada suami/isteri dan anak kita,tetapi cintailah isteri atau suami kita 100% dan cintai anak-anak kita masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11..KETIKA EKONOMI BERKEMBANG.
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI.
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan kita.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI.
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK.
Jangan pernah berfikir bahawa ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang tidak pernah marah kepada anak,kerana ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang jujur kepada anak2 ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH.
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibu bapanya, yang ada adalah anak yang merasa TIDAK DIDENGAR oleh ibu bapanya.

16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI.
Gunakanlah formula 7 K

1. Ketaqwaan
2.Kasih Sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.Kesabaran

Insyallah,semoga sedikit ilmu dan panduan ini kita sama2 mempertahanakan mahligai tercinta kita..Amin..

Friday, November 20, 2009

Ahli Terbaru-Ainnur Farihah

Alhamdulillah berjaya jugak aku masukkan gambar 'ahli terbaru' famili aku..
Punye la susah nak upload gambar2 die..opis aku internet dah slow nak 'kojol'..
Ok,baby terbaru kitorang nie diberi nama Ainnur Farihah..Telah selamat dilahirkan pada 7 Nov lepas di Hospital Sg.Buloh..Alhamdulillah syukur tak terkira sebab isteri aku selamat juga baby..
Pastinya makin meriah la family aku..



Wednesday, October 21, 2009

Raya@Opis Edisi 2

Seperti yang dijanjikan Raya@Opis Edisi menyusul..
Walaupun agak lambat,dek kerana kebizian yang melampau..
Tapi,dek kerana janji,aku tetap masukkan gambar2 raya kat opis aku..
walaupun,Syawal baru meninggalkan kita,kemeriahan nya masih terasa.
Sebagai contoh,hujung minggu nie,still ada open house lagi..
Tak kisah la..yang penting kita gembira dgn ape kita buat..
Anyway,jom layan gambar2 kat bawah..Dengan gambar tetamu yang tak diundang sekali..


Mak2 dara bergambar..Posing yang tak tentu hala..

En.Bid,En.Mat dan En.Azman.

Lemang kebanggaan D2..

Bukan senang nak amek gambar 2 Bos nie..Kira bertuah la aku dapat amek gambar diorang..

Acara merebut juadah raya.

Apa nak tulis nie.

Bergotong-royong menyiapkan hidangan.

Lelaki gagah perkasa..

Tu aku..nampak??tuuuuu...nampak tak??tak nampak sudah..

Ni lah dia tetamu tak diundang yang aku cakap tu..Minah saleh dari New York..

Wednesday, October 14, 2009

Raya@Opis Edisi 1

Akhirnya..berjaya jugak aku masukkan gambar2 Jamuan Hari Raya kat opis aku..
Aku pun tak tau kenapa..Hari Isnin hari tu,bertanggal 12 Okt 2009,opis aku ada buat jamuan raya..Acara macam nie dah memang menjadi acara wajib setiap tahun..tak boleh tidak mesti kena buat..
Kalau tak buat,aku tak tau la ape nak jadi dgn D2..
Memang meriah majlis nie,sambil diperdengarkan dgn lagu2 raya,kitorang duduk bersembang sambil menikmati juadah yang yang ada..Masa tu aku rasa macam raya kat oversea pulak..
Macam raya kat kedutaan..(ceh!macam pernah raya kat oversea)..
Apa yang menariknya kitorang terima tetamu yang tak diundang..
Nak tau sapa tetamu tu,nanti Raya@Opis Edisi 2..
Ape2 pun layan gambar ni dulu..



Antara juadah wajib untuk raya..Tahun depan cuba lain juadah pulak..

Ni yang aku paling selera sekali..Tapi tak leh makan banyak beb..Sakit perut..Adus!!

Aku ngan En.Harudin.
Masih aku kekalkan kehenseman dan kekacakkan..

Ni team Nasyid yang bakal menyampaikan lagu 'Selimut Putih'
sempena majlis raya kitorang ni..

Walaupun tak complete berbaju Melayu,namun aku lebih kacak dari diorang berbaju Melayu penuh..Itulah kenyataan..hehehe

Aku ngan otai2 D2..

Afham ngan aku..
Kau kempes kan perut ek Ham??Patut nampak kempes..
Kuang hajaq..

Monday, October 12, 2009

Jamuan@Sekolah Isteri Aku

Jumaat lepas sekolah wife aku telah mengadakan jamuan hari raya merangkap jamuan perpisahan buat pelajar tahun enam..
Memang seronok bile ada jamuan macam nie,sebabnyer ustazah2 dan wife aku dapat banyak hadiah anak murid diorang..
Walaupun tak seberapa hadiah tu,tapi sebagai pendidik yang dah mendidik diorang pastinya bebesar hati menerima hadiah tu..
Macam aku seronok gak,sebab ada hadiah yang aku boleh guna..
hehehe...



Sunday, October 11, 2009

BN Menang

Akhirnya keputusan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang memihak kepada BN..
Sekian lama BN tak merasai kemenangan,akhirnya Tan Sri Isa Samad menjadi hero..
Walaupun reputasi Isa Samad pernah tercalar akibat rasuah,namun rakyat Bagan Pinang masih memerlukan bekas Menteri Besar N.Sembilan yang peranh berkhidmat selama 22 tahun..
Tak dinafikan jumlah majoriti PRK kali nie amat jauh berbeza..
Inilah politik..
Tahniah buat Isa Samad..


Undi@Bagan Pinang

Hari ini rakyat Bagan Pinang,N.Sembilan akan menunaikan tanggungjawab diorang sebagai pengundi..So,buat lah pilihan betul2..Bagi Barisan Nasional ,pada pendapat aku,ini adalah satu kayu pengukur untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap BN..
Yelah,setelah sekian banyak pilihanraya kecil diadakan menyaksikan BN sentiasa tewas..
Adakah kali ini BN akan mempertahankan kerusi di Bagan Pinang??
Atau,
PAS akan membuat kejutan besar dalam sejarah politik negara..
Semua ini akan berlaku dengan kuasa2 tangan yang ada pada rakyat Bagan Pinang..
Buat rakyat Bagan Pinang,
"Selamat Mengundi"



Friday, October 9, 2009

Open House @ Open 'Haus'

Esok hari Sabtu..Banyak betul undangan rumah terbuka atau lebih bestnye 'open house'..
Yang boleh menyebabkan tuan rumah semakin 'haus'..hikhikhik..
Aku takde buat rumah terbuka..yelah,tengah tunggu kedatangan 'orang baru' dalam keluarga
kitorang..so,banyak la persediaan nak kena buat..
Tapi,korang still boleh datang..Jangan rasa takut..aku tetap bagi korang makan..
Walaupun dengan hanya segulung kuih tat..
Gila betul..takkan la aku nak buat korang macam tu..
Mesti makan sedap2 punye..paling simple pun ayam golek..
Wah!tu paling simple..belum yang tak simple..
Sebelum datang rumah aku,jom layan 'hijau' kat bawah ni..
Gambar ni aku amek masa balik kampung raya lepas..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails