Wednesday, April 20, 2011

SEMANGAT YANG HADIR.

Ape yang aku kata ek..ape2 pun assalamualaikum..rase malu pulak nak mula balik berblog nie..
lama betul tak update blog nie..dah naik bersawang dah..siap ada habuk serta hamas lagi..
Tu la..bukan kerana kecewa atau dikecewakan..masih dengan jawapan yg lepas2..
yakni malas yg berada pada tahap tertinggi..gila..dekat2 2 bulan blog aku terhenti operasi..

Sepanjang stopnyer blog ni, dgn otomatik nyer income aku terhenti jua..hahaha..
Ni nak mula balik sebab nak tarik balik income la nie..udah kering yob..hehehe..
Ramai sahabat2 tanye kat aku..nape berenti blog yob..merajuk ke..
Gile ape merajuk..ada yg tanye, yob..udah ada blog baru ke..mak ai banyak punye perli tu..
yang ada ni pun malas, lagi mau bikin lagi satu blog ke..hampeh..
Setelah aku kumpulkan sejuta kekuatan dan semangat..aku arahkan jari jemari aku nie, supaya bekerja menaip huruf2 di keyboard ni..
Tu lah, aku harapkan semangat aku yang baru nie (asyik2 semangat), aku akan terus berkarya di blog nie..wah!berkarya..

Sebelum aku mengarahkan jari jemari aku yg tulus mulus dari menaip..
aku ucapkan takziah kepada keluarga mentua/isteri aku atas pemergian anak/abang sulong mereka pada 1 april lepas...
semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg beramal soleh...

okla..kita sambung esok..insyallah..

da.

Sunday, February 13, 2011

Bermula Baru..

Huaaaaaaahhhh!!!! huh lama betul aku tak usik blog ni...rasa rindu pulak..oh lupe nak bagi salam..Assalamualaikum..
Entah ape punye malas la awal2 tahun nie..aku pun tak tau..maybe enjin belum panas lagi kot..hahaha..banyak gak member2 tanye kat aku kenapa lama tak update blog..
kalau yang bertanye soalan biasa2 takpe..ade pulak soalan die huh..bisa membunuh semangat nak berblog beb..
Bukan takde bahan nak diletak kat blog nie..ada..masih dalam simpanan..biar aku buat pekasam dulu..bila dah masam baru aku keluarkan..hehehe..baru sedap..
Alhamdulillah 7 dan 11 feb baru nie..besday aku dgn wife aku..
Dah 31 tahun aku..emm..cepat nyer..tahun depan 32..pastu 33..pastu 34..dan pastu 40..
dan sebenarnya kita makin mengejar usia tua walau kita cube mengelak nyer dgn macam2 bende untuk mngelak diri kita nampak tua..hakikatnye kita semakin tua dan semakin tua..
okla esok2 kita sambung lagi..mata ngantuk pulak..
"selamat ulang tahun ke 31 buat aku dan isteri tersayang"

Monday, January 10, 2011

Ustaz Filem Seram.

Agak menarik topik berita Berita Harian harini..Memang aku setuju sgt dgn pendapat Para Ilmuwan Islam nie..patutnyer cite seram ni terus aje diharam kan..
ni antara berita kat Berita Harian..

Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin.
Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.
“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. “Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu diton-jolkan sebegitu.
Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia.
“Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya.

Gogosfrendz : memang patut pun..diorang ni asyik dok pikiaq nak untung je..

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah & Kenangan.

Rasanyer belum terlambat utk aku ucapkan selamat kembali ke sekolah pada budak2 yg masih bersekolah..Anak aku, Ainnur Humaira masih bercuti sebab kena demam campak..kesian dia, tgh2 bersemangat nak sekolah..kene demam pulak..Buat isteri aku dan cikgu2 seluruh Malaysia, selamat kembali mengajar setelah lama bercuti..

Saja aku letak gambar masa aku sekolah dulu..
hehe..nak mengimbau kenangan lama kononnyer..
Insyallah..nanti aku cuba letak lagi gambar2 lama masa sekolah..
kebanyakkan nyer gambar2 ni, di ambil masa lepas SPM..
Alhamdulillah..masih ada sahabat2 yg nyimpan nyer..
Pada sahabat2 yg ade gambar2 lama masa kat Semera..boleh la kasi sama aku..

Gogosfrendz : isteri pun dari satu sekolah..hehehe..

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011..

Hanya tinggal beberapa jam je lagi utk kita meninggalkan tahun 2010..
Kemudian kita akan melangkah dan terus mengadap tahun 2011..
Semoga apa yg dihajati, apa yg diazami dan diimpikan korang, tercapai hendaknyer..
Mana2 yang tak tercapai lagi bwk ke tahun 2011..dan kalau tak tercapai jugak, bawak lagi ke tahun depan lagi..ni ayat memerli diri sendiri..hahaha..
ok..aku ucapkan selamat tahun 2011 pada korang semua terutama pada pembaca2 blog Gogosfrendz..
"SELAMAT TAHUN BARU 2011 dari Gogosfrendz Sekeluarga"

Thursday, December 30, 2010

10 Perkara Menarik Sepanjang Final Malaysia vs Indonesia

Masih cerita bola..Rasanyer orang Malaysia still belum bosan utk bercerita pasal Kemenangan Malaysia..Yang pasti team Malaysia menjulang Piala AFF dihadapan 95 000 penyokong setia team Indonesia..
Apa yg dikongsikan kali nie dgn korang semua adalah fakta2 dan perkara2 yang tidak kita tahu disebalik kejayaan Malaysia merangkul piala AFF..

1.Kapten Indonesia, Firman Utina dipilih sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan nie berlangsung.Kalau ikutkan game malam tadi, memang patut tak dapat sebab penalti pun tak masuk..klik sini

2.Pemain pertahanan Malaysia, Mahali Jasuli dikatakan berketurunan Indonesia..Siap interview nenek tu..klik sini

3.Bila Malaysia dapat gol pertama dari Safee Sali, ribuan penyokong Indonesia keluar stadium GBK..dah enggak ada harapan ya pak..pulang saja layan sinetron lagi bagus..klik sini

4.Team Malaysia datang ke stadium GBK dgn menaiki Barakuda(mcm kereta kebal je aku tgk)..
Balik pun mcm tu jugak...kesian team Malaysia..Kenapa la dilayan mcm tu rupa..klik sini

5.Pasal penalti tak masuk..Jurulatih Indonesia Alfred Riedl malas nak jawab bila diajukan soalan oleh wartawan sana..mesti die nak cakap.."goblog sama Firman..penalti mcm tu pun enggak masuk..usah main bola lagi bagus.."klik sini

6.Media Indon suruh belajar dgn Malaysia dalam pembangunan bola sepak team Indonesia..klik sini

7.Sebelum game mula, penyokong Indon telah memijak2 dan mengoyakkan bendera Malaysia..
Ni dah lebih nie..nanti aku suruh anjing kencing kat bendera korang ngan muka Presiden Korang..klik sini

8.Rio Ferdinand ucap tahniah kat team Malaysia di laman twitter nyer..siap die ingat pernah lawan team Malaysia nie..klik sini

9.Steven Gerrard pun tak konfiden boleh ke Indon menang kat tempat sendiri..
Kalau die pun tak konfiden, macam mana dgn aku, lagi la...klik sini

10.Penjaring terbanyak datang nyer dari pemain kelahiran Malaysia..Kalau la si Gondzalez di nobatkan penjaring terbanyak..die Orang Indon ke?hahaha..klik sini

Malaysia Juara 'plus' Cuti...

Alhamdulillah..Syukur kpd Allah..Akhirnyer Malaysia berjaya membawa pulang Piala AFF buat pertama kali nyer..walaupun Malaysia tewas 1-2 kpd team Indonesia, namun berbekalkan 3 gol dan 1 gol di Stadium Gelora Bung Karno menjadikan jumlah jaringan 4-2 sudah cukup Malaysia menjadi juara..
Taniah kpd keeper Malaysia yg banyak menyelamatkan gawang dr dibolosi..
Memang agak mencemaskan sebab team Indon lebih banyak menyerang dan mengasak, Malaysia mampu bertahan hingga habis game..
Dgn kejayaan Malaysia merangkul piala nie, PM Malaysia mengumumkan hari Jumaat ni, 31 dis adalah hari cuti umum..
Buat team Indonesia, tahniah!kalian juga bagus..cuma tak sebagus Malaysia..hahaha..
Tahniah buat penyerang Malaysia, Safee Sali kerana dianugerahi Penjaring terbanyak..
Gogosfrendz: Tanah Tumpah Darahku.

Wednesday, December 29, 2010

Final Malaysia 'Ganyang' Indonesia Pusingan 2.

Huh! semangat betul aku..semangat nak layan final Piala AFF malam nie..
Entah kenapa boleh semangat lain macam je..Maybe pasal suporter Indon yang dok pong pang sgt la kot..So, aku nak tgk sejauh mana kehebatan Indon nie..
Kalau Malaysia kalah 4-0, apa jadi dgn Indon..Kalau Malaysia terus mengekalkan jaringan 3-0 tu, ape pulak jadinyer dgn Indon..macam2 dok aku pikir nie..

Bukan ape, aku dok layan Kompas.com, berita online Indon..Huh!memang mantap die punye statement..memang kalau baca, korang boleh sakit jantung..dashyat diorang punye komen2 dan artikel diorang..Pada aku, media sana memang gila, pemimpin diorang jatuh pun disebabkan media..Memang media diorang main peranan penting dalam menyemarakkan semangat penyokong2 sana..

Gusar tetap ada dalam hati aku nie..sebab bola mcm2 boleh jadi..Tapi, kalau kalah pun, kita takkan salah kan bende2 yang mengarut punca kekalahan..sebab kita matang..sebab kita masyarakat berilmu..tak macam suporter sana, punca kalah disebabkan laser la..serbuk la..bomoh la..kan tu semua pendek akal nama nyer..Player langsung tak salahkan..
Jadi, untunglah player Indon..kalau kalah jugak, diorang tak akan disalahkan..

Kalau kalah Indon malam nie, ape pulak alasan diorang..adakah diorang kata 'Malaysia memang hebat'..'Malaysia Bagus'...aku rasa tak akan ada pujian buat team malaysia..
Presiden diorang pun langsung takde semangat kesukanan..bukan nak bagi perlindungan kat penyokong Malaysia kat sana..makne nyer takde jaminan yang penyokong Malaysia pegi sana akan selamat dan terjamin..

Okla..harapan aku dan seluruh rakyat mengharap kan kemenangan bergaya...

Gogosfrendz : Tanah Tumpah Darahku.

Tuesday, December 28, 2010

Masih Cerita Bola.

Masih bicara pasal bola sepak..aku sebenarnyer malas jugak nak amik port pasal bola nie..
Yelah, bukan ada ape pun sgt..tapi, rasa nak berkongsi sikit pasal 'kebudak-budakkan' org2 Indon nie..aku still tak paham kenapa mesti bangkitkan isu2 yang pada aku memang kelakar dan buat kena gelak dgn team2 lain..

Kalau pun dah kalah..cuba cari reason yang munasabah dan masuk akal..jgn jadikan laser sebagai sasaran..bila kita dah buktikan penggunaan laser tu bermula dari pihak Indon, diorang putaq pulak cite kata Malaysia tabur serbuk kat gawang Indon..klik sini.
Awat la pendek sgt akai depa nie..kalau gawang diorang kita tabur serbuk, dah tentu si Fahmi pun kene serbuk jugak..kan, kita tukar padang masa separuh masa..

Tu belum lagi isu Malaysia pakai bomoh..waduh2..ape nie punya kolot la penyokong Indon nie..
Diorang kata, dukun sana tengok, Malaysia pakai bomoh dari China dan India..
Hahaha..sekarang sape pakai bomoh..?

tu la macam member aku cakap..Indon nie memang cemburu dgn kejayaan Malaysia dr setiap sudut..
Jika, Indon menang dlm game nie, setiap player diorang akan dapat 1juta RM!..bukan rupiah tau..mungkin inilah maruah diorang..
Ape2 pun buat sporter Malaysia, kita kasi gegar bumi Malaysia biar sampai gegar bumi Indon malam Rabu nie..huhuhu..semangat betul aku nie..

gogosfrendz: Naik nyampah dgn perangai keeper Indon..

Monday, December 27, 2010

Malaysia 'Ganyang' Indon..

Tahniah buat pasukan Malaysia sebab kalahkan team Indonesia..
Jaringan 3 gol aku rasa dah cukup utk bawak ke perlawanan kedua kat Indonesia..
Pastinya Indonesia tersentap dgn 3 jaringan Malaysia..Walaupun Malaysia tak dapat ganyang Indon dgn 5 jaringan namun ini sudah cukup merentap keegoaan Indon..
Apa2 pun masih ada berbaki 90 minit di Indon nanti..
Harapan aku semoga Malaysia dapat bawak balik piala Suzuki..

Tahniah Malaysia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails